m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, January 28, 2013

Bowling amal SMTM: Mencari pemenang

Bahagian 3

Bertarung sudah. Makan minum pun sudah. Kini tiba masa untuk mendengar keputusan dari pengadil - siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara. Juara akan dapat sebijik kereta Proton Juara. Itulah cadangan asalnya. Tapi oleh kerana kereta Proton Juara dah tak ada stok kat kilang, maka hadiah terpaksalah digantikan dengan barang lain yang sama nilai dengannya, iaitu payung besar yang sangat mahal.

Fazlina dan Hafiz. Hafiz sedang menyanyikan lagu dangdut Senggol-senggolan Mas Idayu.
Setelah agak lama menanti (ada kira-kira tujuh hari tujuh malam jugaklah para peserta menunggu), akhirnya pengerusi majlis, Hafiz pun membuka mulut. Masing-masing melihat mulut Hafiz kerana ingin tahu keputusan muktamadnya. Tapi rupa-rupanya Hafiz bukak mulut pasal nak menguap. Huwaaaaaaaahhhgh... Kemudian Hafiz bukak mulut lagi, dan kali ini barulah terpacul kata-kata yang menghuraikan kekusutan pada minda para peserta. Bermula dengan pertandingan mewarna kategori kanak-kanak. Anak aku Wanie menang tempat pertama. Dia menang bukan sebab kroni, tapi memang hasil kerjanya lebih detail dari peserta lain. Tapi, hadiah tempat pertama sampai tempat ketiga semuanya sama aje!

Antara pemenang pertandingan mewarna kategori kanak-kanak.
Tempat kedua pertandingan mewarna..
Wanie jadi juara pertandingan mewarna.
Hadiah saguhati peserta kanak-kanak.
Amier pun dapat hadiah saguhati jugak.
Baby Irwan ni pun masuk pertandingan mewarna jugak.
Sesudah itu, diumumkan pulak pemenang kategori berkumpulan. Berikut adalah senarai pemenangnya:

1.   Johan - Kumpulan Lane 4 dengan jumlah mata 1,583. Ahli kumpulan: Umar See Abdullah, Fazlina, Haidzir Johaniz & Rozilah Ogy. Kumpulan ni menang bukan pasal markahnya yang tinggi, tapi pasal kehebatan salah sorang pesertanya - Haidzir JOHANiz. Ada perkataan JOHAN terselit pada nama beliau.

2.   Naib Johan - Kumpulan Lane 1 dengan jumlah mata 1,477. Ahli kumpulan: Irwan Mustapha, Hashimah Rahman, Wan Jamal & Aishah Alwi. Kumpulan ini menduduki takhta Naib Johan kerana mereka mendapat tempat kedua.

3.   Tempat Ketiga - Kumpulan Lane 5 dengan jumlah mata 1,390. Ahli kumpulan: Raudi, Fauziah Hanim, Mohd Adam & Sharifah Norsaliza. 

Pemain lelaki terbaik pulak jatuh kepada Irwan dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 537. Kalau nak ikutkan, mungkin jugak aku boleh jadi juara kerana telah menjatuhkan sebanyak 5,933 dalam tiga game. Tapi oleh kerana jumlah itu telah melebihi had maksimum (iaitu 900 pin), maka kemenangan aku itu terpaksa dibatalkan. Tambahan pulak, pin-pin tu semua telah dijatuhkan dengan menggunakan senapang M-16.

Pemain wanita terbaik disandang oleh juara bertahan - Suhaiza dengan jatuhan pin sebanyak 467. Itu tak termasuk pin baju serta no pin kad ATM yang turut terjatuh masa membuat balingan. Kalau campur tu semua sekali, ada dekat 30,000 semuanya. Suhaiza ni adalah salah sorang ahli dalam group aku  sebenarnya. Kami tak dapat johan pasal player yang lagi tiga orang tu (termasuk aku) agak hampeh sikit. He he he...

Raudi dan geng di tempat ketiga.
Naib johan kumpulan.
Masing-masing gembira dapat hadiah pencil box dan chewing gum.
Raudi meninjau isi kandungan beg dengan perasaan terharu.
Juara kumpulan. Ogy jadi juara dua kali berturut-turut.
Irwan - peserta lelaki terbaik.
Johan dengan hadiah masing-masing.
Suhaiza - pemain wanita terbaik.
Juara longkang pulak dimenangi oleh adik Nur Anisa Ain dengan jatuhan pin sebanyak 81 bijik. Itu pun sebenarnya jumlah pin yang jatuh adalah 1 bijik aje. Yang lagi 80 tu jatuh pasal ada sedikit gempa bumi ketika permainan sedang dilangsungkan. Juara longkang dua tahun lalu, Syahmie nampaknya terpaksa akur dengan kekalahan ini.

