m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, December 6, 2013

Mott MacDonald Badminton Tournament: Pertandingan Bermula

Bahagian 1

14 November 2013 - Aku biasa nengok ofis wife aku buat hari sukan tiap-tiap tahun. Ada lawan futsal, ada netball, ada volleyball, ada indoor game, ada juga game badminton. Teringin jugak aku nak join beradu game macam tu. Tapi ofis aku tak pulak menganjurkan sebarang sports day, pasal korum pun taklah ramai sangat. 

Tetiba pada satu hari tu, ofis tempat aku menumpang kerja buat masa ni - Mott MacDonald telah menganjurkan pertandingan badminton sesama staff. Walaupun aku bukan staf Mott MacDonald, tapi oleh kerana dah berbulan-bulan kami bertapak dan bermastautin di situ, maka kami pun turut dijemput sama untuk bertanding dalam pertandingan badminton tersebut. Selain aku, ada tiga lagi kengkawan ofis aku yang turut serta dalam pertandingan ini - Ahmad, Faiz dan Salam. Kami semua dari ofis yang sama - Neuformation Architect.

Bergambar sebelum sessi warming-up.
Encik Ismail (tengah) sangat bersemangat pada petang tu.
Zul, Safri, Faiz, Encik Ismail, Salam dan Din berdebar menanti saat bertarung.
Setelah undian dibuat, maka aku telah di-partner-kan dengan Encik Ismail. Usia Encik Ismail dah mencecah 60 tahun, tapi kelihatan masih cergas dan bertenaga. Kami masing-masing tak tahu kekuatan atau kelemahan lawan kami pasal memang sebelum ni tak pernah langsung bermain badminton bersama. Tak kisahlah tu. Yang penting aku memang dah terbayang keseronokan bermain badminton dalam pertandingan seumpama ini.

Salam, Zul, Din dan Faiz sedang mengasah reket masing-masing sebelum pertandingan dimulakan.
Zul, Din, Faiz dan Intan.
Bergambar beramai-ramai bersama boss.
Bersama dengan semangat sukan negara.
Keesokan harinya, aku bawaklah beg badminton aku ke dewan pertandingan. Kami main badminton di Dewan Komuniti Pantai Dalam. Dalam dewan tu ada tiga court badminton. Lantainya agak kemas, cuma lampunya aje agak kurang terang, terutama bagi mata rabun macam mata aku. Pasangan aku, Encik Ismail antara orang terawal yang sampai di dewan. Berbekalkan semangat waja dan reket yang baru dibelinya semalam, Encik Ismail memang bertekad nak menjulang trofi terulung bagi kategori badminton pada tahun ini. Aku merupakan orang ketiga yang sampai di dewan badminton. Aku turut membawa bersamaku, isteri dan anak perempuanku, Wanie.

Wanie sangat bosan menanti saat pulang ke rumah.
Sedang membuat inspection keadaan dan mutu dewan badmnton.
Eric dengan watak kelakarnya - seperti selalu.
Aku bersemangat tetapi ada gemuruh jugak.
Aku dan Encik Ismail pun capai sebiji bulu tangkis dan kami pun mulalah buat warming-up sampai termengah-mengah kedua-dua kami. Walaupun dah lama sungguh Encik Ismail tak main, tapi dia masih berkebolehan lagi bermain badminton dengan baik. Maklumlah, sewaktu muda dulu, Encik Ismail memang sangat hebat di gelanggang. Tak sabar rasanya kami nak memulakan pertandingan. Tapi lawan kami masih tak sampai-sampai. Kami telah diundi untuk bertarung dengan Faiz dan Khor. Aku sempat jugak pukul-pukul shuttle dengan Faiz. Nampak gayanya, aku dengan Faiz lebih kurang aje tahap kehandalan kami. Sekarang aku masih menunggu ketibaan Khor. Nak tau jugak sehebat manakah pasangan Faiz ini. 

Bersambung...

Sedang warm up dengan Encik Ismail.
Encik Boss turut hadir bagi memberi sokongan kepada atlet yang bertanding.
Arnold - berbadan besar tetapi sangat lincah di gelanggang.
Antara yang hadir dari kaum hawa - Intan, Mega dan Azi.
Turut menanti wisel permulaan ditiup.
Jon Glanville sedang mengambil tangkis untuk memulakan pertarungan.
Michael (jiran sebelah meja aku kat ofis) sedang membuat regangan otot.
Safri dan Zul sedang menguji gelanggang.
Gaya profesional Encik Ismail.
Bersiap sedia semuanya.
Dari segi fizikal, pemain ni macam jagoan dari Denmark aje.
Collin, Azi dan Michael.
Kow jugak buat warming-up dulu.
Aku dan Encik Ismail.
Sedang bergelut dalam pertandingan - Stephen Lawrence dan Intan.
Lawan Stephen/Intan - Arnold dan Mega. Arnold + Mega akhirnya tewas pusingan pertama.
Sessi pemanas badan.
"Patutlah pukul tangkis asyik tak kena aje, rupanya terlupa nak ikat tali kasut," bisik Stephen Lawence.

No comments:

Post a Comment