31 Julai 2014 -Pada 4 Syawal, kami masih lagi bercuti di rumah. Wife aku ada ajak kengkawan ofisnya yang bekerja kat ofis untuk datang makan tengah hari kat rumah kami. Kami sajikan nasi beriyani kari kambing yang kami tempah dari sebuah restoran di Kepong. Pagi tu kami bekerja keraslah untuk menyusun meja, membersihkan rumah serta menyediakan makanan dengan kadar yang cukup dan sempurna.
|
Feroz tengah makan dengan sangat berseleranya. |
|
Antara yang hadir - Sue Ann, Lauren, Shan Shan serta suami, dan lain-lain. |
|
Nyomp nyomp nyomp! |
Bila tengah hari menjelang, kengkawan wife aku pun datanglah ke rumah kami secara beramai-ramai. Aku tak pasti berapa kereta. Mungkin dua atau tiga kereta kot. Kami pun jemputlah mereka semua masuk. "Jom masuk. Jom masuk. Jangan malu-malu. Kalau malu nanti lapar". Kebanyakan pekerja Islam masih bercuti. Jadi, ramai yang datang tu kengkawan Cina-lah.
|
Bersama Nadia dan Mira. |
|
Sabriena dengan kawan baru. |
|
Anak Shan Shan ni sangatlah peramah. |
|
Nak berkawan dengan Sabriena senang aje - bagi makanan. Pasti settle. |
Bila melangkah masuk aje kengkawan wife aku ke dalam rumah, terus kami sergah, "Hah! Makan, makan. Tambah, tambah. Tambah lagi. Hah! Bagi habis. Habiskan semua sekali. Bagi licin meja ni. Bungkus! Bungkus! Tapau. Tapau semua sekali". Dan setelah disergah sedemikian rupa, semua tetamu pun terus makan bertambah-tambah, berulang-ulang kali tanpa meninggalkan sedikit pun untuk tetamu yang masih belum hadir lagi. Tapi kami tak kisah. Kalau habis boleh order lagi. Boleh masak lagi. Seronok jugak melihat kengkawan makan dengan penuh berselera pada tengah hari Syawal.
|
Masing-masing mengambil makanan. |
|
Lee happy dapat makan tengah hari di sini. |
|
Shang dan Mei Chin sedang enak menjamu selera. |
|
Naida, Akila, dan Erwan, penuh konsentrasi apabila makan seperti tengah menjawab soalan UPSR yang tak bocor. |
|
Terus makan tanpa henti. |
|
Sabriena nak buat isyarat peace, tapi terbuat isyarat 1 Malaysia pulak. |
|
Sedang susun jari nak buat isyarat peace sekali lagi. |
Lepas makan-makan, mestilah ada sembang-sembang jugak. Jadi bersembanglah sesama kengkawan sementara menanti waktu untuk berangkat semula ke pejabat. Sabriena yang kebetulan ada kat ruang tamu telah bertemu dengan seorang kawan baru - anak lelaki Shan Shan yang sangat peramah.
Setelah semua tetamu selesai makan, kami kumpul kejap kat depan rumah untuk ambil gambar ramai-ramai. Klik dekat sepuluh kali. Barulah kira sessi beraya dan makan tengah hari di rumah kami selesai. Dan barulah semua kengkawan mintak diri untuk sambung kerja kat ofis. Wife aku tak perlu fikir pasal ofis lagi pasal masih cuti. Hari ni kita layan dan jamu tetamu dulu. Terima kasih kerana sudi datang ke rumah kami.
|
Shan Shan dan Feroz setelah makan. |
|
Berehat di luar sebelum berangkat pulang ke ofis. |
|
Keluarga Shan Shan. Hari ni mereka cuti pasal menyambut hari jadi anak lelaki mereka. |
|
Makan dessert pulak. |
|
Bercerita pasal kebocoran soalan UPSR. |
|
Group photo ramai-ramai. |
|
Ada tiga belas tetamu di sini. |
|
Last photo shoot sebelum ucapkan bye-bye. |
No comments:
Post a Comment