m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, June 21, 2011

Menikmati keenakan ikan sungai

Pada hari Sabtu lepas kami dapat undangan dari kakak ipar aku, Kak Uda untuk datang makan-makan kat rumah dia. Dia kata ada masak ikan sungai. Kalau bab makan kami memang takda hal. Apatah lagi yang masak tu Kak Uda. Memang dah terkenal kesedapan air tangannya. Maksud aku bukan air cucian tangan dia. Tapi kalau Kak Uda pegang apa makanan pun, makanan tu mesti jadi sedap.

Kebetulan pulak aku dah kenyang masa datang rumah Kak Uda. Tapi aku paksa jugak perut aku untuk menerima masakan ikan sungai Kak Uda. Yang tukang pukat ikan tu Abang Zahid. Memukat kat Sungai Perak. Macam-macam ikan ada dimasak termasuklah lampam, terbul, baung, tapah, belida, jelawat, kelah, tengas, temoleh, tengalan, pari sungai, siakap sungai, ikan lumba-lumba sungai, paus biru sungai, badak air sungai dan tak ketinggalan juga dugong sungai. Semua tangkapan itu dimasak lemak cili api yang masih membakar lagi. Bertambah jugak aku makan walaupun sebenarnya aku dah kenyang. Panjang sungguh sedawaku itu, "Hhhhhhhhhheeeeeeeeeekkkkkkkkkkkkgggggggggg......... Besok paginya baru selesai sedawa terpanjang ku itu. Terima kasih Abang Zahid, kak Uda sekeluarga kerana menjamu kami dengan makanan hebat itu. "Hhhhhhhhhheeeeeeeekkkkkkkggggggggg..... Ish ish ish masih sedawa lagilah.

Kek Selamat Hari Abah.


Tinggal tulang. Isi ikan telah dibedal oleh mulut-mulut yang lapar.

No comments:

Post a Comment