m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, December 15, 2013

Selamat hari lahir isteriku

16 Disember 2013 - Isteriku menyambut hari lahirnya yang ke-40. Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, aku akan menghadiahkan kepadanya sekeping kad hari lahir yang aku buat sendiri. Siap pakai frame gambar lagi. Dan kemudian akan aku gantung pada dinding bilik kami. Penuh di segenap ruang dinding, sampaikan aku kena mencari idea baru bari menggantung gambar-gambar kad hari lahir yang seterusnya. Apa-apa pun, aku mendoakan segala kebaikan di dunia dan di akhirat sentiasa mengiringi isteriku, dan kami sekeluarga tentunya. Dan semoga kami diberi kekuatan untuk lebih bersungguh-sungguh meningkatkan amalan kami mengikut sunnah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Semoga Allah menyatukan kami di akhirat di dalam redha-Nya, dan di dalam jannah-Nya. Amin.


No comments:

Post a Comment