m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, June 30, 2011

Hari Bapa di Impiana: Makan-makan dan macam-macam

Hari Bapa dah berlalu lebih 2 minggu lalu. Tapi baru sekarang aku berkesempatan nak berkisah. Kami meraikan hari bapa di Hotel Impiana. Adik aku yang belanja. So, kami okay aje. Tak macam sesetengah tempat, nampaknya di sini tetamu yang makan lunch tak begitu ramai. Jadi kami dapat berlegar-legar memilih lauk pauk dengan sangat selesa. Tak payah berebut-rebut macam mangsa banjir Pakistan, atau mangsa kebuluran di Afrika.

Gembira.
Gembira.

Gembira.
Gembira.

Gembira.
Lauk tersedap bagi aku pada hari tu adalah kari kepala ikan merah. Aku rodok jugak periuk kot-kot ada kepala ikan paus nak dijamah. Tapi hampa. Yang ada memang hanya kepala ikan merah aje. Kalau dulu kami makan buffet memang sampai perut dah nak meletup baru berhenti. Tapi style sekarang, makan ala kadar je. Rasa macam rugi kan? Tapi apa nak buat, bila semakin berusia perut dah tak boleh terima segala macam makanan yang berkilo-kilo beratnya disumbat ke dalam. Alamat akan muntah jam tu jugak!

 
Semua orang makan dengan gembiranya. Ada 3 orang penyanyi pulak lagi yang mendendangkan lagu macam-macam rentak untuk menghiburkan para tetamu. Di hujung acara ada cabutan bertuah dan adik aku mendapat salah satu hadiah yang ditawarkan. Percutian ke Thailand. Selain tu ada jugak sessi bergambar bersama bas dan lukisan karikatur oleh pelukis profesional. Selamat Hari Bapa (yang dah lepas) kepada semua bapa terutamanya bapa aku dan bapa mentuaku serta aku jugaklah. Dan terima kasih buat adikku yang telah belanja kami makan kat hotel.

Trio yang bernyanyi-nyanyi.

Menang hadiah cabutan bertuah.


Naik bas nak balik rumah.

Wednesday, June 29, 2011

I/C baru, wajah baru

Awal-awal pagi aku dah ke Jabatan Pendaftaran Negara di Taman Maluri pasal nak ambil kad pengenalan anak aku, Syahmie dan aku punya jugak, menggantikan yang lama yang telah rosak cipnya. Suasana sangat tenang. Takda orang beratur panjang, takda petugas menaikkan suara. Tak macam masa dulu-dulu-dulu-dulu masa bapak aku bawak aku pergi buat kad pengenalan kat Chow Kit. Dah lah sempit, berasak-asak. Petugas pulak terjerit-jerit meninggikan suara.

Aku puas hati dengan kad pengenalan aku yang baru. Berkilat-kilat macam baru lepas kena polish dengan wax. Soal gambar, aku okay aje. Dah muka aku macam tu nak buat macam mana lagi. Aku harap kali ni cip dia takkan cepat rosak walaupun dihenyak di bawah punggung aku sepanjang masa.




Bila sudah tergolek

28 Jun adalah sessi terakhir badminton untuk bulan Jun 2011. Yang hadir semalam cuma aku, abang Zai, Faiisal dan Hidayat. Sama macam minggu lepas. Cukup korum untuk main double. Tapi kali ni aku agak pancit sikit. Main sampai terduduk terbaring tergolek kat court. Fikiran agak kusut memikirkan macam-macam hal. Baju aku kuyup macam lepas berendam dalam air laut. Semalam kami memang banyak gelak. Entah apa yang digelakkan pun kami tak tau. Mungkin sebab banyak gelak kot yang jadi cepat penat tu. Anyway, lepas badminton kami pekena teh halia macam biasa. Siapa pulak agaknya pengentut paling lantang kali ini.

Lif yang mengerikan...

Pagi tadi aku ke FOMEMA di Pusat Bandar Damansara. Ada urusan pembantu rumah di sana yang perlu dibereskan. Nak parking kat situ memang leceh sikit. Semua parking biasanya dah di-reserve untuk kakitangan yang bekerja di situ. Cuma sebahagian kecil aje tempat parking pelawat. Itu pun duduk kat tingkat yang paling bawah, paling terpencil dan paling mengerikan.

