m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, July 1, 2015

Larian Terry Fox 2014 di Titiwangsa: Cabutan bertuah

Bahagian 4

Akhirnya, larian Terry Fox selamat disempurnakan. Acara tak habis di situ sahaja. Ofis wife aku ada buat cabutan bertuah pulak. Vice President, Encik Rob telah mencabut nama-nama bertuah yang tertulis di atas kepingan kertas kecil, yang telah disimpan di dalam balang. Satu per satu nama peserta dicabut dan dipanggil. Seorang demi seorang tampil ke hadapan mengambil hadiah yang telah diperuntukkan. Akhirnya nama wife aku pulak yang dipanggil. Sebiji bekas air dihadiahkan kepada isteri aku. Seronok dapat hadiah lucky draw.

Vice President - Rob sedang mencabut lucky draw.
Sedang memilih nama sendiri untuk mendapat hadiah utama.
Wife aku sangat happy bila mendapat hadiah botol air yang spesel.
Rob masih mengocak balang undi. Dah dekat tiga jam dia kocak balang tu.
Salah satu keluarga warga ofis yang mengambil bahagian.
Antara warga ofis yang berkumpul untuk acara lucky draw.
Fatin gembira mendapat hadiah i-phone 8.
Kegembiraan yang tak terhinga.
Kakak tea lady pun dapat hadiah jugak, berupa jam tangan Rolex.
Azreen mendapat beg kertas Adidas - tiga stripes.
Antara peserta yang mendapat hadiah istimewa pada pagi itu.
Beliau juga gembira yang tidak terhingga.
Siti Hajar pula mendapat voucher percutian ke Paris, Rome dan Rio de Janeiro selama 7 hari 6 malam.
Semakin terkemudian, semakin besarlah nilai hadiah yang diberikan kepada peserta. Daripada sekecil-kecil hadiah seperti botol air, sehinggalah kepada kereta BMW 3 series. Dan yang paling dahsyat sekali adalah hadiah berupa sebuah jet peribadi. Siap dengan pilot dia sekali, yang sedia menerima arahan untuk ke mana-mana saja di dunia ini. Setelah berjuta-juta hadiah di-gave away kepada staf yang bernasib baik, acara selanjutnya adalah penutup majlis. Dan kami yang memang dah agak kepenatan pun terus ajelah melangkah pulang.

Bersambung...

Hadiah istimewa ini pulak berupa sepucuk surat 'tunjuk sebab'.
Proses mengocak balang diteruskan lagi oleh Rob.
Kim berharap benar namanya akan terpilih untuk mendapat hadiah super mega.
Seorang lagi staf yang mendapat hadiah sepucuk surat tunjuk sebab.
Beliau tak berapa gembira mendapat surat itu.
Rob nak simpan balang undi ini untuk digunakan di rumahnya nanti.
Staf yang beruntung ini berasal dari negara Vietnam.
Beliau mendapat hadiah jam tangan G-Shock.
Kak Zu tak ketinggalan untuk turut menerima hadiah misteri.
Hadiah ini hanya boleh dibuka bila pulang ke rumah nanti.
Tiba-tiba colour hilang. Jadilah black and white.
Bersama Rob yang telah menyampaikan hadiah lucky draw kepada isteriku.
Dengan keluarga Radzi.
Masih dengan keluarga Radzi.
Beberapa keluarga bergabung dan bergambar.
Bersama seorang teman - Lauren.
Masih dengan Lauren.
Lauren dengan isteriku.

No comments:

Post a Comment