2 Ogos 2014 - Pada hari ini, ada
sepupu datang ke rumah. Ada anak-anak saudara menjengah kami. Dan kami sendiri sempat
beraya di rumah Kak Uda. Dan di celah-celah kunjung-mengunjung itu, sempat jugak kami ke rumah jiran kami - Hairi dan Azizah. Mereka jemput kami datang pada siang hari tu jugak. Tanpa berlengah, kami pun pergilah.
|
Sedang menjamah dessert puding caramel yang enak. |
|
Makan mi goreng dengan rendang ayam. |
Bila masuk aje kat dalam, kami nampak rumah jiran kami tu sebegitu luas dan telah cantik berhias. Tanpa banyak bersembang, kami terus menuju ruang makan yang agak luas dengan makanan sudah sedia terhidang molek. Kami duduk di atas kerusi makan dengan tertib. Mataku melihat ke arah makanan di atas meja. Ada mi goreng. Ada rendang ayam juga. Lirikan mataku kini mengarah ke wajah isteriku, dan anak-anak kami. Dan tak semena-mena, terpacul keluar dari mulutku, suatu teriakan yang amat kuat dahsyat, "Serrrrraaaaaannnnnggggg!!!!!!!"
Dan disambut oleh isteri dan anak-anak kami, "Serrrrrraaaaaaannnngggg!!!!!!!!" Dan kami pun menerpa ke arah makanan tadi. Mencedok dan makan. Makan dan makan lagi. Lagi dan lagi. Sampai hampir licin pinggan mangkuk di depan kami. Nasib baik tetiba kami terfikir pasal saudara-mara jiran kami tu yang kebetulan ada jugak kat rumah tu. Jadi kami sempat jugaklah meninggalkan mi goreng setengah pinggan, dan ayam rendang setengah ketul. Pandai-pandailah mereka share makanan tu ramai-ramai nanti.
|
Aku dan Syahmie tanpa segan silu terus-menerus menambah makanan ke dalam pinggan. |
|
Nyomp nyomp nyomp. Mmmmm sedapnya... |
|
Wanie makan sampai tertunduk-tunduk. |
Bila dah kenyang, kami pun bersiap-siaplah untuk mintak diri. Tetapi sebelum tu, wife aku sempat jugak buat lawatan sambil belajar di sekitar ruang dalam rumah jiran kami tu. Sesaja nak tengok rumah yang cantik. Kami ucapkan terima kasih dan bersalaman dengan jiran kami sambil berbisik kepada mereka, "Saya rasa awak kena masak lagi mi goreng tu. Kami tinggalkan sikit sangat untuk saudara-mara awak tadi. Sorry ya?" Dan terus berlalu pergi dengan penuh kepuasan.
|
Anak-anak kami sangat berselera makan kat situ. |
|
Ibu dan anak setelah makan. |
No comments:
Post a Comment