Bahagian 1
11-12 Oktober 2014 - Kejuaraan Grand Slam Tennis TTC Open berlangsung lagi di gelanggang Titiwangsa. Kali ini adalah siri yang ke-4. Kalau dulu, jagoan-jagoan luar negara dengan seed yang teratas tak dapat menghadirkan diri, kali ini senarionya agak berbeza. Pemain-pemain ternama dunia seperti Stan Wawrinka, Gael Monfils, Kei Nishikori, David Ferrer dan Jo-Wilfried Tsonga telah menghadirkan diri untuk merebut piala yang paling terulung di dunia ini. Malah pasangan nombor satu dunia, Bryan & Bryan dari Amerika Syarikat juga turut hadir dengan harapan untuk menumpaskan Alyas & Alyas Brothers. Cuma khabarnya, mereka agak terkilan dan kecewa apabila diberi tahu bahawa pasangan double Alyas & Alyas tidak bertanding.
|
Banner kejuaraan TTC Open kali keempat di Titiwangsa. |
|
Para pemain sedang melihat keputusan SPM masing-masing. Syarat kelayakan - minimum 7A. |
|
"Orang kira point tenis tak pakai 21-17, 21- 10 macam ni. Ini macam kira main badminton aje!" tegur Abang Md Nor. |
|
Ayah kepada Haini datang dari Sarawak memberikan sokongan moral kepada anaknya. |
|
Naib juara TTC Open siri ke-3, Hossen Kenit dalam sessi pemanas badan. |
|
Hossen Kenit datang dengan harapan merangkul kejuaraan kerana juara musim lalu, Syahwal tidak menyertai kejuaraan kali ini. |
|
Sessi pemanas badan berterusan. |
|
Angkat reket dan jerit STOP! Nescaya bola dari pihak lawan tak akan melepasi net. |
|
Wakil TTC, Jimmy menunjukkan teknik kilas mengipas. Menjadikan bola bergegar dan menyukarkan pihak lawan. |
|
"Nengok! Pusing belakang pun boleh pukul bola. Terer tak aku?" |
|
Menepuk bola yang datang. |
|
Jimmy pukul bola terlalu kuat. Tepat kena badan Amiruddin. |
|
Seorang lagi peserta sedang memanaskan badan. |
|
Setelah sejam memukul bola badan masih tak panas jugak. Lepas ni dia pergi panaskan badan kat unggun api pulak. |
Pertandingan telah bermula pada hari Sabtu pagi. Bermula dengan pusingan round-robin, atau pusingan kelayakan. Pada pusingan ini, semua jaguh-jaguh dunia, baik Wawrinka, baik Monfils, baik Ferrer, baik Nishikori, baik Tsonga, maupun Bryan & Bryan, semuanya tewas mengejut kepada lawan masing-masing. Memang mengejutkan. Mereka bukan saja tak layak untuk ke pusingan Main Draw, malah ke pusingan Plate juga tidak layak. Mereka terpaksa pulang dengan perasaan malu. Siaran ESPN, Star Sport, CNN, Al-Jazeera, semuanya memaparkan isu kekalahan yang mengejut dan memalukan ini secara meluas.
|
Para penonton menanti persaingan antara kedua peserta. |
|
Stadium tak penuh pasal tiket dijual terlalu mahal. |
|
Tempat duduk VVIP ini dijual dengan harga RM150 satu seat. |
|
Perlawanan akan bermula sebentar lagi. |
|
Wakil paling muda TTC-Qimie akan beraksi sebentar lagi dalam kategori Plate.. |
|
Dalam pertembungan ini, Qimie dapat mara ke peringkat seterusnya. |
|
Perlawanan yang melibatkan wakil TTC - Jimmy. |
|
Game ni aku tak sempat jengah. |
|
Pertembungan di antara dua sahabat. |
|
Lawan di gelanggang bersebelahan. |
|
Dan pemenangnya adalah........ (aku pun tak tau). |
Aku menjengah gelanggang pada hari Ahad pagi. Masa aku sampai kira-kira jam 8.15 pagi, masih belum ada satu perlawanan pun yang berlangsung. Perlawanan pertama hanya berlangsung kira-kira jam 9.00 pagi. Aku tak sempat menyaksikan kesemua perlawanan yang berlangsung di sepuluh gelanggang serentak. Mana yang sempat aku tengoklah. Yang tak sempat aku nengok kat rumah aje - siaran tertunda!
|
Para peserta masih mencari siapa lawan dan siapa kawan. |
|
Penonton masih belum ramai pasal perlawanan masih belum rancak. |
Para petugas TTC dan para pemain nampaknya agak sibuk melihat jadual perlawanan untuk memasitkan siapa lawan siapa pada jam bila. Petugas TTC nampak sangat bersemangat dan bekerja keras. Para pemain pula datang dengan semangat waja untuk merebut habuan kejuaraan yang terunggul pada alaf ini, yang menawarkan sebuah piala dan wang sebanyak USD20 juta. Dan para penonton pula semakin ramai berpusu-pusu masuk ke stadium untuk menyaksikan perlawanan yang dijangka sangat sengit ini.
Bersambung...
|
Saksikan aksi-aksi hebat dari peserta yang tak kurang hebatnya ini. |
|
Cara-cara membuat servis F1. |
|
Mula-mula pegang bola dengan mantap. Gunakan bola tenis. Jangan sesekali gunakan bola sepak. |
|
Baling bola tinggi ke angkasa. Kalau sampai Planet Marikh lagi baik. |
|
Lompat setinggi mungkin. Sekurang-kurangnya dua meter dari aras tanah. |
|
Dan pukulan dibuat sekuat mungkin. |
|
Bila mendarat, pastikan sebelah kaki terangkat ke atas. Tetapi, kalau kedua-dua kaki terangkat ke atas lagi afdal. |
|
Terus ke stand-by mode. |
|
Bersedia menghadapi bola yang mendatang. |
|
Two handed backhand hendaklah menggunakan kedua belah tangan. |
|
Dan disudahi dengan follow through. Bukan follow up, atau pun follow me. |
|
Para penonton semakin ramai membanjiri stadium. |
|
Perlawanan semakin sengit. |
No comments:
Post a Comment