Bahagian 2
Perlawanan ketiga merupakan mixed double. Pihak TTCC mempertaruhkan kehebatan gandingan Kak Jamilah dan Pok Wang. Players UTM nampak muda belia dan macam kurang konfiden aje. Dan perlawanan pun bermula setelah sepuluh minit mereka buat warm-up. Team TTCC bermula baik dan ganas. Gandingan ground stroke Pok Wang dan volley Kak Jamilah nampaknya agak menjadi. Dari kaca mata aku, aku rasa TTCians boleh makan team UTM dengan selamba jer. Itu cuma pendapat aku. Tapi apa yang berlaku adalah sesuatu yang di luar jangkaan.
|
Eddy sedang memasang grip baru yang boleh melekat terus tangan dengan reket. |
|
Pok Wang juga memasang grip yang diadun dengan gam Gajah. |
|
Encik Presiden sedang memberi taklimat pasal pertandingan yang bakal berlangsung. |
|
Taklimat yang diberikan teramatlah lama. Dekat tiga jam jugaklah players kena mendengar 'ceramah' Encik Presiden. |
|
Dua orang players muda UTM yang berbakat besar. |
|
Sebelum memulakan perlawanan. |
|
Semua orang happy. |
|
Pok Wang dengan servis yang telah diiktiraf oleh badan tenis dunia sebagai servis paling fotogenik. |
|
Menimbang bola. |
|
Fokus kepada target. |
|
Fokus kepada player puteri UTM jugak. |
|
Bola dilambung. |
|
Bersedia untuk membuat pukulan. |
|
Melompat sambil memukul bola. |
|
Step ke hadapan selepas menyempurnakan servis. Perfect 10! |
|
Membuat penilaian sama ada bola masuk ke dalam petak atau tidak. |
|
Alamak! Bola masuk ke dalam court sebelah pulak. |
|
Sedut nafas dalam-dalam. |
|
Bola dilambung lagi. Kali ni lebih tinggi. |
|
Kaki dibengkokkan bagi menambahkan spring. |
|
Pukulan yang sangat hebat dan cantik! |
|
Dan kesudahannya juga sangat cantik. |
Aku tak tau dari mana team UTM dapat semangat juang yang tinggi. Mungkin mereka menganggap diri mereka underdog (bawah anjing). Jadi tidak ada sebarang pressure ketika melawan team TTCC. Dan mereka pun main game control. Semua bola mereka pukul kasi masuk gelanggang. Bila ada peluang baik, barulah player lelaki bagi power shot. Nampak gayanya kaedah permainan cara ini berjaya memberi pressure yang tinggi kepada team TTCC. Dan double fault ketika serve, serta unforced error sangat banyak dilakukan oleh team TTCC. Lantas point demi point diberikan secara percuma kepada pihak lawan.
|
Kak Jamilah bersedia di depan jaring. |
|
Ada bola mendatang. |
|
Bersedia membuat pukulan. |
|
Reket dihayun. |
|
Pow! Bola masuk ke gelanggang lawan tanpa dapat dipulangkan. |
|
Kak Jamilah bersedia untuk membuat servis. |
|
Player muda UTM hendak membuat servis. |
|
Memberikan tumpuan dengan mengambil kira Teorem Pythagoras. |
|
Bola dilambung dengan kadar sain kosain dan tangen. |
|
Bersedia untuk membuat hentaman. Teori fizik diambil kira di sini. |
|
Wham! Pukulan tepat ke dalam petak. |
Walau bagaimanapun, aku perlu memberikan sepenuh pujian kepada Pok Wang kerana setelah aku review kesemua gambar-gambar players membuat servis, aku rasa gambar Pok Wang lah yang paling terbaik sekali. Dalam erti kata lain, servis Pok Wang adalah yang paling fotogenik sekali. Dari membaling bola, menghayun reket, sampai memukul bola, dan follow through selepas membuat servis. Semuanya sangat cantik dan perfect. Tak ubah sebijik macam profesional. Cuma menang kalah tu memang adat pertandingan. Dan kali ni team TTCC kalah. 2-8 keputusan penuh perlawanan ini.
|
Giliran Pok Wang pulak duduk kat depan net. |
|
Pok Wang memarahi seekor semut yang lalu lalang kat depan, kerana ia mengganggu konsentrasi. |
|
Menyedut oksigen dalam-dalam. |
|
Bersedia membuat volley. |
|
Yah! Pukulan volley yang cantik. Menambah mata kepada TTCians. |
Aku sempat menemubual Pok Wang mengenai kekalahan itu. Dan jawab Pok Wang, "Aku tak sampai hati nak bagi bola power kat awek UTM tu. Kesian kalau dia injured. Tak apalah bagi bola slow-slow, janji dia happy, aku pun happy". Errrrr... ya ke macam tu Pok Wang? Itulah jawapan imaginasi aku. Kalau tak betul, sorry-lah Pok Wang.
Bersambung...
|
Pemain puteri UTM sedang membuat servis. |
|
Sempat dia mengenyit mata kepada Pok Wang. |
|
Lalu memukul bola. Dan Pok Wang yang masih terkhayal tak dapat membuat return dengan baik. |
|
Pemain-pemain muda UTM ini boleh tahan jugak kehebatan mereka. Patut diberikan kredit. |
|
Permainan penuh kontrol dan konsisten. |
|
Bersedia menerima servis. |
|
Return servis dengan baik jugak. |
|
TTCians sedang memberi sokongan kepada team TTCC. Eh! Abang Kamal pun ada. Tak taulah dia sokong siapa. |
|
Perlawanan pun tamat. |
|
Team remaja UTM gembira dapat mengalahkan pemain senior 8-2. |
|
Kemenangan ini pasti menjadi topik hangat perbualan mereka di UTM nanti. |
No comments:
Post a Comment