Bahagian 1
22 Disember 2013 - Tarikh ini menjadi penting apabila team tenis kami, Titiwangsa Tennis Community Club, atau kami gelar diri kami sebagai TTCians beradu main tenis persahabatan dengan team dari UTM Kuala Lumpur. Aku tiba awal macam selalu. Nak menghirup udara pagi yang segar. Kemudian tiba Aril. Kemudian Abang Md Nor dan seorang kakak yang tak pernah aku lihat sebelum ini. Abang Md Nor memperkenalkan kami kepada kakak tadi. Kak Jamilah namanya, dari Sabah. Apabila Faizal tiba, Faizal pula secara rasmi memperkenalkan Kak Jamilah sebagai ahli baru dalam TTCC. Selamat datang kami ucapkan.
|
Eddy datang awal. Dia buat warming up dulu. |
|
Atok Baktiar pekena nasi lemak yang digaulkan dengan serbuk tongkat ali bagi menambah power dalaman. |
Dalam sekitar 8.15 pagi, lebih ramai team kami datang membanjiri gelanggang. Dan team UTM turut sampai dengan membawa penyokong-penyokong yang sebegitu ramai. Sampai dekat tiga puluh ribu, kalau ikut pengiraan aku. Dan dikhabarkan, ada beribu-ribu lagi di luar gelanggang yang tak dapat masuk sebab tiket telah habis dijual. Terpaksalah sesiapa yang tak dapat masuk tu menengok perlawanan ini di screen besar yang diletakkan di luar gelanggang.
|
Presiden TTCC, Faizal sedang mengarahkan para pengutip bola untuk mengutip bola yang bersepah di atas court. |
|
Abang Asri bersiap sedia menanti giliran untuk main. |
|
Atok berbincang pasal strategi dengan Kak Jamilah. |
|
Eddy duduk rehat setalah penat buat warming up. |
Setelah kira-kira jam 8.30 pagi, perlawanan pertama pun dimulakanlah. Mula-mula perlawanan single lelaki. Kami menurunkan Fauzi - pemain yang paling ganas sekali. Fauzi sendiri bila diamanahkan untuk beradu dalam acara single, telah memakai t-shirt tanpa lengan dengan tanjak Melayu supaya nampak betul-betul bengis dan ganas bagi membuat pihak lawan menjadi ngeri dan gentar. Setelah warm-up selama 10 minit, perlawanan pun bermula. Umpire adalah Abang Md Nor.
|
Pemain diperkenalkan di antara satu sama yang lain. |
|
Bergambar dulu sebelum main. |
|
Kebengisan Fauzi menjadikan pihak lawan gementar. |
|
Fauzi siap buat jampi serapah atas gelanggang bagi memastikan kemenangan berada di pihaknya. |
|
"Ingat janji kita?" bisik Fauzi kepada lawannya. |
|
Para penyokong team UTM. Beribu-ribu orang ramainya. |
|
Dua orang players UTM yang bakal bertanding nanti. |
Perlawanan memang agak sengit. Masing-masing sangat hebat. Servis dan pukulan forehand masing-masing sangat laju bagaikan halilintar. Aku yang menontonnya pun menjadi sangat gementar sampai terpaksa aku balut badan aku pakai selimut. Siap peluk bantal guling pulak lagi. Barangkali disebabkan pengalaman yang mendalam yang dimiliki Fauzi, segala pukulan pihak lawan berjaya dipulangkan dengan selamba. Siap boleh pejam mata dan makan nasi lemak pulak lagi ketika membuat hantaran balas kepada pihak lawan. Wakil sulung UTM menjadi lebih gentar dan banyak unforced error dilakukan berulang-ulang kali. Akhirnya Fauzi menang mudah 8-0 dalam masa tak sampai 3 minit. (Eh! Melampaulah tu!)
