Bahagian Akhir
4 Disember 2013 - Akhirnya tarikh perlawanan final badminton Piala Mott MacDonald telah ditetapkan dua hari sebelum majlis makan malam tahunan ofis. Pihak penganjur gagal mendapatkan sebarang court yang bermutu tinggi untuk disewa. Maka akhirnya semua bersetuju untuk bermain di court dalam kawasan kondominium yang didiami oleh Eric di The Park Residence (tak jauh dari ofis kami). Aku yang memang dah kalah round pertama tak perlulah risau pasal sebarang perlawanan yang mendatang. Pasal aku pun memang tak perlu bertanding lagi.
|
Kondominium tempat perlawanan akhir badminton diadakan. |
|
Sedang menyaksikan perlawanan akhir badminton Piala Mott MacDonald. |
Walau bagaimanapun, aku tetap bercadang nak nengok kengkawanku main badminton. Tapi kebetulan pulak pada hari Rabu tu, kami tengah banyak kerja. Memang banyak sangat. Lalu aku putuskan untuk habiskan kerjaku pada hari tu. Kalau sempat, aku singgahlah. Kalau tak sempat, tak apa. Lepas habis kerja dan selepas solat maghrib, aku telefon Faiz (yang layak ke semi final). Faiz kata Ahmad tengah bertarung dalam perlawanan final melawan CK dan Chris. Tapi partner Ahmad bukannya Lai. Tapi tempat Lai telah diganti dengan Kelvin.
|
Khor (kiri sekali) yang terer tu pun akhirnya tumpas dengan kegelapan malam. |
|
Tak ramai yang datang kali ni. Sekadar players yang terlibat aje. |
Jadi aku pun bergegaslah ke tempat perlawanan secepat mungkin. Masa nak masuk ke dalam kawasan kodominium tu, aku telah disoal siasat oleh pak guard warga asing, dan aku rasa ada jugak beberapa orang makhluk asing yang menjadi pak guard kat situ. Macam polis menyoal penjenayah. Letih aku menjawab. Akhirnya Faiz yang telah menanti ketibaan aku ke kondominium tu telah memberi jalan keluar yang meyakinkan pihak pak guard untuk membenarkan aku masuk ke dalam.
|
Tengoklah backgroud kat belakang tu - gelap semacam jer. Bayangkanlah keadaan court macam mana. |
Dalam fikiran aku terbayang satu dewan kecil eksklusif yang ada dua court badminton yang cantik dan selesa. Sebelum kami sampai ke court, Faiz dah bagi warning kat aku supaya tak terkejut dengan keadaan court yang mereka gunakan untuk perlawanan final badminton. Bila sampai aje kat court, aku tengok Ahmad+Kelvin dan CK+Chris sedang berentap dalam rubber game. Tapi yang mengejutkan aku (sampai aku bagaikan nak pitam) ialah melihatkan keadaan court yang digunakan. Dah lah semi outdoor, ada angin lintang pulak, gelap gelita, lampu siling banyak yang tak hidup, garisan court dengan dinding bangunan cuma sekaki jaraknya. Serba tak sempurna, sampaikan layak dimuatkan dalam kategori Bersamamu TV3. Aku punya nak tergelak sampai berguling-guling dibuatnya. Yang kelakarnya, kalau bola tangkis dipukul tinggi sikit, dah terlanggar siling. Kalu bola tangkis pergi tinggi, ia akan hilang dari pandangan pasal keadaan siling yang sangat gelap. Tetapi tetiba bila tangkis tu dah jatuh menurun, barulah kelihatan semula. Pertandingan kali ini memang memerlukan tahap ketajaman mata yang luar biasa. Akhirnya, pasangan Ahmad dan Kelvin berjaya menumpaskan Chris dan CK dengan rubber game. Sesudah tamat game, kami pun baliklah ke rumah masing-masing. Tapi perlawanan gah di tempat yang serba kelakar macam tu, sangatlah menggeletek hati.
Tamat.
|
Tak sia-sia Kelvin tampil menggantikan Lai pada malam tu. |
|
Kelibat juara. |
|
Happy betul diorang pasal kemenangan yang tak dijangka itu. |
|
Hari Jumaat nanti bolehlah kutip hadiah. |
|
"Watch out, you guys!!" |
|
Kecundang - Chris. |
|
Turut kecundang - Stephen Lawrence. |
No comments:
Post a Comment