Aku nak ke tingkat atas dengan menaiki lif. Sebelah lif tertulis perkataan "LIF ROSAK". Aku terfikir jugak, rosakkah lif tu? Kalau rosak mestilah tanda tu diletak betul-betul depan lif. Mesti ada penghadangnya biar orang tak masuk lif. Lalu aku meyakinkan diri bahawa lif tu dah di-repair. Bila aku naik aje lif tu dah mula buat hal. Dia ada pause kejap, tersangkut-sangkut dan ada bunyi macam mengilai sikit - hhhiiiiiiiiiiiiiieeee... Macam tu lebih kurang bunyi dia. Keluar dari lif aje aku dah rasa mabuk dan macam nak muntah. Memang mengerikan. Nasib baik cuma 4 tingkat je. Kalau 40 tingkat memang sah-sah aku muntah dalam lif tu jugak. Sapa nak kuat boleh makan muntah aku. Siapa-siapa ada berani, bolehlah cuba naik ini lif.

Monday, June 27, 2011

Meraikan Raziq di Dewan Sivik PJ

Malam minggu lalu kami ke Dewan Sivik Petaling Jaya untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu kami Raziq. Acara diadakan penuh gilang-gemilang bagaikan burung helang menyambar ikan sembilang di padang lalang yang penuh dengan belalang. Anak-anak tak ikut pasal tempat yang agak terhad.

Bibir masih mampu menguntum senyum tatkala perut menjerit perih kelaparan.
Setelah menunggu seketika di meja makan, masuklah kumpulan cak lempong. Teng tong teng tong bunyi paluannya. Lepas tu masuk pulak jejaka ber-skirt pendek meniup bag pipe mendendangkan lagu Joget Hantu Mak Limah Balik Rumah. Eh silap. Lagu Joget Mak Limah aje. Masa tu pengantin masih tercegat kat pintu dewan lagi. Lepas tu bacaan selawat Nabi yang merdu. Lepas tu kedengaran pulak lagu jejiwang dan barulah pengantin berarak masuk sambil diiringi cameraman yang begitu ramai.

Kumpulan cak lempong
Pemuda ber-skirt pendek mengalunkan irama etnik.
 
Lepas baca doa dan tengok video pengantin, barulah kami dijamu makan. Masa tu kalau tak silap dah pukul 9.30 malam kot. Maka dengan perut yang agak lapar kami pun berebut-rebut mendapatkan nasi dan lauk pauk. Mencapai dan memamah mereka tanpa mengingati orang belakang. Memang kami nak nengok jugak kot-kot ada orang kat belakang kami. Tapi teringatkan pesanan David Teo "jangan pandang belakang" maka kami tak jadilah nak menoleh.

Berebut-rebut mendapatkan bekalan makanan.
Lepas makan tu kami beramah mesralah dengan saudara-mara (bukan saudara yang kerja kat MARA) yang dah lama tak jumpa. Dah jam 10.30 malam kami beredar pulang. Kami agak letih jugak, lepas isyak terus dibuai mimpi.


Ibu dan bapa pengantin lelaki - Raziq.
Bergambar kenangan bersama saudara-mara.

Sunday, June 26, 2011

Belajar untuk lebih relaks

Abang Hj Nordin bekerja keras untuk memastikan kelompok kami dapat main tenis hujung minggu lepas. Akhirnya dia berjaya mendapatkan sebuah gelanggang di MSN Setiawangsa. Gelanggangnya taklah sehebat di Titiwangsa, tapi memadai untuk kami menajamkan kemahiran dan beriadah.

Semalam sepupu Nas datang bermain dengan kami. Shahril namanya. Nas selalu berperwatakan serius, lebih-lebih lagi kalau Foong ada bermain sama. Tapi semalam aku dapat saksikan karaktor berbeza pada Nas bila Shahril yang agak kelakar tu datang main bersama. Mereka memang macam adik beradik. Macam anak-anak aku dan sepupu-sepupu mereka. 

Kalau minggu lepas aku bercakap pasal teguran-teguran kawan-kawan tentang cara aku pukul bola tenis, kali ini aku dah mula nak membiasakan memukul bola dengan cara lebih relaks. Kurang guna tenaga dan bola tak pergi meliar. Tapi masih teragak-agak untuk memukul dengan tepat. Perlu lebih dibiasakan baru okay. Gelanggang MSN Setiawangsa pada dasarnya berwajah nyaman kerana belukarnya, tapi terik di kepala kerana surianya.

Nas (kiri) & Shahril (kanan).

Ke sekolah sembang-sembang pasal anak

Pagi Sabtu kami dah bersiap-siap untuk ke sekolah anak-anak kami di Kg Melayu Ampang. Ada taklimat ibubapa untuk murid darjah 6. Menurut guru penyelaras dan guru besar, murid-murid sekarang dah pandai pewwwwiiittt kat murid perempuan yang lalu lalang waktu guru sedang mengajar di kelas. Merisaukan! Lepas tu ambil report card Syahmie dan Wanie. Ketika di kelas Wanie, isteriku beramah mesra dengan salah seorang kawan baik Wanie. Rupanya dalam diam, dalam bisik-bisik, kawan Wanie berkata, "keluarga awak ni pelik". Hmmm... pelik benar ke kami ni? bisik hati aku. Dan aku rasa... memang pun. Hwa hwa hwa...

