17 Julai 2015 - Setelah puas
beraya di rumah Kak Uda, kami secara beramai-ramai, berpusu-pusu dan berasak-asak telah meluru terus ke rumah Kak Long sebagai penutup perhimpunan raya pada hari ini. Memang agak letih. Tapi, raya punya pasal, kami gagahi jua. Dengan semangat Harimau Malaya, kami teruskan tekad kami untuk terus beraya sehingga jam 3 pagi.
|
Suasana di rumah Kak Long. |
|
Sembang adik-beradik mengenai ekonomi dalam dan luar negara di hari raya ini. |
|
Abang Zai dan Faridz sedang santai sambil menonton cerita "Transformer Balik Beraya". |
|
Bermain-main dengan Sabriena. |
|
Fateh tumpang bermain sekali. |
|
Adam dan Taufiq sedang khusyuk menonton cerita "Hantu Optimus Prime Balik Planet". |
Di rumah Kak Long, ketika kami sampai, cerita Transformer sedang berkumandang di dalam stesen tv Astro. Kami semua melayan cerita Transformer tu dari mula sampailah selesai. Kebetulan cerita Transformer yang dimainkan itu telah dibuat bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri. Maka ada unsur-unsur raya yang diselitkan dalam cerita Transformer itu seperti adegan Optimus Prime menganyam ketupat, Bumble Bee membakar lemang, Megatron makan dodol durian, dan Skyscream menyalakan meriam buluh. Kami semua memang sangat asyik menonton sambil mulut mengunyah kuih-muih yang ada. Dan aku pulak lebih cenderung untuk mengunyah kacang goreng yang sangat enak dan mengkhayalkan.
|
Kak Ita, Shahira dan Amin turut melayan cerita "Riang Ria Raya Bersama Transformers". |
|
Ardy menayangkan t-shirt Transformer-nya. Menandakan fan nombor satu cerita Transformers. |
|
Zila dan Kak Esah bersembang di ruang tamu. |
|
Ahli keluarga di ruang tamu. |
|
Koas melayan telefon bimbitnya. |
|
Amier sedang main game Minecraft. |
|
Syahmie menonton tv sambil minum air. |
|
Akid dan Faridz di meja makan. |
|
Kak Uda makan nasi himpit dengan rendang ayam serama. Faiisal pulak dah selesai makan nasi himpit dengan rendang ayam laga. |
|
Soalan Matematik: Ika + Ika = 2 x Ika. |
|
Okay. Salah seorang Ika tu nak dikenali sebagai Atika, sepertimana yang ditunjukkan pada gelas yang dipegang. |
|
Lagi soalan Matematik: Ika + Ika + Taufik = ? |
Semasa di rumah Kak Long jugak, kami mengambil peluang bermain-main dengan cucu-cucu saudara yang ramai berkeliaran ke sana-sini. Well, biar aku fikir balik. Oh, cucu saudara yang ada pada masa tu cuma seorang saja - Fateh. Jadi kami bermain dengan Fateh ajelah. Dan of course, kami jugak terpaksa melayan dan memantau Sabriena yang agak lasak bergerak ke segenap penjuru rumah Kak Long tanpa kenal erti penat.
|
Masih terpaksa melayan cerita "Megatron Bukanlah Suamiku". |
|
Abang Zahid dan Abang Zai lebih berminat bercerita pasal persaingan Liverpool menentang Pilihan Malaysia malam nanti. |
|
Gurau-gurau ayah dan anak. |
|
Sabriena kidnap dan makan kerepek bawang. "Sabriena! Makan guna tangan kanan!" jeritku. |
|
Sabriena mengamati keunikan rupa bentuk kerepek bawang ini. |
|
Sabriena terus aje makan kerepek bawang. |
|
Ibu dan anak. Tapi yang ini bukan cap untuk ubat batuk, tau. |
|
Taufiq memperlihatkan suatu bukti pada tangannya. Sayangnya bukti itu tidak terpapar dengan jelas. |
Ketika aku sedang khusyuk menyaksikan cerita Transformer Raya di ruang tamu, tetiba mataku menjadi pedih. Sangat-sangat pedih. Aduh! Memanglah aku sedang sangat mengantuk pada ketika ini. Tapi aku tak sangka pulak tahap mengantukku adalah pada tahap sampai tak boleh nak membuka mata. Aku cuba buka mataku besar-besar. Beberapa kali. Tetap gagal. Wah! Ini adalah kategori mengantuk yang memang kena terus tarik bantal selimut dan tidur nih! Tak pernah pulak aku mengalami tahap mengantuk yang sebegini. Tetiba, bila aku amat-amati ahli-ahli keluarga yang lain, rupa-rupanya mereka juga mengalami sindrom kepedihan mata yang sama denganku. Masing-masing susah nak bukak mata. Bila aku membuat kajian saintifik, barulah aku tau bahawa kepedihan mata itu adalah akibat dari asap dan wap masakan yang sedang disediakan oleh Kak Ogie di dapur. Kak Ogie sedang menyediakan masakan ikan siakap steam versi Kalumpang. Bahan-bahan dan ingredient-nya terdiri dari komponen-komponen makmal kimia yang digunakan oleh pihak Polis Simpanan FRU untuk menyembur ke mata perusuh jalanan. Ohhhh... Patutlah mata kami pedih sangat...
|
Kaum bapak diajak makan nasi dulu berlaukkan ikan siakap masak steam - Kalumpang Style. Op op op op op... Kalumpang Style. |
|
Nasi telah dicedok ke dalam pinggan. |
|
Inilah rupa ikan siakap masak stim yang hebat ini. |
Tak lama menanti, akhirnya juadah ikan siakap stim pedih mata dari Kalumpang siaplah dimasak. Presentation-nya sangatlah meyakinkan. Abang Zai, Abang Zahid, Abang Hasni dan aku tak sabar-sabar menuju ke ruang makan untuk menjamah nasi putih berlaukkan ikan siakap stim. Makan ketika nasi dan ikan masih panas sangatlah mengujakan. Aku ambil nasi sedikit, dan ikan juga sedikit. Aku gaulkan kesemuanya di dalam pingganku. Lalu kusuapkan ke dalam mulutku. Sesuap demi sesuap. Hmmmmm... Enak sungguh rasanya. Terus terubat pedih mata kami tadi. Tapi aku tak boleh makan banyak-banyak sangat, pasal bak kata orang tua-tua, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah.
|
Abang Hasni sangat gembira bila dapat menikmati masakan isterinya. |
|
Nicha membantu mencedok nasi untuk para tetamu yang hadir. |
|
Semua orang dah makan. Semua orang dah mula mengantuk. Jom balik tidur!!! |
Setelah makan nasi, kami kembali ke ruang tamu untuk menonton tv dan mengunyah kacang goreng. Masa tu mataku dah semakin mengantuk, walaupun tidak disembur dengan wap masakan ikan siakap stim. Abang Zai mengambil kesempatan ini untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada anak-anak saudara yang hadir. Anak-anak aku turut mendapat habuan masing-masing. Dan aku jadi tukang simpan duit mereka buat sementara waktu. Setelah bersalam-salaman, kami terus naik kereta dan bergerak pulang. Mataku memang masih mengantuk. Tapi aku masih bisa memandu walaupun sebahagian otakku sedang lena. Zzzzzz...
|
Mukamil dan Amier melayan I-phone. |
|
Sabriena dengan bear besar. |
|
Aku dengan Mukamil. |
|
Mukamil sangat TIDAK teruja bila terpaksa bergambar dengan aku. |
|
Duit raya untuk anak-anak saudara. |
No comments:
Post a Comment