1 Ogos 2014 - "Hei, Indraputra! Mengapa muka kau putih melepak? Walaupun muka mu tidak ku kenal, tetapi lubang telinga mu tetap menjadi pojaan hatikuuuuu!!!" Begitulah dialog drama pentas Pelayaran Indraputra II sekiranya ianya dipentaskan lagi oleh kami. Tetapi hakikatnya memang drama tu tak akan dipentaskan lagi, kerana kebanyakan kami dah pun bersara dari arena teater dan berlakon. Namun demikian, masih ada jugak sekelompok dari kami yang masih aktif, dan ada juga yang dah menempah nama di kaca tv.
Kenapa aku kisahkan kesemua benda-benda ni? Sebenarnya, masa Syawal baru ni, kengkawan kami yang sama-sama bergiat dalam teater telah bersemuka kembali. Mulanya melalui whatsapp. Lepas tu facebook dan hinggalah ziarah-menziarahi antara satu sama yang lain. Meor, Rahah, Mahathir dan Adik Suzana beraya ke rumah kami. Dan kemudian kami mendapat jemputan pulak dari Ustaz Saidi untuk beraya ke rumahnya. Dan kami pun pergilah ke Kinrara-Puchong pada suatu petang raya Aidilfitri.
|
Jamuan sudah bermula. Mari kita makan! |
|
Mahathir dan Adik Suzana sangat teruja dapat makan masakan Kak Lin. |
|
Masing-masing berebut-rebut mendapatkan makanan seperti pemohon subsidi baja kerajaan. |
|
Anak sulung Kak Lin yang pakai baju biru. Namnya Adli kot. |
|
Saidi termenung memikirkan nasib mi kari yang bakal dilangsaikan oleh teman-teman lamanya. |
Kami panggil Ustaz Saidi pasal dialah yang agak alim sikit berbanding dengan kami semua. Tambahan pulak Ustaz Saidi ada belajar agama kat Indonesia dulu. Kami sampai di rumah Saidi kira-kira sebelum maghrib. Masa tu Mahathir dan isterinya baru aje sampai. Aku rasa dah hampir 20 tahun kami tak jumpa sejak kali terakhir kami terlibat dalam satu pementasan teater di MATIC, Jalan Ampang. Seronok rasanya dapat jumpa kawan lama.
|
Rahah mencedok makanan untuk suami dan anak-anak. |
|
Dah sudah makan. Semua orang heppi. |
|
Meor angkat tangan pasal nak order sesuatu. "Teh sarbat kaw satu!!!" |
|
Mahathir buat lawak. Tapi tak ada orang nak ketawa. Lalu dia ketawa sendirilah. |
|
Meor (kanan) dan hubby Adik Suzana. Namanya aku tak sempat nak tanya pulak. |
|
Mahathir ambil cawan. ingatkan nak minum air. |
|
Rupanya nak curahkan air kat kepala Rahah. Nasb baiklah cawan tu tak ada air. |
|
Adik Suzana. |
|
Semua orang dah selesai makan. Meor masih menjamah mi kari. |
Meor, Rahah, Adik Suzana dan keluarga masing-masing sampai tak berapa lama setelah kami tiba di rumah Saidi. Kami borak-borak, cerita-cerita pasal macam-macam hal. Ada cerita pasal perkembangan masing-masing. Contohnya, "Eh! Macam mana badan kau boleh kembang macam tu sekali ha?" Dan adakalanya terselit jugak cerita-cerita pasal masa silam. Contohnya, "Kau agak dinosaur apa yang paling kuat makan sekali masa dulu - T-Rex atau Stegosaurus?"
|
Amier, Wanie dan seorang teman baru. |
|
Sabriena sedang makan pisang. |
|
Syahmie kena babysit Sabriena yang tak boleh duduk diam. |
|
Mahathir dan Saidi. |
|
Tetiba Saidi berasa lapar. Dia makan lagi mi kari. |
Aku memang tak banyak bukak mulut, tapi seronok bila kengkawan buat lawak dan bergurau sesama sendiri. Kalau korang nak tau, pementasan teater bertajuk Pelayaran Inderaputra II ini telah menjadi as-sebab pertemuan aku dan isteri aku. Bukan kami aje, malah Meor bertemu Rahah, Roslan bertemu Ati, dan berakhir ke jinjang pelamin. Semuanya melalui pentas yang sama.
|
Tiga sahabat akrab. |
|
Mendandan rambut bagi cantek! |
|
Topik perbincangan lebih serius kali ni. |
Setelah agak lama berbual, kami disaji dengan mi kari spesel masakan isteri Saidi iaitu Kak Lin yang jugak kawan kami semua. Mi kari Kak Lin memang hebat. Lain sikit rasanya, dan rencahnya jugak berbeza. Itu yang menjadikan masakannya sangat enak. Bertambah jugaklah aku makan. Dan yang paling kaw pada petang tu adalah kopi Muar yang dihidangkan kepada kami. Banyak kali aku memuji keenakan kopi dari jajahan Johor tu. Akhirnya Saidi bagi jugak sekampit kopi jenama 434 tu kepada aku. Orang lain tak dapat pun. Kira menjadilah trick dan strategi aku. He he he. Terima kasih Ustaz!
Selain mi kari dan kopi 343, kami jugak dijamu dengan aiskerim, dan buah-buahan tempatan. Memang mewah makanan kami pada petang tu. Apabila maghrib menjelang, kami pun tumpang solat maghrib dan terus bergegas untuk beredar. Kami kena pergi rumah Pakcik Rizali pulak kat USJ pasal nak ambil serunding daging dan ketupat daun palas yang kami order tempoh hari. Kepada Saidi, dan Kak Lin sekeluarga, kami ucapkan banyak-banyak terima kasih kerana menjemput kami datang ke rumah. Dan kerana menyediakan hidangan yang hebat-hebat kepada kami semua. Semoga di lain kesempatan, geng teater kami (atau dikenali sebagai Geng Khatib Koyan) dapat berkumpul lagi macam ni. Sekian dulu, saya sudahi dengan wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. (Tepuk tangan ramai-ramai).
|
Kak Lin bercerita soal kerjaya. |
|
Nampak gayanya Meor memang lapar betul. Dia masih makan lagi. Sejak dari tadi tuh! |
|
Amier dan Sabriena sedang khusyuk minum air. |
|
Air minum dah habis. |
|
Bersama Kak Lin. |
|
Rahah, Adik Suzana, Saidi dan Adli. |
|
Meor membuat gaya Ultraman fire raksasa. Tetiba keluar karan dari tangan Meor |
|
Group photo sekali lagi. |
|
Dan kali ni aku terpaksa enter-frame. |
|
Kopi 434 yang hebat. Terima kasih Saidi. |
No comments:
Post a Comment