2 Jun 2013 - Sorang lagi sepupu mak aku mengahwinkan anaknya. Kali ni di Setapak. Nama tempat majlis tu diadakan ialah Kampung Pengantin. Aku ingatkan tempat tu kat satu kawasan luas yang ada dewan cantik tempat majlis boleh diadakan dengan selesa. Rupa-rupanya ia terletak kat tingkat empat di kawasan komersil lot kedai/pejabat. Memang tak disangka-sangka langsung. Cuma yang payah sikit ialah untuk mendapatkan tempat parking kereta. Kena berebut dengan orang ramai yang nak pergi berbelanja kat kawasan tu. Aku naik tingkat atas ikut eskalator. Tak pasti pulak sama ada lif disediakan atau tidak. Tapi aku rasa ada. Kalau tak macam mana nak angkut-angkut barang turun dan naik kan? Kat level atas tu memang cantik. Koridor dia cantik, dalam dewan majlis pun luas dan berhias indah jugak.
|
Banner pasangan pengantin. |
|
Syahmie sedang memilih lauk-pauk pilihan. |
|
Enaknya menjamu selera. |
|
Semua orang nampaknya enjoy makan kat sini. |
|
Syahmie dengan datuknya. |
|
Sabriena nak makan dengan mamanya. |
Yang kahwin pada kali ni ialah cucu kepada Allahyarham Tok Jo, anak kepada Makcik Ana. Masa kami sampai situ, kami nengok ramai lagi saudara-mara kami yang berwajah familiar masih menjamu selera kat situ. Selepas bersalam-salaman, kami pun memulakanlah langkah dengan memakan juadah yang tersedia. Boleh tahan jugak lauk pauknya. Walaupun aku tak berapa ingat secara detail akan menu yang dihidangkan kepada kami, tapi aku masih boleh ingat, benda yang aku makan tu memang sedap-sedap belaka.
|
Amier memang sangat puas dapat makan dan minum. |
|
Yana dan Wanie. |
|
Pakcik Tahar dan Zura. |
|
Pakcik Tahar dan Hashimi. |
|
Ternampak keceriaan Hashimi sejurus dia membuat suapan nasi pertama ke dalam mulutnya. |
|
Makcik Zura dan anak saudaranya Farid. |
|
Sabriena dan mama. |
Lepas makan nasi, kami makan dessert pulak. Ada kuih-muih yang hebat, ada jugak aiskerim yang menjadi kegemaran muda-mudi zaman kini. Menjadi di antara orang-orang yang balik lambat, bolehlah kami jadi tukang habiskan lauk-pauk atau kuih-muih di atas meja. Masa tu orang pun dah tak ramai. Dewan pun dah semakin mengosong. Kami makan relaks-relaks sambil bersembang dengan saudara mara yang masih bersantai di situ.
|
Kakakku nampaknya sangat enjoy makan lauk pengantin. |
|
Hashimi ceria bila disuakan aiskerim kepadanya. |
|
Wanie menjeling ke arah brader aiskerim pasal brader tu kata aiskerim perasa sambal belacan kegemaran Wanie tak disediakan di situ. |
|
Menghabiskan kuih dalam daun pisang. |
|
Kak Lin jadi tukang sapu bersih kuih dalam daun pisang. |
|
Pelamin yang simple tetapi cantik. |
Kami datang ke sini konvoi dengan Pakcik Tahar. Jadi kami balik pun sama-sama jugaklah, walaupun haluan tak seratus-peratus sama. Kami siap bawak bekal kuih-muih dalam tupperware. Selamba aje kami angkut kerepek-kerepek tu. Tapi of course-lah dah mintak izin dengan yang punya majlis dulu. Setelah agak lama melepak kat situ, kami pun jumpa mak bapak pengantin, jumpa pengantin, bersalam-salaman, dan lalu balik. Masa nak balik pun kena beratur jugak pasal orang terlalu ramai dan eskalator sangat terhad bilangannya. Oh, sebelum balik sempat jugak aku meninjau rupa pelaminnya. Simple moden dan agak kemas. Memang cantik walaupun tak sebegitu elaborated. Itu sajalah.
|
Yana dan Wanie lagi. |
|
Sesudah makan tengah hari. |
|
Bergambar di bawah rimbunan pohon beringin. |
|
Bersalaman dengan pengantin dua sejoli. |
|
Mencuba untuk mencam dan mengenali nama pengantin. |
|
Amier tak sabar nak balik rumah. |
|
Ibuku dengan Makcik Ana. |
|
Kakakku bersama ibu dan ayah pengantin. |
|
Kami diberi bekal sebelum pulang ke rumah. |
|
Melalui koridor yang dihias cantik. |
|
Siap ada pergolla lagi koridor ni. |
|
Isteriku membawa bekal kuih-muih. |
|
Yana dan gerbang pengantin. |
|
Menanti bas nombor 22 yang tak sampai-sampai lagi. |
|
Memburu lauk. |
|
Laluan pulang. Agak sesak kan? |
No comments:
Post a Comment