Ketika berjumpa guru Syahmie di tingkat 4 bangunan sekolah baru, kami agak terkejut jugak bila cikgu kata Syahmie tu talkative, banyak bercakap. Setahu kami Syahmie tu pendiam, macam bapaknya jugak. Dia talkative dengan kawan-kawan gamaknya. Dengan parents memang kurang nak bercerita.

Penutup acara, wife aku belikan ice-cream sorang satu. Dan makan waktu panas terik memang menyegarkan. Slurrp!

Membeli ice-cream seringgit satu.


Amier gembira kerana dia memang selalu gembira.

Ketika mendengar taklimat guru besar dan guru penyelaras darjah 6.

Sepuluh ke dua belas tanpa henti

Khamis lalu kami bertandang ke court badminton lagi. Yang hadir cuma aku, abang Zai, Faiisal dan Hidayat. Bermula jam sepuluh malam hingga dua belas malam tak ada pemain lain yang hadir. Maka kami penuhi masa itu untuk terus menerus bertarung di court yang telah disewa. Nasib baik permainan kami tak ada yang rally panjang. Pukul sekali terus mati bola. Baru pegang reket dah terus dapat point. Jadi tak perlu banyak lari dan tak terlalu penat. Lepas main kami menuju ke kedai mamak. Tapi mamak kata, "ooohhh sori boss, kedai sudah mau tutup. Sudah cuci lantai, dapur, kursi sudah susun. Makanan sudah bungkus. Roti canai punya orang sudah balik India. Cashier sudah balik tidur, sudah mimpi pasal duit. Astro channel sudah habis. Saya juga sudah mau balik kasi urut badan". Okaylah. Kami pun terus menghala ke kedai makan Melayu berdekatan. Macam biasa, abang Zai belanja teh halia. Faiisal first time minum teh halia seumur hidupnya. Tak taulah malam nanti macam mana. Gamaknya takleh tidur pasal terkentut-kentut sepanjang malam. Tak sunyilah malam itu jadinya. Dan mungkin jiran-jiran jugak terpaksa berjaga malam sama. Ttttttuuuuuuuuuuuutttttttt.... Begitulah merdu suaranya.

Cincin di jari, apa maknanya.
Faiisal sempat mandi-manda kat dewan gamaknya.

Friday, June 24, 2011

Memanaskan rumah teman

Ketika aku dijemput oleh salah seorang teman baikku untuk memanaskan rumah barunya di Taman Tun Dr Ismail, aku merasa begitu teruja sekali. Dah lama aku tak buat aktiviti memanaskan rumah orang. Lalu aku bergegas ke belukar belakang rumah memungut kayu api, dan membeli 5 gelen minyak tanah serta mancis berkotak-kotak untuk dubuat unggun api sekitar rumah kawan baruku itu agar ia menjadi panas. 

Aku sampai di rumahnya agak terlewat walaupun niat asalku untuk datang lebih awal agar dapat berjumpa dengan teman-teman lamaku. Tapi aku ada temujanji lain pada hari yang sama. Di rumah kawanku itu aku lihat tak ada pulak unggun api yang terpasang, dan langsung tak panas kediamannya itu. Aku jadi bingung seketika. Yang ada cuma makanan pelbagai jenis terhidang menanti dijamah tetamu yang hadir. Tanpa melengahkan masa aku dan familiku pun terus menerkam makanan yang terhidang, dan kami sangat enjoy menikmati char kue tiaw kerang.

Sesudah agak kenyang, aku mencari tuan rumah, yakni kawanku untuk bersalaman dan bertegur sapa. Oh! Itu pun dia, Tuan Haji Noris. Dan aku jugak berkesempatan berjumpa bekas pensyarahku di UTM, Dr Hamdan Ahmad. Semua kelihatan segar dan walafiat. Aku menanya temanku, "tak pasang api ke? Kata nak buat rumah panas?" Jawab kawanku, "bukan nak panaskan rumah, tapi buat house warming". "Ohhhh... House warming..." kataku sambil tergelak kecil. Konon-konon faham maksud kawanku itu. Dalam hatiku masih tak puas hati, house warming tu panaskan rumahlah, kan? Tapi aku terpaksa memendam rasa ketidakpuas hatianku itu.

