17 Julai 2015 - Selepas selesai solat Aidilfitri, kami terus ke Tanah Perkuburan Islam di Taman Kosas untuk menziarahi pusara ayahanda dan bonda mentuaku, serta menziarahi pusara anak sulung kami, Muhammad. Biasanya kami menziarah pada bulan Ramadhan. Tapi pada Ramadhan yang lepas kami tak sempat ke sini. Maka terpaksalah kami menziarahi pada pagi 1 Syawal.
Di tanah perkuburan ini kami lihat sangat ramai orang berkunjung. Tak sangka kami sebegitu ramai. Ada yang bertahlil anak beranak, membaca Yaasiin beramai-ramai, dan membersih-bersihkan pusara yang tidak kerap diziarahi. Kami menghala ke kubur anak sulung kami dulu. Masih seperti dulu. Tanahnya tak sebegitu kering. Maka rumput-rumput dan tumbuhan-tumbuhan kecil mampu hidup dan berzikir. Kami bertahlil ringkas dan berdoa. Yang ada bersamaku ketika itu hanyalah isteriku dan Syahmie.
Syahmie menjirus air mawar di atas kubur abangnya. |
Syahmie masih di pusara abang. |
Syahmie bersama mamanya. |
Menabur bunga dan daun pandan serta menyiram air mawar. |
Selanjutnya kami menziarahi pula pusara Bonda, dan kemudiannya pusara Ayahanda. Kedua-dua pusara ini sangatlah menghijau dengan rumput karpet yang tumbuh subur, serta pokok bunga mawar yang semakin membesar. Kami taburkan daun pandan dan bunga serta menjirus air mawar. Tahlil turut dibacakan dan disudahi dengan doa. Semoga roh-roh keduanya dihimpun bersama roh-roh orang-orang yang mendapat redha dan rahmat Allah subhanahu wataala. Amin.
Di pusara Bonda Rahmah. |
Membaca tahlil ringkas dan berdoa. |
Di pusara Ayahanda Atan. |
Tahlil dan doa. |
Syahmie dan mamanya. |
Menyiram air mawar sebelum pergi meninggalkan pekarangan perkuburan. |
No comments:
Post a Comment