18 Julai 2015 - Setelah beraya di rumah Makcik Mini, kami terus bergegas ke rumah Kang Sutris. Katanya Kang Sutris ada rumah baru. Dan lokasinya tak jauh dari rumah Allahyarham Datukku dulu. Maka kami pun memandulah dengan berhati-hati sambil mata menengok-nengok setiap rumah yang ada kat sepanjang jalan Kampung Baru, Asam Jawa. Kami nak cari rumah yang paling baru sekali di kampung ni. Itulah rumah Kang Sutris. Setelah puas mencari, akhirnya kami terserempak dengan sebuah rumah yang kelihatannya seperti sangat baru dibina. Masih bau kedai lagi. Atap dan dinding pun masih tersimpan kemas dalam plastik lagi. Malah tag harga pada tiang rumah pun masih tak ditanggalkan lagi. Aku konfiden, sudah tentu ini rumah baru Kang Sutris yang diuar-uarkan selama ini.
|
Bersantai di bahagian luar rumah yang sangat berangin dan nyaman. |
|
Masih di luar rumah. |
|
Pakcik Tahar dan Kang Sutris sedang sibuk berbincang pasal penjumpaan serpihan pesawat MH370 di Pulau Reunion. |
|
Kini mereka berbincang pasal menyerapkan awang impot di dalam skuad bola sepak Harimau Malaya. |
Lalu aku masuk ke pekarangan rumah, sambil memberi salam. Di anjung rumah, kelihatan Kang Sutris sedang duduk santai sambil bersembang-sembang dengan seorang teman. Kami bersalaman. Dan aku terus masuk ke dalam rumah. Masa tu isteri Kang Sutris, Mbak Mira masih tak ada kat rumah lagi. Jadi kami anak beranak duduk ajelah kat ruang tamu dalam rumah, sedangkan Kang Sutris sendiri masih di anjung menghirup udara luar. Lalu kami pun layan dirilah dengan memakan segala macam kuih-muih yang terhidang di atas meja. Krup krap krup krap. Begitulah bunyi kami mengunyah kerepek. Setelah seketika kami di situ, barulah Mbak Mira sampai. Kami dihidangkan air buat penghilang dahaga. Tak lama sesudah itu, rombongan mak ayah aku serta Pakcik Tahar turut sampai di rumah itu. Maka semakin meriahlah suasana di rumah baru Kang Sutris.
|
Sepupuku, Zura sedang mendengar Mbak Mira bercerita pasal kebakaran di bangunan Bukit Aman. |
|
Dan Mbak Mira menyatakan pendapatnya mengenai rombakan kabinet oleh PM. |
|
Salah seorang cucu Kang Sutris. |
|
Bergambar dengan buah-buahan tempatan. |
Nampak gayanya semua orang lebih suka duduk bersembang sambil makan kuih-muih di luar rumah. Pasal di luar angin meniup agak kuat dan sangat nyaman, berbanding kat dalam rumah yang cuma mengharapkan kedinginan angin dari kipas siling yang tak pun sebegitu dingin sebenarnya. Sementara yang lain berborak-borak, aku anak beranak bersiar-siar kat laman rumah sambil bergambar dengan pepohon sawit dengan pelepahnya yang melambai-lambai bila ditiup sang bayu. Alamak bersasteralah pulak. He he he..
|
Bergambar di laman rumah. |
|
Bergambar dengan pepohon sawit. |
|
Pokok sawit beratur di sepanjang jalan ke rumah Kang Sutris. |
|
Cerianya kami bila berada dalam suasana kampung macam ni. |
|
Perut dah kenyang. Semua orang berasa happy. |
|
Sabriena dengan background pepohon pisang. |
|
Sabriena sedang membuat cak! |
|
Sabriena sedang membuat posing comelnya. |
|
Masih dengan backdrop pokok pisang dan langit. |
|
Amier dan Sabriena dengan pokok pisang. |
|
Dua beradik dengan pokok pisang. |
|
Pokok pisang dengan dua beradik. |
|
Bergambar dengan buah kelapa. |
Ketika kami sedang bergambar, tetiba aku ternampak timbunan kupiah dilonggokkan di dalam bakul. Kupiah ni agak istimewa sikit pasal ia diperbuat daripada tempurung kelapa. Lalu aku pun mencubalah memakai satu. Cuba punya cuba, akhirnya jumpalah jugak satu yang ngam dengan kepala aku. Aku pun test pakai. Wah! Cantik jugak bila aku pakai. Ketika aku sedang bergaya dengan kupiah baru aku tu, tetiba Sabriena pun nak jugak satu kupiah untuk dirinya. Aku pun pilihlah satu design yang sesuai dengan Sabriena. Bila dah dapat satu, Sabriena pun pakailah kupiah tu dengan gembiranya. Sebelum kami pergi meninggalkan rumah Kang Sutris, tetiba Amier pulak yang mengadu kat aku, dia pun nak satu kupiah. Dan terpaksalah aku memilih satu lagi design yang sesuai untuk Amier. Dan Amier pun bergaya sakanlah dengan kupiah barunya sempena hari raya ini. Kepada sesiapa yang nak tempah atau beli kupiah tempurung kelapa ini, konteklah aku melalui akaun FB aku. Aku telah menjadi ejen penjual kupiah tempurung yang dijangka akan menjadi trend hangat pada penghujung tahun ini. Kupiah ni sesuai dipakai di majlis-majlis keraian. Tetapi jangan sekali-kali dipakai untuk ke surau atau ke masjid. Takut-takut makmum lain tak khusyuk solat!
|
Aku dengan kupiah raya pada tahun ini. |
|
Okay tak kupiah tempurung kelapa aku ni? |
|
Berbangga dengan kupiah spesel ini. |
|
Sabriena pun nak satu kupiah. Lalu aku memakaikan satu ke kepala Sabriena. |
|
Ih ih ih. Susah betul nak masukkan kat kepala Sabriena. |
|
Nampak gayanya macam tak berapa ngam. |
|
Cuba lagi. |
|
Kali ni nampak okay. |
|
Amier jugak nak try satu kupiah. |
|
Nampaknya kupiah ini sangat sepadan dengan Amier. |
|
Terpancar kehensemannya. |
|
Gaya istimewa Amier dengan kupiah tempurung kelapa. |
No comments:
Post a Comment