Bahagian 2
Memang ramai
sanak-saudara yang datang ke rumah kami pada hari tu. Kebanyakannya masih belum masuk kerja kat ofis lagi. Jadi, mudahlah nak datang beraya di rumah kami. Kalau dah berkumpul ramai-ramai, sudah pastilah sangat meriah. Dan sudah pastilah kami akan duduk dan membuat kumpulan-kumpulan kecil untuk berbincang dan berborak sesama kami.
Pada perhimpunan kali ini, topik yang paling hangat diperkatakan ialah pasal kebocoran kertas soalan UPSR. Masing-masing memberi hujah-hujah bernas mengenai bagaimana kertas soalan tu boleh bocor. Ada yang berpendapat ia kerja orang dalam. Dalam apa? Dalam bangunan. Tak kan dalam laut pulak, kan? Ada yang berpendapat kebocoran ini disebabkan oleh terlalu banyak tikus kat kilang cetak kertas soalan. Bila tikus tu gigit, lalu bocorlah kertas soalan tu. Dan ada jugak yang mengatakan ia kerja budak-budak nakal yang sengaja membocorkan kertas soalan dengan penebuk lubang.
|
Biras yang paling kamceng. Masing-masing dari Perak. Abang Zai dan Abang Zahid. |
|
Kak Esah dan Kak Uda. Setelah makan. Sebab tu nampak ceria. |
|
Adik beradik Angah Zila dan Along Aniza. Dua orang anak buah kami. |
|
Kak Long bersama ibuku. |
|
Baby Faliq dihimpit Atuk dan Makcik Nicha.. |
|
Baby-baby dan mama-mama. |
|
Koas baru nak makan. Koaslah yang telah bekerja keras mengangkut makanan dari Kepong ke rumah kami pada hari itu. |
|
Syura dan Nicha sedang berbincang macam mana nak membocorkan kertas soalan di universiti nanti. |
|
Koas masih lagi makan. |
Kami sendiri sangat teruja bila melihat rumah kami dipenuhi dengan saudara-mara dari dekat dan jauh. Yang paling jauh datang dari Planet Mushtari. Dan yang paling dekat datang dari dalam almari rumah kami. Selain adik-beradik, sepupu wife aku pun turut hadir. Kak Nopie datang dengan Abang Naim sekeluarga. Semua orang kelihatannya sangat enjoy makan nasi beriyani made in Kepong.
|
Giliran Abang Naim pulak nak makan. |
|
Kak Nopie dan puterinya. |
|
Anak-anak Kak Nopie dan Abang Naim. |
|
Keluarga Kak Nopie sedang menjamu selera. |
|
Akid dengan kawan-kawan setianya. |
|
Dari kanan ke kiri: Akid, Man Petai, Man Sudu, Man Kentut, dan Man Drem. |
|
"Yang hensem macho tu tadi, Pak Usu aku", kata Akid kepada kengkawannya. |
Anak buah kami, Akid pulak datang membawa kengkawannya. Dekat lima lori kawan Akid yang datang dari segala pelusuk dunia termasuk Nigeria, Alaska dan Uzbekistan. Kami tak kisah. Semua kami persilakan masuk untuk beraya dan makan-makan di rumah kami. Cuma duit raya aje yang kami tak bagi. Sebaliknya kami pulak yang meminta duit raya dari kengkawan Akid itu sebagai ganti bayaran makan minum di rumah kami sebentar tadi. Dan para hadirin hadirat kelihatannya sangat gembira berada dalam suasana yang sebegini.
Bersambung...
|
Pejuang Al-Qassam makan dulu sebelum pergi berjuang. |
|
Makan biar kenyang. Lawan biar menang. |
|
Masih menikmati hidangan. |
|
Eida dan Ika. |
|
Kak Sabar dan Shahira. |
|
Ada orang ber-selfie kat background. |
|
Kamilia dan Shahira setelah makan. |
|
Ika dan Baby Harith. |
|
Bersama dua orang anak buah - Shasha dan Angah Nabiha. |
No comments:
Post a Comment