m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, December 9, 2013

Gelanggang tenis - gelanggang persahabatan dan perguruan: Bahagian 1

Bahagian 1

22 September 2013 - Sekian lama aku bermain tenis di gelanggang Titiwangsa, dan telah berjumpa dengan bermacam-macam players dari pelbagai tahap usia dan kemahiran. Tapi aku lebih lama berdamping dengan players yang agak veteran, yang berumur sekitar 50-an. Mereka ini mempunyai skil yang tinggi, cuma kudrat badan aje yang barangkali agak kurang. Jadi kelompok ini bermain dengan mengunakan akal melebihi fizikal dan otot. Dari mereka, aku belajar bermain dan bertindak secara berhemah dan dengan penuh kesabaran. Dari mereka, aku belajar main placing, dan bukan ikut power. Dari mereka, aku belajar cara nak baca gerakan dari pihak lawan. Macam tulah aku bermain terus-terusan. Sehinggalah kelompok ini semakin berkurangan pada setiap kali aku book court di pagi Ahad. Yang konsisten cuma Abang Asri. Abang Haji Nordin (sifu aku) juga nampak gayanya telah terikat dengan tugas syif malamnya. Akhirnya aku bertemu dengan geng anak muda berempat dan aku bergabung dengan mereka. Dan menyanggupi untuk membuat booking court bagi kami main setiap minggu. Kami semua happy.

Pian sedang membuat preparation sebelum membuat pukulan forehand top spin.
Dan pukulan pun dilakukan dengan penuh fokus.
Oh! Tetapi bola tenis masih belum dikeluarkan dari container. "Ball please!"
Cara permainanku berubah sedikit setelah bertemu dengan empat jejaka ini - Nik, Pian, Syafiq dan Arafat. Dah lama aku tak bermain tenis dengan geng-geng pukul bola sekuat hati. Dan dah lama jugak aku tak jumpa kaki servis yang laju bak kilat. Terkejut badak jugak aku dibuatnya. First time aku dan Abang Asri berentap dengan mereka, jadi lauk jugak kami dibuatnya. Pian mempunyai servis yang agak laju, dan pukulan forehand dan backhand top spin yang konsisten. Nik hebat di jaring walaupun servisnya tak sebegitu laju. Syafiq mempunyai servis yang sangat laju. Aku rasa yang paling laju di antara keempat mereka. Simple flat power serve. Bergetar reket nak return servis dari Syafiq. Dan backhand-nya juga boleh membunuh! Dan yang paling berbisa sekali ialah Arafat. Baik servis, forehand, backhand, volley. Semuanya power belaka. Ada ala-ala Federer sikit corak permainannya. Memang aku sangat kagum dengan kehebatannya. Aku lalu terbawak-bawak mengikut rentak permainan mereka dengan pukulan laju. Tapi  masalahnya, pukulan laju aku selalu keluar gelanggang. Itu yang aku malas tu!

Arafat yang agak tinggi memang ada style bila bergerak di gelanggang.
Kehebatan Arafat adalah pada kaca mata 3D yang dipakainya.
Masa zaman aku berusia dalam lingkungan dua puluhan dan tiga puluhan dulu, memang aku tibai bola sekuat hati. Tak kisahlah bola masuk atau keluar, atau tersangkut kat net sekali pun. Yang penting asal bola sampai kat aku aje, mesti aku kena hentam sekuat hati macam Incredible Hulk. Paling kuat aku pukul sampai bola tu dah nak mencecah bulan. Bila sampai bulan, tak ada graviti. Sampai sekarang bola tenis tu masih terawang-awang kat angkasa lepas. Bola tu dari jenis Wilson US Open nombor 5. Kalau tak percaya, cuba tanya pihak NASA. Bila aku join geng veteran - Haji Nordin, Haji Yaakob, Haji Darun, Haji Arifin, Haji Wahid, Haji Aziz - semua haji belaka, aku tukar style permainan aku cara orang veteran main. Pukul slow-slow. Janji masuk dalam gelanggang lawan. Sebelum membuat pukulan bola ke gelanggang lawan, kena mintak izin dulu. "Wahai kekanda Haji, bolehkah sekiranya hamba membuat pukulan ke arah court sebelah sana?" Kalau pihak lawan dah bagi green light, barulah kita boleh balas pukulan tadi. Memang macam tulah kami main zaman-berzaman.

