3 Ogos 2014 - Pada hari ketujuh hari raya Aidilfitri, kami ke Gombak ke rumah Kak Esah pulak. Tak ada apa-apa open house. Cuma masa musim raya, memanglah semua orang membuka pintu rumah masing-masing untuk menerima tetamu. Maklumlah, nak beraya. Kami kat rumah Kak Esah pun tak berapa lama. Tapi apa yang best bila pergi kat rumah Kak Esah, ialah selera makan mesti akan terbuka. Masa tu Kak Esah masak rendang. Rupa rendang tu tak macam yang selalu kita pernah tengok. Tapi rasanya sangat-sangatlah sedap. Nak makan banyak-banyak takut habis. Tapi memang tak kecukupan rasanya bila makan-makan kat rumah Kak Esah. Lebih-lebih lagi bila kak Esah sendiri yang memasaknya. Terima kasihlah kepada Kak Esah sekeluarga kerana menjamu kami dengan makanan yang sangat enak pada hari tersebut.
Bergambar di laman luar rumah. |
Bahagian depan yang penuh dengan tumbuhan ni memanglah cantik. |
Pokok anggur tak berbuah lagi nampak gayanya. |
Belum puas bergambar. |
Adik beradik di taman herba. |
No comments:
Post a Comment