24 Mac 2013 - Pada tarikh ini salah sorang daripada sepupu mak aku mengahwinkan anaknya di sebuah dewan di Daerah Rawang. Kalau tak salah aku yang kahwin ni ialah cucu kepada Allahyarham Tok Hussin. Aku memang tak berapa kenal sangat makcik dan pakcik aku sebelah sini. Jadi aku cuma datang sekadar memenuhi jemputan dan supaya lebih mengenali saudara-mara yang jarang-jarang aku jumpa. Turut hadir pada majlis tu ialah Pakcik Rizali sekeluarga. Yang lain-lain pun mungkin hadir jugak, cuma kami tak berpeluang terserempak dengan mereka, pasal kami datang pun agak lewat jugak. Tak ada banyak benda yang boleh aku kisahkan. Tengok ajelah gambar-gambar yang dipaparkan buat kenangan.
Bersama Sabriena yang masa ni baru berusia 11 bulan. |
Ibuku sedang bersedia untuk menikmati juadah. |
Wanie sedang makan dadih strawberi perasa durian. |
Keluarga Pakcik Rizali. |
Syahmie selepas makan tengah hari. |
Amier makan dengan sangat comot. |
Rehat-rehat selepas makan. |
Bersama Sabriena. |
Sabriena dengan papa. |
Ibuku bersama sepupu-sepupunya. |
Bersembang sebelum beredar. |
Cuba mencamkan kembali saat-saat zaman persekolahan dulu. |
Masa untuk beredar dan pulang. |
Tak dapat bergambar dengan pengantin, bergambar dengan gambarnya aje pun jadilah... |
Bersama keluarga Pakcik Rizali. |
Syahmie telah ditugaskan menjadi pemukul rebana ubi pada majlis tersebut. |
Tapi pihak tuan rumah terlupa nak bagi Syahmie kayu pemukul rebana tersebut. |
Syahmie, Wanie dan Amier di sebuah arca pokok kayu. |
Ini adalah kayu pokok durian Musang King yang diimpot dari Jamaica. |
Pokok kayu ini melambangkan tanduk kerbau. |
Syahmie di sebalik batang kayu. |
Sabriena bersama mama. |
Amier sedang mencari spider. |
Syahmie dan Amier. |
Dewan majlis perkahwinan. |
Sabriena suka makan sudu sebab rasa dia macam ayam goreng. |
Papa, Sabriena dan 'ayam goreng'. |
Bersama isteriku tersayang. |
Amier makan nasi dan kuih-muih. |
Sabriena dan puting kegemarannya. |
Juadah laris dijamah para tetamu. |
Sabriena di dalam kereta. |
Di taman sebelah dewan. |
Di balik kayu-kayu arca. |
Menanti saat untuk pulang. |
Dalam dewan makan. |
Pengantin cuma dapat kami lihat sejenak sebelum kami berangkat pulang. |
Siput ini salah satu calon untuk menjadi pengapit pengantin pasal pergerakannya yang sangat perlahan. Tapi akhirnya tak terpilih. |
No comments:
Post a Comment