30 Julai 2013 - Kita berpuasa dalam bulan Ramadhan kira-kira dekat lima bulan dulu. Lama dah tu. Maknanya kisah ni adalah kisah lamalah. Ini kisah masa kami berbuka puasa kat Hotel Impiana suatu ketika dulu. Ada company yang belanja makan sebenarnya. Yang datang iftar pada hari tu cuma aku, wife aku, Wanie dan Amier. Makan kat Hotel Impiana sedap jugak. Tempat makan untuk berbuka puasa dia pun kira besar dan luas jugak. Sampai bertingkek-tingkek level dia.
Ada air kelapa. Ada jugak jelly kelapa. Kedua-duanya enak dimakan. |
Menanti azan maghrib berkumandang. |
Wanie tak sabar-sabar nak berbuka puasa. |
Dah azan! Jom mulakan makan! |
Amier dah makan nasi goreng. Perut dah kenyang. |
Korek isi kelapa pulak. |
Dessert kegemaran Amier sudah pastinya aiskerim. |
Wanie makan sejenis sup. |
Aiskerim perasa mint ni memang sangat hebat. |
Ikan salmon mentah. Kalau lalu, cubalah makan. |
Yang lebih hebat, lepas makan makanan berat, boleh makan durian pulak lagi. Macam-macam spesis durian ada disediakan. Aku dapat rasa makan durian 'udang merah'. Memang sebijik rasa udang! Cuma sayangnya masa tu aku dah agak kenyang. Maklumlah, makan nasi berlauk banyak sangat. Jadi time nak makan durian tu aku macam dah tak berapa larat. Kalau aku tau kat hotel tu ada durian, sudah tentu aku makan nasi sikit aje. Baru aku boleh tibai makan durian sampai sepuluh biji. Durian yang disajikan pulak tu bukan durian yang biasa-biasa. Tapi durian yang datang dari Eropah dan Alaska pun ada. Yang datang dari planet Uranus pun ada!
Penutup makan. |
Ada dendangan lagu kat ruang bawah hotel. |
Dessert durian - inilah yang paling hebat sekali. |
Wanie dan Amier di warung buah-buahan tempatan. |
Bergambar ibu dan anak. |
Banyak lagi makanan yang sedap-sedap. Tapi selera dah tertutup pasal dah terlalu kenyang sangat. |
Wanie sangat gembira dapat makan macam-macam kat hotel. |
Di ruang bawah ada jugak sebuah kumpulan muzik mainkan irama tradisional buat halwa telinga. Berhibur sambil makan-makan. Sebelum balik, wife aku sempat berborak-borak dengan kawan-kawan ofis dia. Aku dan anak-anak sambung makan benda yang ringan-ringan. Sampai macam nak muntah pun ada jugak. Tapi kami memang puas makan berbuka pada malam tu. Terima kasih kepada sesiapa yang membelanja kami makan.
Semangat raya perlu dipersembahkan. |
Dah kenyang makan. Kini masa untuk pulang. |
Amier nak tahan teksi ke? |
No comments:
Post a Comment