18 Julai 2015 - Pada hari kedua Syawal, kami balik ke kampung mak aku di Kuala Selangor. Kami ikut highway LATAR dan terus menghala ke Bukit Badung untuk ke rumah nenek saudaraku, Nek Wok. Satu-satunya makcik kepada ibuku yang masih ada bersama kami. Yang lain-lainnya telah pun lama meninggal dunia. Perjalanan kami kali ini agak ringkas, cepat dan mudah. Dan kami tak sesat lagi seperti tahun-tahun yang sudah. Kami ke sana dengan menaiki dua buah kereta. Kereta yang satu lagi telah dipandu oleh anak buahku, Farid.
|
Sabriena suka makan kuih. |
|
Hari-hari Sabriena makan kuih. |
|
Dan terus makan kuih lagi dan lagi. |
|
Pakcik Bardan bersama ayahku. |
|
Syahmie bersama datuknya. |
|
Wanie pun tak henti-henti mengunyah kuih raya dari tadi. |
|
Farid duduk berehat pasal agak penat memandu jauh. |
|
Amier layan nengok tv pulak. |
|
Yana dan Sabriena bersiar-siar di anjung rumah. |
Sampai-sampai di rumah Nek Wok, kami terus duduk rehat sambil menghadap makanan. Memang tiap-tiap tahun macam tu. Aku dan anak-anak akan menghadap makanan sampai kesemua makanan dalam balang habis. Tinggal balang kosong aje. Al-maklum ajelah, anak-anak aku pun memang sangat gemar dan expert dalam bab-bab makan ni. Krup-krap-krup-krap bunyi kami mengunyah kerepek.
|
Ibuku bersama Nek Wok. |
|
Kami berjumpa Nek Wok cuma setahun sekali aje. |
|
Ibuku bersama makcik kesayangannya. |
Ibuku pulak duduk bersebelahan dengan Nek Wok, bercerita panjang dengan salah seorang dari makcik kesayangannya. Nek Wok masih boleh mengingati perkara-perkara lama, walaupun penglihatannya sudah tak begitu jelas. Aku pulak bersembanglah ala kadar dengan anak-anak kepada Nek Wok, iaitu pakcik-pakcik saudaraku. Aku agak rapat jugak dengan Pakcik Banuri pasal dulu kami selalu berjumpa.
|
Aku bersama Pakcik Banuri dengan Pakcik Bardan. |
|
Inilah first time kami bergambar bersama-sama. |
Sebelum bergerak pulang, kami sempat singgah sekejap kat kebun sayur yang telah diusahakan oleh maid Indonesia yang menjaga Nek Wok. Niat asal aku cuma nak mendapatkan benih kacang panjang dengan mengambil kacang panjang yang telah tua dan sesuai untuk dijadikan benih. Tetapi tiba-tiba Makcik Eda (isteri kepada Pakcik Banuri) telah memetik kira-kira secekak kacang panjang yang telah cukup besar dan diberikan kepada kami. Katanya buat ulam pun enak jugak. Kami pun mengambilnya dengan perasaan happy, seperti baru dapat duit raya. Kacang panjang ni rupanya pelik sikit, pasal warnanya kemerah-merahan. First time aku jumpa sayur kacang panjang yang rupa dia macam ni. Aku lantas menggigit sedikit untuk merasa keenakannya. Memang sedap jugak. Setelah bergambar di kebun sayur, dan mengucapkan terima kasih kepada semua, kami pun meneruskan perjalanan untuk beraya di rumah Wak Ros pulak.
|
Makcik Eda melayan kami memetik sayur kacang panjang warna merah. |
|
Banyak jugak sayur kacang panjang yang telah dipetik untuk kami. |
|
Secekak kacang panjang di dalam tangan adikku. |
|
Seronok jugak dapat beraya di kebun sayur. |
|
Sayur ini akan kami makan dengan nasi bila pulang nanti. |
No comments:
Post a Comment