Nik yang agak senior sikit berbanding yang lain. Tapi rajin kejar bola. Bola volleyball kat court sebelah pun ada kalanya dikejar sama.
Kena buat gaya action poyo sikit, nak bagi pihak lawan gentar.
Bermain dengan kelompok generasi muda bertenaga ni setidak-tidaknya mengingatkan aku kepada cara permainanku zaman muda-muda dulu. Walaupun zaman dulu-dulu aku pukul bola main hentam saja. Teknik berterabur, pasal tak pernah ada orang nak ajar aku cara pegang reket atau membuat hayunan yang betul. Bila umur dah mencecah 40 tahun barulah aku berkenalan dengan beberapa orang coach yang sanggup nak pagi pointers kat aku. Salah sorangnya ialah Abang Haji Nordin. 

Arafat sedang bertekak dengan umpire. "Bola tu masuk. Masuk! Saya nampak dia masuk dalam longkang tadi!!"
Bersedia untuk buat volley.
Pasang kuda-kuda. Tapi jangan pasang kuda kepang sudah.
Mencuba buat interception kat depan net.
Kini, setelah aku berasakan bahawa tugas menempah court setiap dua minggu agak merumitkan, dan mengganggu waktu kerjaku, akhirnya aku telah join satu group komuniti tenis kat Titiwangsa yang dinamakan "Titiwangsa Tennis Community Club". Itu pun setelah diajak oleh Faizal (pengendalinya) suatu ketika dulu. Aku telah mengenali Faizal agak lama dulu. Aku rasa masa tu belum ada lagi kot kelab ni. Lepas aku dah join kelab TTCC ni sejak November lalu, aku dah tak payah kisah lagi pasal nak booking court, atau pasal nak beli bola. Datang bawak reket dengan pakaian sukan je. Terus boleh hentam itu bola. Macam nilah yang aku suka. Dan yang lebih best lagi, aku dapat jumpa ramai lagi players dari pelbagai background. Skil pun macam-macam jenis. Masa nilah aku nak belajar dari mereka yang handal-handal ni, yang memang sangat mesra dan akrab sesama ahli kumpulan kelab.

Ini Syafiq. Walaupun kurus, tapi dia punya pukulan, KL Gangster pun boleh lari. "Gua kasi sengggatttt!!!"
Bab style dan gaya memang Syafiq kalah.
Tapi lepas dia libas reket aje, pasti pihak lawan naik gerun.
Pernah sekali pukulan servisnya terkena anjing pitbull. Dan anjing tu terus mati tergolek dog. Kesian...
Nik pulak bersedia untuk membuat volley.
Tetiba Nik terasa macam nak main wusyu pulak.
Arafat nak tunjukkan cara nak buat servis kick yang laju.
Baling bola tinggi-tinggi. Tapi jangan tinggi sangat. Nanti terkena kapalterbang pulak.
Lepas tu pukul sekuat hati. Piung!!!
Jom kita tengok sekali lagi.
Bola dibaling di atas kepala dengan tinggi.
Reket dihayun dari belakang.
Alamak! Ada aweks cun lalu tepi pagar pulak. "Hai... Nama I Arafat. Nama you siapa?"
Giliran Pian pulak nak ajar buat servis berapi. Bounce bola banyak-banyak kali. Kalau boleh jangan kurang dari dua puluh kali.
Tengok bola dengan wajah bengis sambil melambungnya ke atas.
Bersedia untuk membuat pukulan padu.
Dan terus pukul bola sekuat hati. Kalau boleh tunjuk perut sikit, biar nampak seksi. Keh keh keh...
Meh kita nengok sekali lagi.
Baling bola sampai hilang dari pandangan.
Bila bola turun aje, terus balun!
Nik di jaring.
Membuat half volley.
Abang Asri relaks macam selalu.
Partner tenis aku yang setia.
Cuba teka bola. Di manakah kedudukan bola yang sebenarnya? 1-10. Jawapan pada blog entry selanjutnya.



No comments:

Post a Comment