m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, July 6, 2015

Pergi ke Kampung Pengantin di bandaraya

7 Jun 2015 - Musim cuti sekolah memang banyak orang berkahwin. Musim hujung minggu pun banyak jugak orang berkahwin. Musim hari-hari biasa pun ada jugak orang berkahwin. Pokok pangkalnya, pada bila-bila masa pun ada saja orang yang berkahwin. Maka pada tarikh ini, ada satu majlis perkahwinan yang telah diadakan di sebuah kampung. Tetapi kampung yang ini bukanlah terletak di dalam kampung. Sebaliknya ia terletak di pinggir Bandaraya Kuala Lumpur. Nama kampung tu bukanlah Kampung Pinang Sebatang, atau pun Kampung Pasir Sebutir, malah bukan juga Kampung Dusun tempat Sarip Dol Samseng menetap. Ia adalah Kampung Pengantin di Setapak.

Yang mengahwinkan anak adalah sepupu kepada ibuku, Makcik Ana. Nama anaknya ialah Ahmad Sabri. Dan nama isterinya ialah Nurnadiah. Inilah tempat majlis pengantin yang paling tinggi yang aku pernah pergi. Kena naik escalator untuk sampai ke tingkat 3, dewan perkahwinan. Ini adalah kali kedua aku berkunjung ke sini.

Banner perkahwinan Ahmad Sabri dan Nurnadiah.
Menikmati makanan tengah hari yang enak.
Berselera sungguh kami makan.
Pakcik Banuri dan isteri.
Keluarga Pakcik Bardan.
Masih lagi keluarga Pakcik Bardan.
Sebahagian dari saudara-mara kami yang hadir.
Oleh kerana ibu dan ayahku tak berapa sihat, maka yang pergi ke majlis perkahwinan tu cuma aku anak-beranak berenam orang sahajalah. Maka bila sampai kat tempat majlis, kenalah cari wajah-wajah yang familiar untuk kami bertegur sapa. Radar mata aku lalu cuba mengesan individu-individu yang boleh dikenali. Akhirnya aku ternampak wajah keluarga Pakcik Bardan dan Pakcik Banuri. Lalu kami duduk bersebelahan dengan meja mereka. Aku bertegur sapa dan bertanya khabar. Begini bunyinya:

"Aku tanya apa khabar, aku tanya apa khabar, aku tanya apa khabar, semuaaaa..."

Setelah bertanya khabar barulah kami duduk, dan pergi mengambil makanan yang terhidang secara buffet. Nampak enak jugak juadahnya. Dan terdapat banyak jugak kuih-kuih Melayu asli yang sangat sedap. Kuih Melayu asli ini sedap dimakan sambil mendengar lagu-lagu Melayu asli. Masing-masing melayan kehendak tembolok sehingglah kami agak kekenyangan.

Syahmie membuat pesanan untuk mendapatkan aiskerim kon.
Syahmie sangat teruja pasal dah dapat aiskerim idaman.
Di sebelah luar dewan aku terlihat ada gerai aiskerim yang tidak dikunjungi manusia untuk seketika. Berasa kasihan kerana jualan aiskerim pada petang itu tak berapa laku, lalu aku pun pergilah ke gerai aiskerim itu dan memesan dari brader si penjual aiskerim beberapa batang aiskerim kon untuk dimakan bersama ahli keluarga yang lain. Setelah makan aiskerim, dan minum air teh tarik hebat, aku pergilah berlegar-legar mengambil gambar pengantin yang sedang makan beradab. Setelah mengambil gambar pengantin, berjumpa dan bersalaman dengan ibu dan ayah pengantin, kami pun bergerak pulanglah ke rumah. Itu aje...

Makan kuih tradisional pulak.
Pekena aiskerim dan teh tarik memanglah sangat mengujakan.
Sabriena makan bersepah. Makn aiskerim pulak sampai comot mulut.
Sabri dan Nurnadiah sedang makan beradab.
Terlalu enak makanan pengantin ini.
Adegan suap-menyuap akan dimulakan sebentar saja lagi. Cameraman telah bersedia.
Dalam perjalanan balik.
Di sepanjang koridor.
Semua orang telah kenyang.
Ambil pose dulu sebelum pulang.



No comments:

Post a Comment