17 Julai 2015 - Selepas
beraya di rumah Kak Timah, kami lekas-lekas pulang ke rumah. Perlu bersiap-siap segera sebab sekejap lagi ahli keluarga dan sanak-saudara akan ke rumah kami pulak untuk beraya. Menu kami pada kali ini agak simple. Tapi dijangka sangat hebat dan bakal mendapat perhatian dan maklum balas positif dari para tetamu.
|
Ibuku dengan semangat berhari raya. |
|
Abang Zahid antara yang terawal sampai ke rumah kami. |
|
Abang Zai dengan mood raya yang sangat terserlah. |
|
Nana dan Suraya. |
|
Nicha bersama Kak Uda. Dan Abby sebagai pelakon tambahan. |
|
Syauqi setelah selesai makan char kue tiau panas. |
|
Kak Long sedang menikmati hidangan di petang raya. |
|
Gaya candid dari Nicha. |
|
Abby telah berjaya menghabiskan sepinggan char kue tiau dan segelas air anggur. |
|
Kak Long dan Kak Ita bersama ibuku. |
|
Ibu dan Kak Long. |
Setelah solat asar, kami bantu-membantu apa yang perlu demi menyambut tetamu yang bakal tiba tak lama lagi. Pembantu rumah kami terus sibuk di dapur memasak juadah tersohor pada edisi raya kali ini iaitu masakan char kue tiau. Perkakas pinggan mangkuk sudu garfu disposable digunakan bagi memudahkan proses pengurusan sesudah selesai makan nanti. Antara yang terawal sampai ke rumah kami adalah team keluarga Kak Uda. Diikuti oleh keluarga Kak Long, dan seterusnya. Kak Uda kena datang awal sebab selepas ini, kami akan serbu ke rumah kak Uda pulak untuk beraya. Dan kemudian ke rumah Kak Long pulak.
|
Abang Leman bersama ayahku. |
|
Tergencat Abang Karim ketika nak menghayati keenakan buah tembikai yang diimport khas dari German ini. |
|
Abang Hasni sedang membaca berita mengenai sambutan hari raya di seluruh dunia. |
|
Kak Saba dan Kamelia. |
|
Kak Piah dan Kak Ogie baru nak menjamu selera. |
|
Ika dan Shahira. |
|
Rasalah char kue tiau ini, dengan rendangnya sekali... |
|
Sabriena nak cuba mendapatkan sedikit char kue tiau dari neneknya. |
|
Tiga orang sepupu akrab - Mukamil, Adam dan Amier. |
Suasana menjadi semakin meriah bila semakin ramai ahli keluarga yang datang ke rumah. Termasuklah keluarga Kak Esah, keluarga Abang Leman, Kak Ogie, Abang Karim, Ardy, dan Kak Piah. Serta Taufiq yang turut hadir di rumah kami. Mereka makan dengan penuh berselera sekali, seperti makan di warung mamak tepi sungai dengan lampu lip-lap dan diiringi dengan nyanyian cengkerik hutan serta pancaran bunga api KLCC dan KL Tower. Kami enjoy nengok tetamu enjoy makan. Bukan sahaja char kue tiau yang laris bagaikan pisang goreng. Malah kuih-muih raya yang terhidang jugak nampaknya sangat laris di pasaran antarabangsa. Tinggal botol dan lapik meja sahaja.
|
Intan bersama Fateh. |
|
Ardy dan Fateh di petang raya. |
|
Ayah dan anak sedang berbicara pasal kuih-muih raya zaman Jepun dahulu. |
|
Syura, Yaya dan Zila sedang menjamu juadah yang kami sediakan. |
|
Faridz mendukung anak saudaranya. |
|
Amin pulak mendukung Fateh. |
|
Faiisal dengan gaya 'mari makan di hari raya' nya. |
|
Taufiq tiba-tiba masuk enter frame tanpa diduga. |
|
Adik beradik Syura dan Yaya. |
|
Berkumpul saudara-mara. |
Setelah aku dan anak-anak buah solat maghrib berjemaah, kami makan satu round lagi char kue tiau panas yang baru saja digoreng oleh bibik. Makan masa panas menggelegak lagi kaw rasanya. Setelah makan, kami pun bersedia untuk ke rumah Kak Uda pulak. Dan kepada para tetamu yang sudi hadir, kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak-banyak-banyak.
|
Gaya Akid setelah termakan kuih 'lembut' terlalu banyak. |
|
Gaya istimewa Adam untuk peminat-peminatnya di luar sana. |
|
Ibuku bersama Kak Esah. |
|
Bersalaman sebelum beransur pergi. |
|
Anak-anak buah kami sedang berusaha keras untuk menghabiskan segala makanan yang ada di atas meja. |
|
Intan dalam dilema. Tak tau nak makan kuih ini ataupun tidak. |
|
Syura membaca berita mengenai pertanian di hari raya. |
|
Faiisal dah kenyang. Menanti saat untuk ke kamar kecil bagi melunaskan hajat. |
|
Amin dapat mesej spesel dari teman spesel. |
|
Saiful sedang khusyuk makan kerepek seladang liar. |
|
Amier si baju oren dengan gaya istimewanya. |
|
Sabriena pun nak bergaya macam abangnya jugak. |
No comments:
Post a Comment