1 Disember 2013 - Memang tiap-tiap tahun akan ada penganjuran Larian Terry Fox. Korang tau tak Terry Fox tu siapa? Mamat tu buat larian sorang-sorang untuk dapatkan dana, nak buat research pasal barah. Dia orang Kanada. Tapi sekarang dah meninggal. Kalau nak tau lebih lagi, check-lah kat Google. Larian ni kekadang dibuat kat Taman Tasik Perdana (a.k.a. Lake Garden). Kekadang dia buat kat Taman Tasik Titiwangsa. Tahun ni nampak gayanya dia buat kat Titiwangsa. Okay sikitlah kot. Kalau buat kat Lake Garden, lagi jauh jarak perjalanannya, dan nak parking pun lagilah susah.
|
Jauh perjalanan dari tempat parkir ke tempat berkumpul. |
|
Sabriena yang duduk dalam kereta sorong pun turut berasa penat. |
|
Pakai baju seragam. |
Kami bertolak ke lokasi sangatlah lambat. Maklumlah, wife aku pun masih kat wad Ampang Puteri lagi pasal demam - suspect denggi. Tapi wife aku kata elok pergi join bagi sokongan moral. Tambahan pulak lagi, t-shirt dah diambil untuk seisi keluarga, termasuklah untuk Sabriena sekali. Jadi kami pun bertolaklah ke Titiwangsa lima beranak. Wife aku terpaksa duduk bersendirian di hospital. Sewaktu kami sampai, nampak gayanya deretan kereta dah di-parking kat tepi jalan. Penuh! Pusing punya pusing, akhirnya aku dapat jugak satu parking yang agak jauh. Kami pun menapaklah menuju ke tempat berkumpul. Rupanya masih ramai lagi orang yang sampai lewat.
|
Di garisan permulaan. |
|
Di garisan tamat. |
|
Tak taulah kami dapat nombor berapa. |
|
Eh! Macam mana nak dapat nombor, kami lari pun tidak. |
Bila kami sampai aje kat tempat berkumpul, nampak gayanya larian telah dimulakan. Tapi ramai jugak orang yang tak lari. Sekadar duduk berlegar-legar kat padang sambil memberi support kepada para pelari. Jadi kami pun buatlah perkara yang sama. Makan-makan dan minum-minum sikit kat pondok Talisman. Jumpa orang-orang yang aku kenal (tapi aku cuma cam Malkit sorang aje), dan ambil gambar sebanyak mungkin sebagai kenangan.
|
Abang dan adik. |
|
Para pelari dah sampai ke garisan penamat. |
|
Semua nampak letih. |
|
Tapi kami masih steady aje. |
|
Pihak Talisman bagi topi sorang satu. |
|
Wanie sedang kebosanan. |
|
Dah habis lari, berlegar-legar di atas padang. |
|
Ada air Milo free untuk semua. |
|
Ramai jugak orang yang ambil bahagian. |
|
Ramai jugak yang tak lari. |
|
Pondok Talisman. |
|
Wanie sedang makan sandwich. |
|
Sedapnya sandwich ni. Macam kambing golek. |
|
Berbincang adik beradik pasal bola sepak negara. |
|
Berbincang pasal mangsa banjir kat pantai timur pulak. |
|
Berbincang pasal tajuk yang nak dibincangkan selepas ini. |
|
Bincang pasal makanan ajelah. |
|
Cakap pasal makan, terus jadi lapar. |
|
On the way nak balik. |
|
Tapi ramai lagi orang yang belum nak balik. |
|
Kami nak cepat-cepat balik ke hospital. Nak teman mama. |
|
Okay. Now lets go! |
Selepas habis larian rupanya ada pancaragam band buat performance. Boleh tahan jugak kumpulan anak muda ni beraksi. Anak-anak aku nampak gayanya macam bosan semacam aje. Baik Syahmie, Wanie, Amier, mahupun Sabriena. Jadi aku tak tunggu terlalu lama kat situ. Terus beredar selepas mendengar sedikit band main muzik. Aku sempat jugak singgah kat court tenis join kengkawan aku main tenis satu set. Lepas tu terus balik ke hospital. Kesian wife aku sorang-sorang kat situ.
|
Band anak muda yang perform pada pagi tu. |
|
Main lagu rock. Best jugak. |
No comments:
Post a Comment