Tn Hj Noris sempat mendemo motorised louvres yang tersergam di rumahnya. Kami yang menengok agak kagum sampai tercengang-cengang dan tergolek-tergolek seperti orang Afrika nomad kat Safari first time jumpa air Coke dalam botol. Kami beredar selepas cukup makan dan kenyang sambil bernyanyi-nyanyi. Terima kasih Tuan Haji Noris kerana mengundang kami.


Motorised louvres yang membuatkan hati kami jadi tak keruan.


Tn Hj Noris, Dr Hamdan Ahmad & En Zakaria.


Wednesday, June 22, 2011

Bergabung dengan orang hospital

Satu minggu kami terpaksa rehat dari main badminton pasal dewan badminton kami disewa oleh produser filem Tayangan Unggul (kalau tak silap Aflin Shauki punya). Ada shooting. Nama cerita dia "Ratu Idola". Aku ada jugak jenguk-jenguk kat dewan tu kot-kot ternampak Aflin Shauki atau mana-mana artis popular tanah air yang berlakon. Haram sorang pun tak nampak. Ingatkan nak jugak menempel jadi extra, tapi takda chance-lah pulak.

Semalam aku dapat main badminton lagi pasal shooting dah selesai kat dewan. Tapi yang datang main cuma aku, abang Zai dan Kois saja. Kebetulan kat court sebelah tengah ada friendly tournament antara geng hospital HKL dan geng Ampang Indah. Jadi ramailah orang yang datang. Aku pun mengajaklah sapa-sapa yang nak main dengan kami untuk cukupkan korum.

Kami main dengan geng hospital. Sorang-sorang skill dia hebat-hebat. Tercungap-cungap kami dibuatnya. Drop dia kemas, backhand dia kuat, net play dia cantik. Banyak jurus-jurus baru yang tak pernah aku nengok telah dikeluarkan mereka. Antaranya ialah jurus bedah siasat mayat, jurus suntikan pelali, jurus sedutan air sumsum tulang belakang, dan yang paling merbahaya sekali ialah jurus ambulan langgar lampu merah. Bermain dengan mereka memang banyak boleh belajar - cara mereka control tangkis, cara mereka placing dan cara-cara nak buat rawatan kecemasan kalau kaki terseliuh. Kois aku nengok skill dia telah makin up bila partner dengan brother hospital tu. Kois siap boleh keluarkan jurus CPR dan jurus jururawat pelatih pulak tu  lagi. Kami main sampai lencun badan dengan peluh. Lepas tu abang Zai belanja minum teh halia dan kacang goreng. Memang puas main semalam.


Tuesday, June 21, 2011

Menikmati keenakan ikan sungai

Pada hari Sabtu lepas kami dapat undangan dari kakak ipar aku, Kak Uda untuk datang makan-makan kat rumah dia. Dia kata ada masak ikan sungai. Kalau bab makan kami memang takda hal. Apatah lagi yang masak tu Kak Uda. Memang dah terkenal kesedapan air tangannya. Maksud aku bukan air cucian tangan dia. Tapi kalau Kak Uda pegang apa makanan pun, makanan tu mesti jadi sedap.

Kebetulan pulak aku dah kenyang masa datang rumah Kak Uda. Tapi aku paksa jugak perut aku untuk menerima masakan ikan sungai Kak Uda. Yang tukang pukat ikan tu Abang Zahid. Memukat kat Sungai Perak. Macam-macam ikan ada dimasak termasuklah lampam, terbul, baung, tapah, belida, jelawat, kelah, tengas, temoleh, tengalan, pari sungai, siakap sungai, ikan lumba-lumba sungai, paus biru sungai, badak air sungai dan tak ketinggalan juga dugong sungai. Semua tangkapan itu dimasak lemak cili api yang masih membakar lagi. Bertambah jugak aku makan walaupun sebenarnya aku dah kenyang. Panjang sungguh sedawaku itu, "Hhhhhhhhhheeeeeeeeeekkkkkkkkkkkkgggggggggg......... Besok paginya baru selesai sedawa terpanjang ku itu. Terima kasih Abang Zahid, kak Uda sekeluarga kerana menjamu kami dengan makanan hebat itu. "Hhhhhhhhhheeeeeeeekkkkkkkggggggggg..... Ish ish ish masih sedawa lagilah.

Kek Selamat Hari Abah.


Tinggal tulang. Isi ikan telah dibedal oleh mulut-mulut yang lapar.