Juara longkang. Tak sia-sia mak suruh adik cuci longkang tiap-tiap hari. Hik hik...
Habis main, kami sambung makan-makan, minum-minum dan sembang-sembang. Oleh kerana aku bukan warga SMTM sebenarnya, maka tak ada apa yang nak aku sembangkan. Jadi aku duduk kat satu corner dan cuba pejamkan mata sampailah time untuk balik. Lepas ni ada satu lagi majlis yang aku kena pergi kat rumah kakak ipar aku kat Gombak. Akhir kata, selamat bersukan dan selamat beramal!!!

Bergambar kenangan ramai-ramai.
Antara warga SMTM yang hadir.
Semua berwajah ceria.
Mengharapkan acara yang seumpama ini pada masa akan datang.
Cuba nengok. Ada tak muka yang masam kat sini?
Banner bowling amal direntang.
Ismail, jurufoto official pun nak bergambar jugak.
Ismail buat enter frame. Paling glamer dia!

Bowling amal SMTM: Berentap habis-habisan

Bahagian 2

Tepat jam 11 pagi, pertandingan dan pertarungan sengit pun bermula. Bola demi bola dilemparkan ke arah botol-botol bowling sampai berserakan bebotol di hujung lane. Ada sesetengah pemain melemparkan bola dengan sekuat tenaga batin hinggakan bersepai bebotol yang tersusun tadi. Ada yang pecah berterabur dan hancur berkecai dibuatnya. Lantai lane yang licin jadi kemek pecah dibuatnya. Terpaksa diganti dengan lantai yang baru. Begitulah sangat hebat dan sengit pertarungan bowling antara warga SMTM dan keluarga masing-masing.

Hanim dan suami tersayang, Pyan.
Mastura dan Zulhairi.
Syahmie sedang main i-pad. Eh, silap. Bukan i-pad, tapi monitor bowling.
Tulisan yang terpampang pada baju kemeja-T para peserta.
Aku pulak mencapai bola berskala 25 paun bagi menambahkan impak yang luar biasa terhadap balingan yang dibuat. Balingan kubuat bagaikan helikopter terhempas di laut lepas. Bebotol pin bowling habis terpelanting sampai keluar jendela. Ada sekali balinganku terkena tiang bangunan kat tepi bowling alley tu. Senget terus bangunan Wangsa Walk. Nasib baik tak runtuh. Dan permainan yang sangat sengit itu pun diteruskanlah hingga ke penghujungnya.

Hafiz tengah tengok markah yang terpampang di screen. Macam salah kira aje...
Dengan Ogy sedang menyiapkan buah-buahan untuk dicolek dengan kuah cokelat.
Baru lepas buat satu strike.
Syahmie dan Nasa sedang bertanding sebelah menyebelah.
Suasana di gelanggang. Sangat meriah dan penuh tension.
Aku dan Syahmie kebetulan dapat satu group.
Banner yang dipampangkan di gelanggang bowling.
Hadiah yang menanti pemenang.
Berbagai hadiah bernilai jutaan ringgit menjadi rebutan.
Perlawanan yang sangat luar biasa itu akhirnya tamat juga setelah kira-kira lebih dua jam bertarung sesama sendiri. Dan mesin mengira markah pun beroperasilah secara automatik mentotalkan markah setiap kumpulan, dan markah individu juga bagi menentukan juara perseorangan. Markah yang terkumpul kemudiannya diaudit pula oleh juru audit profesional yang didatangkan khas dari Amerika dan United Kingdom. Dan para peserta seluruhnya menantikan keputusan yang bakal dirumuskan oleh juru audit dengan penuh debaran. Kumpulan manakah yang menjadi juara keseluruhan? Siapakah pemain terbaik lelaki dan wanita? Dan siapa pulakkah yang dinobatkan sebagai juara longkang? Soalan demi soalan yang terus bermain-main di benak para peserta.

Bersambung...

Juru audit dari overseas sedang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
Menanti keputusan rasmi dengan penuh debaran.
Lau mendukung anak..... anak Irwan kot...
Hafiz selaku pengerusi telah menyuruh juru audit membuat kiraan semula kerana berasa ragu-ragu dengan keputusannya.
Inilah hasil lukisan yang telah diwarnakan oleh Wanie.
Bersama Hanim sedang menikmati juadah setelah habis perlawanan.
Suami Sumarlina juga sedang menjamah nasi beriyani yang diagihkan.

Sunday, January 27, 2013

Bowling amal SMTM: Berkumpul setelah dua tahun

Bahagian 1

Pada 30 Disember tahun lepas, alumni Sekolah Menengah Taman Maluri (SMTM) ada membuat pertandingan bowling amal kat Wangsa Walk yang terletak di Wangsamaju dan merupakan lokasi utama penggambaran cerita Merong Mahawangsa. Pertandingan ni dibuat bagi mengumpulkan dana untuk membantu meringankan beban sahabat-sahabat bekas pelajar SMTM yang menghadapi masalah kesihatan. Sebenarnya SMTM tu bukannya sekolah lama aku. Tapi ia merupakan sekolah lama wife aku. Aku tumpang join sekali pasal seluruh keluarga turut dijemput bagi memeriahkan majlis ini.

