1 Ogos 2014 - Pada petang hari ni, kami beraya di
rumah Saidi. Masa kat rumah Saidi, kami dapat panggilan dari mak aku, suruh kami ambil ketupat daun palas dan rendang daging yang kami tempah dari rumah Pakcik Rizali. Jadi masa kami luangkan kat rumah Saidi terpaksalah kami singkatkan. Lepas solat maghrib kami terus ke rumah Pakcik Rizali. Dengan menggunakan perisian Waze, hala ke rumah Pakcik Rizali di USJ terasa senang ditemui.
|
Santai di rumah Pakcik Rizali. |
|
Sabriena dah agak keletihan dan mengantuk. Dia menangis panjang. Hu hu hu..... |
Pakcik Rizali memang telah menanti kedatangan kami. Pakcik Rizali membuka gate dan pintu rumah dan mempelawa kami masuk. Bila kami masuk, Pakcik Rizali pulak keluar rumah untuk membeli sesuatu juadah untuk dihidangkan kepada kami. Sementara tu, kami duduklah kat situ sambil bertegur sapa dengan Makcik Noorizan. Tak lama selepas tu Pakcik Rizali pun balik dengan membawa nasi goreng spesel. Dan kami pun makanlah nasi goreng tadi serta ketupat daun palas dan serunding daging. Berselera jugak walaupun dah makan mi kari masa kat rumah Saidi tadi. Lepas makan, ambil ketupat dan serunding, dan bayar, kami pun meminta izin untuk beredar sebab dah agak lewat malam. Bigitulah raya sepontan kami di rumah Pakcik Rizali.
|
Pakcik Rizali mencedok nasi goreng spesel. |
|
Kami makan sangat berselera. |
No comments:
Post a Comment