m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, June 1, 2011

Talisman Malaysia Limited Annual Dinner: Atlantis-Under The Sea

Pada 28 Mei 2011 Sabtu lalu ada majlis Annual Dinner bagi company tempat wife aku kerja. Biasalah kalau company besar-besar buat annual dinner mestilah gah dan hebat. Majlis diadakan di Mandarin Hotel sebelah KLCC. Kalau majlis sebesar ini biasanya mesti ada tema. Dulu pernah ada tema 60's, Oscar, Glamour & Glitter, Purple dan kali ni temanya "Atlantis: Under The Sea". Maka wife aku pun pakailah dress biru yang melambangkan laut. Sementara aku... sepatutnya pakai pakaian lanun (cuba refer blog lepas). Sempat jugak bergambar pakai pakaian lanun dengan backdrop tema. Tapi lepas tu aku terus bukak pasal seganlah pulak nak pakai, especially bila aku nengok majority semua orang pakai baju biasa je. Heran jugak aku, selalunya dia orang memang sporting participate bergaya ikut tema, tapi kali ni macam kuranglah pulak. Kalau aku terus pakai baju lanun, mesti orang-orang yang duduk sebelah aku suspen je dan simpan wallet dan beg duit masing-masing dengan kemas. Macamlah aku nak sebat diorang punya duit, padahal memang pun! He he he...! (ketawa jahat).

Pancaran laser yang mengerikan!
Kami sampai dewan agak terlambat sebenarnya. Semua orang dah dapat tempat duduk. Jadi kami duduk mana tempat yang available ajelah. Semua orang kat meja tu aku tak kenal. Wife aku of course-lah kenal. Masuk-masuk dewan aje ada pancaran laser yang berapi-api merata-rata tempat. Laser tu jenis yang betul-betul power pulak tu. Beberapa orang yang terkena laser telah cedera dan dimasukkan ke hospital untuk dibedah siasat. Lalu pihak pengurusan telah diarahkan untuk menukarkan pancaran laser yang merbahaya tu kepada lampu laser untuk show punya. Rupanya lighting man dah tersalah beli laser daaa... Dia pergi beli laser dari askar daaaaa... Patut beli kat kedai lampu je... Setelah diganti, barulah semua orang enjoy nengok persembahan laser yang memukau itu. Memang suasana sebijik macam dalam laut sehinggakan ada beberapa orang pemancing tegar entah dari mana siap bawak perkakas pancing nak memburu ikan marlin dan sailfish. Sempat jugak aku meng-interview lighting man tadi, dan dia mengaku bahawa dialah orangnya yang bertanggung jawab memancarkan laser hijau kat mata goalkeeper Indonesia masa lawan bola AFC dulu.


King Neptune pun ada datang dinner kami.







Menu makanan kami adalah makanan barat ala Perancis kot. Ada udang harimau yang masih mengaum yang diimport khas dari zoo Taiping. Ada ikan salmon dari Alaska. Ada ayam dari reban ayam. Dan ada steak lembu dari Jamaica. Selain tu ada jugaklah dessert seperti cokelat, biskut dan entah apa lagi. Cukuplah buat lapik perut.

Aku berjaya menjinakkan udang harimau yang ganas ini sebelum aku menjamahnya.











No comments:

Post a Comment