Bahagian 3
Perlawanan selanjutnya adalah perlawanan single lelaki. Team TTCC mempertaruhkan Jimmy. Sebelum ni aku tak pernah menengok Jimmy bermain. Tapi aku yakin keupayaan calon-calon yang bertanding. Pasti mampu meninggalkan bekas di atas gelanggang. Umpire kali ini ialah Fauzi - pemenang single tadi.
|
Mister Presiden sedang beramah mesra dengan pemain dari UTMKL. |
|
Mister Presiden memberi peringatan, "Pukul bola aje. Jangan pukul badan". |
|
Bersalaman dan bermaaf-maafan sempena Hari Raya tahun depan. |
|
Mister Presiden memberi amaran kepada player UTMKL supaya jangan pukul bola melebihi kelajuan 15 km/jam. |
|
"Eh! Lantai ni macam ada bijih emaslah." |
|
Macam biasa, bergambar dulu. |
|
Junior lawan senior. |
|
Senior lawan junior. |
Kedua-dua pemain dari kedua-dua pihak masuk ke gelanggang dengan tahap konfiden yang tinggi. Kalau ikut ukuran aku, tahap konfiden mereka ada setinggi pokok kelapa. Mereka buat warm up. Kali ni agak lama demi untuk menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang dan cuaca pada pagi itu. Mereka buat warm-up selama kira-kira dua hari tiga malam. Sampai semua penonton tertidur di stadium.
|
Asyraf - model sambilan jenama Babolat dan Wilson. |
|
Ashraf - main tenis mesti stylo. |
Apabila wisel dibunyikan, permainan pun bermula. Game pertama sangatlah hebat. Masing-masing mengeluarkan pukulan-pukulan power yang berdentum-dentum bunyinya. Dalam game yang pertama, Jimmy ketinggalan satu mata. Mungkin pada waktu itu Jimmy sedang mengkaji taktik permainan pihak lawan dulu. Dan perlawanan semakin sengit dari game ke game. Servis masing-masing pun sangat laju jugak. Aku sempat mengambil bacaan servis yang dilakukan oleh Jimmy. Kalau ikut bacaan meter servis aku, kelajuannya adalah 565 km/jam. Pergh! Laju betul tu. Kalau terkena bola tu boleh mati. Tak pun boleh cedera parah.
|
Jimmy, pemain tangan kidal sedang bersedia menerima servis. |
|
Bersedia untuk memukul bola yang mendatang. |
|
Pukulan yang tepat pada tengah reket. |
|
Jimmy bermain volley pulak. |
|
Jimmy nak buat servis pulak. |
|
Kira dulu - satu, dua, tiga!!!!! |
|
"Bersedialah kau menerima pembalasan!!!" |
|
"Inilah dia pukulan kuasa naga merah berapi!!!" |
|
"Bertukar!!! Haiyargh!!!!" |
|
"Cuba tengok. Aku boleh melayang kat udara!!" |
|
Terima servis lagi. |
|
Satu pukulan backhand yang power. |
|
Servis inilah yang paling kencang pernah dilakukan oleh mana-mana pemain tenis di dunia ini. |
|
Wakil UTM pulak nak buat servis. |
|
Dengan perasaan marah dan dendam, reket mula dihayun. |
|
Melihat kapalterbang kat angkasa kejap. |
|
Baling bola tinggi-tinggi. |
|
Hayun reket kuat-kuat. |
|
Kababoom! Nah! Amekaw!!! |
Pukulan-pukulan yang dihasilkan Jimmy semakin lama semakin deras dan penuh power. Sampaikan permukaan court pecah-pecah dan rosak teruk akibat terkena bola pukulan Jimmy. Terpaksalah pulak aku pergi mintak tolong pihak DBKL turap balik permukaan court tenis tu untuk digunakan pada perlawanan selanjutnya. Akhirnya Jimmy menang dengan keputusan 8-3, setelah diberikan tentangan hebat oleh wakil dari UTM Kuala Lumpur. Syabas kepada Jimmy kerana telah memberikan mata yang ketiga buat TTCC.
