1 Disember 2013 - Balik dari Larian Terry Fox kat Taman Tasik Titiwangsa
kami terus ke hospital menjenguk wife aku yang masih dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri. Masa tu nampak gayanya wife aku macam dah sihat sikit. So, doktor bagi discharge-lah tak lama lagi. Tapi lepas tu sakit balik. Macam tulah penangan virus zaman sekarang. Sampai aku pun terkena jugak serangan virus tu tak lama kemudian.
Sarapan bersama. |
Di kafeteria hospital. |
Bila sampai hospital, kami makan sarapan sama-sama kat kafeteria hospital. Makan kat situ boleh tahan jugak. Harga pun berpatutan. Pagi tu nampak gayanya macam tak ramai orang yang ada kat hospital. Kafeteria pun agak lengang jugak. Lepas breakfast, kami lepak ramai-ramai kat hospital (macam lepak dalam hotel pulak) sampai wife aku dibenarkan pulang oleh pihak doktor. Semoga wife aku cepat sembuh dari segala penyakit yang kami tau, dan yang kami tidak tahu. Amin.
Sarapan kuih bahulu pagi tu. |
Amier minum milo. |
Sabriena minum milo dalam botol. |
Sabriena dan mama. |
Sangat happy bila anak beranak berkumpul bersama di waktu susah dan senang. |
No comments:
Post a Comment