10 Mei 2013 - Siangnya Elin bernikah dengan Fai. Semua sudah selamat. Mereka telah pun bergelar suami isteri. Tapi kerja-kerja konstruksi masih belum beres. Malah baru bermula. Di dewan Menara MPAJ, geng-geng pelamin sedang bertungkus lumus memasang pelamin yang telah direka khas oleh Abang Khalid. Struktur pelamin tu pulak telah dikimpal oleh Abang Karim. Dan Abang Leman menyudahkan luarannya sehingga pelamin nampak lebih terserlah. Gabungan tiga beradik ini memang tak pernah mengecewakan.
Mendirikan pelamin bersama-sama. |
Abang Leman memasang tirai melilit kerangka pelamin. |
Abang Khalid terpaksa menahan siling dengan galah panjang supaya siling tak terjatuh. |
Abang Karim sedang memberikan cahaya khas special effect untuk pelamin. |
Taufiq membantu mengilatkan ukiran pada pelamin. |
Faiisal sedang memikirkan cara-cara nak menjadikan pelamin lebih mengancam. |
Faiisal dan Akid masih tak dapat ilham untuk mencantikkan lagi pelamin. |
Sepupu-sepupu Elin turut datang membantu apa-apa yang patut. Yang lelaki membantu menyiapkan pelamin. Walaupun penat, mereka tetap memerah keringat untuk menjayakan majlis resepsi yang bakal diadakan esok siang. Malah sepupu dan adik beradik yang perempuan pun turut datang melakukan kerja-kerja yang nampaknya masih terlalu banyak untuk diselesaikan. Saling gotong-royong. Dan aku, isteri dan Amier juga turut datang. Buatlah kerja sikit-sikit sambil makan kuih petang tadi serta minum teh tarik baki petang tadi.
Amier melayan anak-anak saudaranya bermain kucing. |
Akid bagi tau kat kucing ni, muka kucing tu nanti akan masuk dalam blog. Tetiba kucing tu terus jadi malu. |
Huda makan dulu sebelum sambung kerja. |
Masih menyediakan pentas pelamin. |
Tetiba kami ternampak kelibat seorang lelaki berusia yang saling tak tumpah seperti gaya dan perwatakan Allahyarham bapa mentuaku. Kami tergamam untuk seketika. Cucu-cucu turut terperanjat. Pakcik sekuriti tu datang menengok-nengok kerja yang kami lakukan. Aku berbual ringkas dengan beliau. Dan kemudian kerja diteruskan.
Pakcik guard ni memang saling tak tumpah dengan watak Allahyarham Ayah Atan. |
Abang Karim sedang mengukur tahap ketegakan dinding dewan MPAJ. |
Bersama Huda. |
Masih dengan Huda. |
Syauqi nak buat sepanduk mogok kerja. |
Bersama Nadia menghias ukiran pelamin. |
Hani dan Adrian - cucu-cucu saudara kami. |
Amier menangis pasal anak saudaranya tumpahkan air kat badannya. |
Faiisal sedang practise pegang tombak untuk upacara siang esok. |
Faiisal dan Syauqi. Makan dulu! |
Sama-sama mengangkat kerangka back-drop. |
Kois pun kena makan jugak untuk mengumpul tenaga dalaman. |
Nicha duduk berehat seketika. |
Menyiapkan poster mogok kerja. |
Faiisal dan Syafiq - terlihat wajah penat. |
Bawak berbincang pasal mutu bola sepak negara. |
Masing-masing tengah sibuk dengan urusan masing-masing. |
Syafiq dengan sepupu dari kampung. |
Kois berasa sedikit geram dengan kata-kata yang tertulis pada sepanduk Syauqi. |
Geng-geng pelamin bekerja hingga ke jam tiga atau empat pagi untuk menyiapkan pelamin pada tahap yang boleh dibanggakan. Aku dan famili balik jauh lebih awal. Badan pun dah letih-letih. Aku memang cukup respect dengan geng pelamin, kerana ketahanan jasad dan mental mereka dalam usaha menyiapkan binaan singgahsana buat kedua mempelai untuk digunakan pada keesokan harinya. Tahniah!
Saiful dan Taufiq sedang menyiapkan gerbang masuk untuk pengantin. |
Syauqi berbincang dengan Zuan tentang lokasi nak pasang sepanduk. |
Isteriku turut membantu anak saudaranya. |
Budak-budak di zaman IT. |
Akid sedang mencari ilham seketika. |
Taufiq dan pelamin kesayangannya. |
Pelamin telah semakin terserlah. |
Berbincang sesama brader. |
Akid nak mengait jaring ikan. |
Buat jaring ikan pakai dawai kasar. Okay tak? |
Abang Karim sedang menggali lantai untuk mendapatkan minyak. |
"Ya! Dah dengar bunyi minyak! Pakcik Kayo! Pakcik Kayooo!!!" |
Bawak berbincang dengan kucing comel. |
Main masak-masak. |
Meletakkan pintu gerbang ke lobi dewan. |
Menghias ruang hadapan. |
Ali menolak tong-tong berisi minuman Ali Cafe untuk diberikan kepada semua hadirin. |
Hairi turut menyumbangkan tenaga. |
Zila dan Kak Esah. |
No comments:
Post a Comment