|
Fauzi bukan saja menjadi umpire, tetapi jugak menjadi pengulas siaran langsung perlawanan ini. |
|
"Apa susah nak menang, bayar aje kat budak-budak tu," bisik Fauzi kat dalam hati. |
|
Jimmy nak buat servis lagi. |
|
Fokus yang mendalam. |
|
Tenung bola dengan tajam. |
|
Hantam sama dia! |
|
Tamat perlawanan. |
|
Give me five! |
|
Berjabat tangan tanda persahabatan dan semangat kesukanan yang tinggi. |
|
"Lepas ni jumpa kat simpang ya?" kata pelajar UTM tu kepada Jimmy. |
Dua single, satu double, dan satu mixed double telah pun berlangsung. Kini satu lagi double lelaki akan berlangsung. Pihak TTCC kali ini menurunkan pasangan adik beradik bagaikan Bryan & Bryan. Mereka ialah Faizal dan Ashraf. Pakai baju pun sedondon. Perlawanan diadili oleh Haini. Adik beradik ini bakal melawan wakil UTM Kuala Lumpur yang jauh lebih tinggi dari mereka. Namun mereka tidak gentar.
"Keledek bukan sebarang keledek, keledek rusa sedap dibakar,
Pendek bukan sebarang pendek, pendek berbisa pantang dicabar!"
|
Haini bakal mengadili perlawanan ini. |
|
Haini memanggil semua pemain supaya berkumpul. |
|
Senyum biar lebar. |
|
Secara fizikal, nampak ketara betul perbezaan mereka. He he he... |
|
Sebentar lagi perlawanan akan dimulakan. |
|
Servis kencang dari pihak UTMKL. |
|
Ashraf bersedia untuk membuat volley. |
|
Sentiasa berwaspada. |
Dari pemerhatian aku, game ni memang sepenuhnya dikontrol oleh pihak TTCC. Cuma kekadang unforced error yang dilakukan oleh pihak TTCC telah memberi mata kepada team UTMKL. Gandingan adik-beradik ini nampaknya memang sangat serasi. Cara dan teknik permainan juga nampaknya lebih kurang sama. Cuma Faizal lebih suka main kontrol dan placing. Asyraf lebih suka balun. Mungkin kepelbagaian inilah yang membuahkan hasil yang positif.
|
Faizal pulak nak buat servis. |
|
Baling bola jangan tinggi sangat. Takut nanti tak sampai. |
|
Alamak! Dah terlebih tinggi pulak. Kena pakai tangga ni! |
|
Lihat bayang reket yang bergegar, sebab hayunan tersangat laju. Macam F1. |
|
Puas hati dengan servis tadi. |
|
Menerima bola lob. |
|
Ashraf nak buat servis maut. |
|
Bump bola dulu. |
|
Tenung wajah-wajah pemain lawan. |
|
Lambung. |
|
Hayun. |
|
Dan pukul. |
|
Faizal di depan jaring. |
|
Bersedia untuk membuat volley. |
|
Umpire kali ini - Haini. |
|
Umpire sedang membuat catatan mengenai perlawanan ini. |
Tak perlu lama menunggu, akhirnya team TTCC berjaya menewaskan team UTMKL dengan mata 8-3. Perbezaan ketara di antara kedua-dua team ialah, exposure. Team kami yang lebih senior mungkin lebih berpengalaman kerana banyak bertanding dalam banyak tournament di dalam dan luar negara. Terbaru, ada beberapa ahli TTCC telah bertanding di dalam ATP Tenis Lelaki yang diadakan di Nigeria, Nicaragua dan Iraq. Malah sebelum ini ATP di Alaska, Timur Leste dan Antartika juga pernah ada wakil TTCC yang ambil bahagian. Kini the TTCians sedang mendahului dengan mata 4-1.
Bersambung...
|
Coach penasihat kami sedang menurunkan ilmu tenisnya. |
|
Pemain hebat, tetapi merendah diri. |
|
Tamat perlawanan dengan kemenangan TTCC 8-3. |
|
"Kalau tak puas hati kita jumpa kat simpang ya?" kata Faizal. |
|
"My brader. Kita menang!" |
No comments:
Post a Comment