Snowcat dan burung merbuk

Dulu dia hanyalah kucing jalanan yang malu dan takut dengan orang. Tapi kerap dia bertenggek kat tembok atas di rumahku. Satu malam bila aku balik dari main badminton, dia mintak makan dari aku. Bersungguh-sungguh. Aku nengok usianya yang dah lanjut, mungkin dah lebih setengah abad, aku pun jadi kesian dan kuberikan makanan kucing kepadaya. Sejak itu dia selalu meminta-minta makanan dan belaian dari aku dan seluruh keluargaku.

Biarpun dia kucing jalanan, tapi dia memang manja dengan kami. Kalau tengah lapar dan mintak makan, dia akan berbunyi seperti burung merbuk atau merpati. Dengar cerita dia pernah menjuarai pertandingan suara burung merbuk di satu pertandingan peringkat negara. Dan dia merupakan satu-satunya juara suara merbuk yang bukan dari spesis burung. Anak aku Wanie pulak berteori, mungkin dia dah telan sekor burung dulu. Dan burung tu pulak masih hidup kat perut dia. Itu yang selalu dengar suara burung tu.

Oleh kerana dia dah bermastautin kat rumah kami, dan kami pun melayan dia dengan baik, maka kami dengan perkenan pemegang mohor-mohor diraja telah mengumumkan bahawa kucing ini adalah kucing kami. Anak aku Amier pulak telah memberi dia nama SNOWCAT. Dan dia nampaknya sangat suka dengan nama itu pasal ada ala-ala bunyi mat saleh sikit. Sekarang ni aku rasa Snowcat tengah mengandung. Mungkin dah dekat 7 bulan. Cukup 9 bulan nanti dapatlah dia cahaya mata yang baru. Kami plan pakai bidan kampung aje, pasal kalau masuk hospital swasta mahal sangat. Kalau masuk hospital gomen takut kena queque panjang. Kami menanti-nantikan kehadiran 'orang baru' dalam keluarga kami.


Monday, June 20, 2011

Majlis kahwin terus dari kuali

Hari Sabtu lalu selepas menjalani urutan Korea Ceragem, kami sekeluarga ke bangunan Risda Jalan Ampang menghadiri undangan majlis kahwin anak kepada kawan mak aku. Kami datang agak lewat. Orang tak ramai. Dewan lengang. Pengantin pun dah mula merayau-rayau keliling dewan. Nasi pun dah sejuk macam dalam peti ais. Tapi kami teruskan jugak mengambil makanan, mencari tempat duduk dan makan, walaupun sebenarnya perut tak berasa lapar. Yang best-nya dia punya presentation makanan. Ambik straight dari dalam kuali. Macam makan gulai kawahlah pulak kan. Cuma api dia terlupa nak pasang daa... Jadi makanannya taklah panas. Kalau asyik pasang api je takut dewan terbakor pulak. Anyway selamat pengantin baru kepada pengantin, dan selamat menerima menantu kepada mak pengantin.

Straight from the wok / kuali.


Cuba nengok, ada banyak kerusi kosong. Majlis dah nak ditutup.

Tenaga dalaman vs. tenaga luaran

Setelah bermain satu set dan tumpas 2-6 kepada Foong & abang Aziz, aku rehat kerana kepenatan. Foong yang dari tadi memerhati gaya aku bermain memberi sedikit nasihat. "You main banyak guna tenaga dalaman. Itu macam cepat penat laaa. Cuma swing saja. You tengok itu budak kecik pun pukul boleh laju." Ini dah kali keempat orang tegur cara aku pukul bola. Kali pertama coach aku, Choon Boo cakap aku terlalu "kancheong" pukul bola sepenuh kederat. Sebenarnya tak perlu pun. Lepas tu coach aku lagi sorang, Mr Gan (bapak kepada Choon Boo) kata tak perlu spin lebih-lebih. "Guide the ball, don't hit the ball". Lepas tu coach kepada kawan aku, Sahir pun cakap benda yang sama. Semua orang yang tegur cara aku main merupakan pemain-pemain tenis yang hebat dan jugak merupakan coach-coach yang disegani. Maka kata-kata mereka bolehlah aku dengar dan ambil iktibar. 

Okay lah. Lepas ni kena pukul slow-slow tapi swing luas-luas. Bola pasti pergi laju dan hebat. Oh ya, sempat jugak hari Ahad lepas aku main dengan juara Gombak & naib juara Selangor bawah 12 tahun. Kecik je budak tu, tapi hebat permainannya. Dari pemain cilik pun boleh belajar banyak.
Ini bukan juara Gombak. Sekadar kanak-kanak yang baru nak menjinakkan diri dengan tenis.
Pemain tangan kidal yang sangat hebat.
Samsuri - seorang lagi pemain tangan kidal yang tak kurang hebatnya.