31 Julai 2014 - Sewaktu ramai
kengkawan ofis wife aku datang ke rumah dah sedang menikmati makan tengah hari, kami mendapat satu panggilan telefon dari sepupu sulungku, Kak Ana. Katanya nak singgah beraya di rumah kami. Keluarga Kak Ana baru balik dari Kelantan sebenarnya. Aku menjawab, "Silalah datang. Kebetulan kat sini ada buat makan-makan sikit. Ada kawan ofis datang beraya". Tapi kata Kak Ana, mereka semuanya dah makan dalam perjalanan tadi. Tujuan datang ni pun nak beraya sambil menjenguk dan bertanya khabar kepada ibuku yang masih belum mampu berdiri, apatah lagi berjalan. "Okay-lah", kataku.
|
Abang Md Nor agak keletihan setelah travel jauh dari Kelantan. |
|
Ibuku bersama Kak Ana dan Asma. |
Keluarga Kak Ana datang berempat orang. Abang Md Nor serta anak mereka Asma dan suaminya, Syafiq turut hadir. Bila kami jemput mereka makan, memang nyata mereka dan cukup kenyang makan tengah hari dalam perjalanan tadi. Jadi kami jemputlah mereka makan dessert seperti buah-buahan, kuih-muih serta sagu gula melaka. Dan mereka pun makan dessert ajelah nampak gayanya. Setelah berborak panjang dengan mak aku, mereka pun minta diri untuk pulang. Terima kasih kepada Abang Md Nor dan Kak Ana sekeluarga kerana menjenguk kami di sini.
|
Syafiq sedang menikmati dessert yang disajikan. |
|
Asma dan Syafiq turut berkunjung ke rumah kami. First time rasanya mereka datang. |
|
Ayahku dengan Abang Md Nor sedang bersembang pasal perkaitan di antara kebocoran soalan UPSR serta tragedi MH17. |
No comments:
Post a Comment