30 Julai 2014 - Pada awal Syawal tahun ni, ada beberapa orang teman yang datang berkunjung ke rumah kami pada waktu malam. Agak lewat malam jugaklah. Mereka adalah Anding dan Dino. Masa ni Anding masih belum balik Sarawak lagi. Kalau tak silap aku, esok harinya baru dia nak terbang ke Malaysia Timur. Kami memang ada masak spesel pada malam tu. Maklumlah, Hari Raya. Aku pun dah tak ingat apa juadah yang kami hidangkan kepada kedua-dua orang tetamu pada malam tu. Lamb chop dengan beef steak kot. Tak pun nasi mandy Arab. Atau pun sushi ikan kembung atau keli. Aku memang betul-betul tak ingat jenis hidangan pada malam tu. Tak kisahlah apa pun. Pokok pangkalnya tetamu kami tu memang puas hati dan berselera dengan hidangan yang kami suakan kepada mereka.
Bergambar bersama ibuku yang duduk di katil rehatnya. |
Tiap-tiap tahun Anding dan Dino ke sini untuk beraya atau atas urusan yang lain. |
Heppi sebab dan kenyang makan. |
Sabriena pun nak tumpang bergambar jugak gamaknya. |
Sebelum pulang, kami ambil gambar dululah dengan Anding dan Dino. Klik sana. Klik sini. Semua angle kat rumah kami masuk dalam frame. Terima kasih banyak-banyaklah kerana sudi datang ke rumah kami ini. Lain hari jangan lupa datang lagi, okay! See you guys soon.
Begitu jugak dengan aku. |
Di ruang tamu pulak. |
With my good buddies. |
Bergambar dengan ayah aku pulak. |
No comments:
Post a Comment