17 Julai 2015 - Masih lagi di hari raya pertama aidilfitri. Setelah beraya di rumah kami, seluruh rombongan telah pergi menyerbu ke rumah Kak Uda-Abang Zahid pulak. Berbondong-bondong yang datang dengan konvoi berpuluh-puluh kereta memenuhi pekarangan rumah Kak Uda sampai sesak seluruh pekan Ampang dibuatnya. Tapi kami di rumah Kak Uda tak begitu lama. Sekadar menyinggah di suatu perhentian sambil membiarkan makanan yang kami makan sebelum ini surut ke dasar perut.
Amin menjunjung kasih kepada Yang Teramat Mulia Mak Uda. |
Sabriena menerima duit raya dengan selamba. |
Wanie turut menerima duit raya dari Mak Uda. |
Intan turut mendapat habuannya. |
Begitu jugak dengan Ika. |
Begitu jugak dengan Akid. |
Begitu jugak dengan Faiisal. |
Begitu jugak dengan Saiful. Cuba nengok mata Saiful. Memang sejak tadi dia dah target kat sampul warna kuning tu. |
Begitu jugak dengan Taufiq. Turut mendapat duit raya. |
Dan Taufiq dapat lagi satu sampul duit raya. |
Dan dapat duit raya sampai tiga kali! Apakah keistimewaan Taufiq? Kami semua tak mengetahuinya. |
Aku pulak mengambil tempat duduk betul-betul di sebelah balang-balang kuih yang sudah pastinya berisi kuih-muih yang berasal dari seluruh pelusuk dunia, termasuk dari benua Amerika Latin dan Afrika. Lalu aku layanlah memakan kuih-muih yang tersergam indah di dalam balang-balang kaca di atas meja itu. Satu per satu aku makan. Tanpa mengira secara tepat bilangannya. Tahu-tahu, isi balang telah semakin berkurangan, digantikan dengan udara dari sekitaran.
Semua sedang menonton tv cerita Rindu Awak 300% Versi Raya. |
Sabriena mencuba untuk membongkar almari yang telah pun terikat kemas. |
Saiful dan Amin. |
Akid dan Syahmie. |
Setelah makan, Kak Uda mengagih-agihkan duit raya kepada anak-anak saudara yang memang sedari tadi sedang dahagakan imbuhan raya dari seorang hartawan yang dermawan. Maka duit raya pun pun diberikanlah, dan diterima dengan lapang dada oleh anak-anak saudara sambil mengukir senyuman lebar. Selepas pembahagian duit raya, seluruh rombongan terus bergerak maju menghala ke rumah Kak Long pula. Jom kita beraya sampai malam buta!!!
Secara eksklusifnya, dibawakan kepada anda semua, tahi lalat penyeri muka pada wajah Taufiq. |
Sabriena didukung oleh Ika. |
Sabriena haus. Dia minum air. |
Penuh dia sumbat air dalam mulutnya. Sampai tak boleh nak telan. |
No comments:
Post a Comment