m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, June 6, 2011

Dirompak, samun, ugut - mengerikan!

Lebih sebulan yang lalu, kawan sepejabat wife aku telah kena samun di kawasan basement parking Menara Citibank. Penyamun tu tak pakai tarbus, tapi dia menghentam kepala mangsa dengan objek tumpul. Bila mangsa lembik, dia pun capailah apa-apa yang sempat dan melarikan diri. Nasib baik kawan wife aku ni masih dapat berjalan dan meminta bantuan dari orang ramai. Tapi wallet dan beberapa item yang lain telah dikebas penyamun. Tak lama lepas tu, ada sorang lagi office mate wife aku kena ragut. Adus! Memang black area betul kawasan tu.

Merompak style sekarang dah takda warning. Main tibai semacam aje. Kalau dulu masih boleh dibawak berunding. Perompak akan cakap, "harta atau nyawa" atau "your money or your life" atau "serahkan wang kamu, kalau tidak saya akan cekik kamu" dan sebagainya. Okay lagi style dulu. Masih gentleman jugaklah.

Cakap pasal samun-menyamun dan rompak-merompak ni, aku nak story sikitlah pasal kejadian aku kena rompak yang berlaku kira-kira lebih 15 tahun dahulu. Masa tu aku masih bujang, tapi dah kenal rapat dengan wife aku. Jadi kerja overtime-lah sikit nak kumpul duit nak kahwin. He he he... Balik kerja tiap-tiap malam dalam jam 10-11 malam. Kekadang lewat lagi pun ada. 

Pada satu malam, kira-kira pukul 11 malam, aku berjalan pulang dari ofis di Empire Tower Jalan Tun Razak ke tempat letak kereta terpencil di Jalan Ampang/Tun Razak. Bila aku nak bukak kunci kereta je tetiba datanglah satu mamat ni dengan muka suspen bercampur nervous mengacukan pistol jenis browning kat aku. Sebenarnya masa tu aku memang tak berapa suspen. Aku siap buat kajian kebarangkalian apa yang mungkin akan berlaku. Tapi yang pertama terlintas dalam fikiran aku adalah mamat ni mungkin psycho. Kalau dah psycho maknanya tindakannya tak dapat dijangka dan mungkin juga dia akan bertindak di luar batasan kemanusiaan. Kalau ditembaknya aku kan niaya. Dahlah amalan seciput, baru plan nak kahwin pulak tu. Setelah berfikir kira-kira sejam lebih barulah aku bertindak mengikut kemahuannya iaitu bukak kunci kereta dan masuk ke dalam kereta.

Kat dalam kereta, dia duduk kat seat belakang dan aku kat driver's seat. Dia tak tala pistol tu kat kepala aku, sebaliknya dia tala objek tajam macam pisau kecil kat leher aku. Kenapa ya? Lepas buat kajian baru aku faham, pasal pistol tu pistol mainan daaaa... Tapi waktu kejadian aku tak nak ambik risiko. Aku pulak bukan kaki gaduh. Maka aku biarkan ajelah. Dia rembat duit dalam wallet. Tak banyak pun. Dia rembat jam tangan aku bernilai RM150.00 dan dia rembat kad ATM aku. Dia mintak pin number. Aku bagi yang tipu punyalah. Lepas tu dia gertak, "Ni betul ke tipu nih!!!" Alamak! Apasal dia gertak pulak, bisik aku. Aku takut dia suruh aku drive ke mesin ATM, dan kalau nombor palsu nanti kena sedas peluru pulak. Maka aku pun berkata pada dia, "Eh, maaf cik abang oooiii... Saya tersalah bagi nombor pin pulak. Itu tadi nombor pin baju. Yang ini barulah nombor yang sebenarnya. Sorry ya baaannggg," sambil menampar lembut pipinya. Dia terus berlalu, dan dalam sekelip mata bayangnya pun hilang tak dapat dikesan. Bila aku check akaun, sah RM2,000.00 telah dilesapkannya.

Aku tak terus buat laporan polis, sebaliknya aku balik ke rumah dulu untuk mendapatkan sokongan keluarga. Dan kami ke balai polis Jalan Tun Razak/Ampang, Jalan Pudu dan di Cheras. 3 balai kami pergi. Nasib baik aku punya i/c dan lesen drebar tak dirembatnya sekali. Peringatan yang bagus untuk aku. Memang agak terkilan, tapi hikmahnya pasti ada. Bila sembang dengan kawan-kawan aku, ada yang terkejut dalam simpati, dan ada jugak yang kata mungkin kalau dia di tempat aku, dia akan tentang habis-habisan dengan kederat yang ada. Pokok pangkalnya semua dah berlalu dan aku kena selalu beringat dan mengingatkan orang-orang yang rapat dengan aku terutamanya keluarga aku sendiri.

No comments:

Post a Comment