|
Fauzi bump bola dekat seratus kali banyak nya. |
|
Bersedia untuk buat servis. |
|
Fauzi mengukur kelajuan angin sebalum men-toss bola ke udara. |
|
Bola dilambung tinggi, dekat nak sama tinggi dengan KLCC. |
|
Bola mula menjatuh. |
|
Fauzi menghayun reket. |
|
Reket menampar bola. |
|
Follow through yang cantik dari Fauzi. |
|
Alamak, sakit pingganglah pulak. |
|
Umpire - Abang Md Nor. |
|
Umpire sedang mengadili perlawanan. |
|
Membaling bola lagi. |
|
Bersedia menerima servis dari pihak lawan. |
|
Bola tu macam nak jatuh, tapi Fauzi sempat mengaut bola itu dengan reketnya. |
Kedua-dua pemain saling bersalaman, menunjukkan semangat sukan yang tinggi. Kemudian Fauzi membisikkan sesuatu ke telinga pemain UTM tadi, "Terima kasih pasal bagi aku menang. Nanti aku belanja kau makan roti telur dua keping. Tapi jangan bagi tau orang kau sengaja bagi aku menang tau". Pelajar UTM tadi sekadar tersenyum, tanda memahami maksud Fauzi tadi.
|
Perlawanan tamat. Fauzi menang 8-0. |
|
Fauzi sempat menguhulurkan RM50 kepada lawannya. |
|
Pihak lawan gembira pasal dapat duit RM50. |
Perlawanan kedua merupakan pertandingan double lelaki. TTCC mempertaruhkan Haini dan Amy. Wah, kalau di atas kertas, aku jangkakan team kami boleh menang mudah ke atas pemain UTM. Tapi kita nengok ajelah dulu apa yang bakal berlaku. Permainan yang dijangka berat sebelah ini rupanya menjadi agak sengit jugak. Servis top spin Haini juga nampak gayanya dapat dipulangkan dengan selamba oleh pemain-pemain UTM. Aku sendiri pun sampai sekarang masih terkial-kial nak ambil servis top spin Haini. Bagi yang dah biasa main dengan Haini tentu tau betapa sukarnya nak ambil servis top spin tu, pasal bola tu akan melantun tinggi selepas mencecah lantai. Aku masih ingat lagi suatu masa dulu ketika berentap dengan Haini. Masa tu pukulan servis tu punyalah kuat kadar spin dia. Bila dia bump, terus meloncat sangat tinggi sampai terkena kapalterbang jet TUDM yang sedang buat latihan. Kena enjin, jet tu terus rosak dan terhempas masuk ke dalam Tasik Titiwangsa. Nasib baik pilot dia sempat eject, kalau tak, dengan pilot-pilot dia sekali masuk ke dalam tasik.
|
Perlawanan double pertama akan dimulakan. |
|
Haini berpasangan dengan Amy. |
|
Ambil gambar dulu sebelum berentap. |
|
Haini nak buat servis mautnya. |
|
Mula-mula kena camkan muka pihak lawan betul-betul. |
|
Kemudian baling bola ke langit. |
|
Balingan kena cukup tinggi. |
|
Pukulan dibuat dengan padu. |
|
Kaki kena angkat sikit, macam nak bagi flying kick. Barulah nampak macam KL Gangster 2. |
|
Pemain UTM ini sedang bersiap-siaga. |
|
Servis dari pihak UTM. |
|
Aril jadi umpire. |
Umpire kali ni ialah Aril. Perlawanan pada mulanya agak seimbang. Tapi setelah team TTCC mendapat rentak, Haini dan Amy telah bermain dengan lebih baik dan terus berjaya menumpaskan pihak UTM dengan kiraan 8-3. Terpancar wajah kegembiraan pada kedua-dua wakil TTCC. Tapi aku tau, team kami tak memberikan persembahan all out. Main relaks-relaks aje. Kalau main all out, tentu lebih hebat agaknya. Apa-apa pun tahniah kepada Fauzi, Haini dan Amy kerana masing-masing telah berjaya menyumbangkan satu mata buat TTCians!
Bersambung...
|
Team TTCC memang selalu berwaspada dengan trick dari pihak lawan. |
|
Haini membuat volley. |
|
Haini bersedia untuk menerima servis. |
|
Siapakah di sebalik net itu. |
|
Pemain muda UTM juga sangat hebat. |
|
Amy di depan jaring. |
|
Amy membuat volley yang sangat berkesan. |
|
Ok. Dah buat volley, kena berdiri tegak balik. |
|
Perlawanan tamat. |
|
Kemenangan kedua kepada pihak TTCC 8-3. |
|
Haini tersenyum panjang. Sampai balik rumah pun dia masih tersenyum jugak. |
No comments:
Post a Comment