Bahagian 1
31 Julai 2014 - Seperti tahun-tahun sebelum ni, memang kami ada mengajak adik-beradik, saudara-mara, jiran-jiran, dan kawan-kawan untuk datang ke rumah. Ada sesetengah oang kalau tak diajak dia tak nak datang. Jadi kami kenalah mengajak. Tapi sebenarnya kami tak kisah. Kalau nak beraya, silalah mampir. Kami akan layan anda sebaik mungkin.
Pada 4 Syawal ini, ada
kawan-kawan ofis wife aku datang ke rumah.
Sepupu sulungku juga turut datang ke rumah. Tapi yang paling ramai datang pada hari tu ialah keluarga ipar-iparku. Tahun ni kami ajak datang beraya ke rumah secara berperingkat-peringkat. Hampir setiap minggu ada saudara-mara dan kenalan yang datang berkunjung. Dalam skala yang lebih kecil, sudah tentu lebih senang kami nak layan dan bersembang dengan lebih spesifik.
|
Ardi dan Arif. |
|
Along Aniza, Kak Long dan Angah Zila. |
|
Baby Fateh dengan dua orang makciknya. |
|
Syafiqah dengan Mak Ngah Zila. |
Tahun ni, juadah yang paling spesel sekali ialah pancuran cokelat, atau dikenali juga sebagai chocolate fountain. Chocolate fountain ni bukanlah benda baru di pasaran antarabangsa, tetapi bagi kami ia sesuatu yang mampu menarik minat penggemar-penggemar cokelat untuk mencuba dan menjamah makanan yang bersadurkan cokelat. Bukan saja penggemar cokelat yang sukakannya, malah penggemar-penggemar air pancut a.k.a. fountain jugak akan teruja bila melihat cecair cokelat yang dihidangkan tersembur dan memancut ke udara sambil terlihat ikan-ikan berenang-renang dengan riang rianya. Malah ada kalanya tetamu ada saja yang siap membawa pakaian mandi dan tuala bagi mandi-manda atau sekadar mencelup kaki ke dalam chocolate fountain itu.
|
Sedang makan, tetiba tulang kambing tersekat di gigi Abang Zai. |
|
Father-in-law dengan son-in-law. |
|
Faridz sedang mendapatkan chocolate fountain untuk di makan bersama nasi beriyani. |
|
Ayahku sedang bermain dengan Fateh. |
|
Faridz sedang menjamu selera dengan penuh khusyuk. |
|
Suraya dengan Baby Fateh. |
|
Buat hal masing-masing. |
Para hadirin memang sangat teruja bila menikmati juadah yang dihidangkan. Nasi beriyaninya enak. Dessert sagu gula melakanya juga enak. Dan cokelate fountain-nya juga sangat memikat. Nasi beriyani tu pulak berlaukkan kari kambing yang diimpot khas dari Gurun Sahara. Memang sangat mengancam kalbu. Itu belum kambing kari dicelup cokelat lagi. Pastinya boleh mengundang keterujaan di kalangan para tetamu, serta jiran-jiran di seluruh taman perumahan.
|
Abang Zai memangku cucu. |
|
Ali sedang memerhatikan kereta F1 yang tetiba melintas laju dipandu oleh salah seorang jiranku. |
|
Ardi nengok aje telinga Amin. Rasa macam nak korek aje pakai drill. |
|
Amin dan Syafiq gembira dapat makan kambing berlauk nasi. |
|
Ali memerhatikan sate buah dengan penuh hairan tetapi teruja. |
|
Sate buah tadi digigit dengan ganasnya hingga jus buah-buahan terpercik keluar menempias kepada orang yang lalu lalang di situ. |
|
Syafiq dan Abby tak nak bertegur sapa apabila makan, kerana masing-masing mempunyai pendapat yang kontradik mengenai topik sama ada kambing yang dimasak ini dimandikan atau tidak. |
|
Syura dan Nicha happy walaupun sebelum menjamah makanan. |
|
Abang Zahid dengan nasi beriyani kambingnya. |
Para tetamu diberi pilihan sama ada nak makan di bahagian dalam rumah (ada air-cond) atau di bahagian luar rumah (ada angin sepoi-sepoi bahasa). Kami membiarkan para tetamu terus-terusan makan sampai ke tahap kenyang bagai nak muntah. So far so good. Nampaknya para tetamu sangat teralun dengan hidangan yang disajikan. Dan aku sendiri sambil-menyambil mencapai buah tembikai dan memakannya dengan banyak. Itu lebih mengasyikkan bagiku dari memakan nasi berlaukkan kambing.
Bersambung...
|
Bersama Yaya Toure. |
|
Kak Esah dan Kak Uda. |
|
Ibuku bersama Kak Long. |
|
Nana dan Yaya Toure (hari ni Yaya Toure tak main bola sepak). |
|
Abby dan Syafiq sedang minum air ketum. Maaf, bukan air ketum, tapi air ketumbar. |
No comments:
Post a Comment