31 Julai 2014 - Pada 1 Ogos kami beraya di
rumah kawan teater kami di Kinrara, Puchong. Tapi sehari sebelum tu, mereka telah terdahulu datang beraya di rumah kami. Antara yang hadir termasuklah Meor, Rahah, Adik Suzana, dan Mahathir. Kali terakhir kami beraksi di pentas teater ialah pada tahun 1995. Lepas tu kami bawak haluan masing-masing. Ada jugak terserempak dengan beberapa orang dalam tempoh 18 tahun tu. Tapi yang lain, kebanyakannya memang dah tak jumpa terus.
|
Meor dan suami Adik Suzana. |
|
Mahathir dan Meor. Meor sedang nak tembak tupai kat luar rumah. |
|
Bergambar dengan Mahathir dan Meor. |
|
Sedang fokus membaca komik karikatur "The Making Of Pelayaran Inderaputera II". |
|
Rahah dan puterinya. |
|
Dengan Adik Suzana. |
|
Husband kepada Adik Suzana. |
Mereka sampai serentak. Mahathir sebelum ni pernah singgah ke rumah kami hantar kuih kapit yang kami order. Jadi, Mahathirlah yang menjadi penunjuk jalan kepada yang lain. Aku nengok semua kengkawan kami tu masih ceria dan gila-gila macam dulu jugak. Antara ramai-ramai yang datang tu, cuma Meor sorang aje yang masih bergiat dalam bidang lakonan. Kalau korang nengok betul-betul, mesti perasan wajah Meor yang pernah keluar di kaca televisyen. Dulu-dulu-dulu, Mahathir pun pernah keluar kat tv jugak jadi extra.
|
Bergambar bersama. |
|
Rahah turut teruja berjumpa kami kembali. |
|
Membaca buku handout teater Pelayaran Inderaputrea II. |
|
Anak-anak turut seronok membaca komik karikatur yang aku hasilkan. |
Aku dan isteri bawak keluar buku handout masa pementasan teater cerita Pelayaran Inderaputera II dulu, serta buku komik karikatur sempena pementasan itu. Masing-masing melihat dan membaca buku-buku tu sambil menggamit nostalgia lama. Mereka nak satu copy. Tapi aku masih tak scan lagi buku tu. Sabar menanti ya kawan-kawan semua. Sebelum bersurai, kami kumpul depan rumah dan bergambar ramai-ramai macam masa kat sekolah. Okay, terima kasih kerana datang dan semoga berjumpa lagi di pementasan yang akan datang bertajuk Pengembaraan Inderaputera III ke Planet Marikh.
|
Pasangan Mahathir dan isteri. |
|
Group photo sebelum berangkat pulang. |
|
Mahathir dengan buku handout yang memaparkan wajahnya. |
No comments:
Post a Comment