Wanie dan Syahmie baru sampai dengan semangat berkobar-kobar.
Ogy, Zumaidi, Nasa dan Fazlina.
Hafiz menjadi juru cakap pada majlis ini. Beliau diberikan tugas untuk terus-menerus bercakap tanpa henti, walaupun tengah makan dan minum. Uhuk, uhuk!
Majlis bermula kira-kira jam 11 pagi. Wife aku pulak kebetulan jadi salah sorang dari committee. Jadi dia agak sibuk sikitlah pada hari tu. Aku pulak terus dapatkan sepasang kasut dari kaunter kasut. Dan kemudian mencari bola bowling pulak. Oleh kerana dah dekat berkurun tak main bowling, maka aku pun dah lupa saiz bola bowling yang selalu aku pakai. Aku main ambil aje bola saiz 13. Rasa macam terlebih beratlah pulak. Tapi aku terus pakai aje.

Amier macam merajuk sikit pasal dia tak dapat t-shirt (pasal dia bukan peserta).
Syahmie dah ready untuk membuat balingan bak helikopter.
Untuk anak-anak kecil pulak ada disediakan pertandinan mewarna. Amier dan Wanie ada mengambil bahagian dalam pertandingan ni. Maklumlah, nak main boling tak berapa nak pandai. Jadi main kaler pensel ajelah. Dan Amier serta Wanie nampaknya begitu tekun sekali mewarna lukisan yang diberikan.

Amier dan Wanie sedang khusyuk mewarna lukisan. Oh, nampak gayanya Amier dah pun dapat t-shirt sehelai. Patutlah dia dah tak merajuk lagi.
Para peserta mewarna. Yang paling senior merupakan pelajar sekolah menengah.
Amier mewarna dengan tekun dan hati-hati.
Dari kiri: Suhaiza, Reha, Nasa, Zumaidi dan Saberiah.
Group wife aku: Cairel dan dua lagi anak remaja.
Kalau tak salah aku ada 12 kumpulan semuanya. Satu kumpulan ada empat orang. Dua tahun lepas group aku jadi juara. Tahun ni tak taulah pulak. Group aku tahun ni terdiri dari aku (yang main tak konsisten langsung, ada kalanya okay, ada kalanya teruk). Syahmie (tahun lepas jadi juara longkang, pasal markah dia paling tercorot). Saberiah (yang seumur hidup tak pernah main bowling, nengok bola bowling pun mungkin tak pernah jugak kot). Dan Suhaiza (yang ini sorang aje yang merupakan pemain terbaik wanita dua tahun sudah). Yang lagi tiga tu agak huru hara sikit, termasuklah aku.

Group aku: Suhaiza, aku, Syahmie dan Saberiah.
Wife aku sedang bagi semangat kepada Amier.
Group yang kongsi sama lane dengan group aku: Nasa, Reha dan Zumaidi.
Dua orang kawan rapat - Nasa dan Zumaidi.
Isteriku bersama Amier dan Sharina.
Kengkawan satu sekolah bila dah berjumpa setelah sekian lama tak jumpa pastinya sangat teruja. Bertegur sapa, berborak sakan dan bercerita kisah lama. Makan-makan dan minum ada disediakan untuk semua peserta. Wife aku pulak ada bawak chocolate fountain bagi tujuan makan-makan dan jugak bagi mencantikkan suasana dalaman ruang arena bowling dengan pancuran cecair cokelat. Setiap sorang jugak dapat satu beg goodies. Dalam beg goodies tu ada tuala untuk lap bola bowling. Ada bola bowling saiz 15. Dan ada tiga biji botol bowling untuk praktis kat rumah bila tengah boring. Dan of course, ada satu t-shirt hitam yang ada cetak lencana sekolah dan ada tulisan pertandingan bowling amal. Semua orang berasa sangat happy dan teruja dengan pemberian ini. Ada jugak di kalangan bekas pelajar yang tak join pertandingan ni, tapi dia sekadar buat sumbangan kewangan aje bagi kegunaan persatuan alumni SMTM ini.

Bersambung...

Kawan satu sekolah sedang menjamu selera - Sumarlina, Saberiah dan Rosidah.
Wanie bertugas di meja pendaftaran. Siapa nak guna chocolate fountain kena mendaftar dengan Wanie dulu. Yuran pendaftaran RM10.
Cairel Azhan berazam untuk score 400 point satu game.
Irwan - pemain yang sangat berbakat besar. Pernah memecahkan rekod dunia ketika bertanding di Alaska dan Republik Congo beberapa tahun lalu.
Aishah dan Mastura.