16 Ogos 2014 - Masa musim raya, kami dapat undangan lagi. Kali ni dari kawan teater kami - Yanto. Dulu kami
beraya di rumah Saidi. Sekarang di rumah Yanto pulak. Well, sebenarnya bukan rumah Yanto. Tapi rumah saudara wife Yanto. Rumah Yanto jauh kat Nilai sana. Tak silap aku ada buat majlis aqiqah sekali kot. Maksudnya ada kambing untuk dimakanlah.
Aku gerenti korang pernah nengok Yanto kat tv. Banyak kali dia keluar kat tv. Cuma nama dia aje yang mungkin korang tak berapa nak tau. Nama penuh dia Haeriyanto. Muka pulak macam Ustaz Harryanto. Itu yang kadang-kadang orang terkonfius. "Eh! Ustaz Harryanto berlakon dramalah". Atau pun, "Eh! Haeriyanto bagi ceramah kat Tanyalah Ustaz". Masa mula-mula masuk tv dulu, selalu jugak jadi hero. Atau pun jadi budak nakal. Tapi sekarang jadi bapak-bapak aje nampak gayanya. Jadi ustaz aku tak tau dia pernah jadi ke tak. Nanti aku bagi tau kat produser drama suruh bagi dia watak sebagai Ustaz Harryanto masa tengah slim.
|
Mahathir sedang bagi tazkirah pasal emas. |
|
Yanto mendengar tazkirah Mahathir dengan penuh minat. |
|
Semua orang khusyuk mendengar tazkirah Mahathir. Sabriena sampai terlelap. |
Kami bertolak ke rumah Yanto di Sg Besi selepas waktu maghrib. Dekat nak isyak kot rasanya. Masa tu kami tengah letih sangat gamaknya. Itu yang bergerak lambat tu. Sesampainya di sana, tetamu dah semakin berkurangan. Yanto kata, masakan kambing pun dah tak berapa ada. Yang tinggal hanya sup kambing. Apa! Sup kambing?! Itulah yang sebenarnya pebret aku! Aku terus ambil mangkuk, terus cedok sup kambing, letak daun sup dan cari tempat duduk di bawah khemah. Slrrrruuupppp!!!! Khusyuk betul aku hirup sup kambing. Memang sedap dan menyegarkan. Argghhhh...
|
Yanto masih tak berapa nak faham tazkirah Mahathir. |
|
Amier berlegar-legar di kawasan depan rumah. |
Bila dah makan dan minum, kami duduk bersembang pulak kat satu meja bulat. Masa tu Mahathir pun ada jugak datang dengan isteri dia. Jadi, yang banyak bercerita pada malam tu ialah Mahathir-lah. Yanto pun ada cerita jugak pasal pengalaman berlakonnya. Mahathir pulak lebih menjurus kepada cerita pasal emas. Segala-galanya pasal emas dia bercerita. Mahathir galakkan kami invest dalam emas menggantikan duit. Dan dia pun berceritalah pasal pelaburan emas. Malah Mahathir jugak bercerita pasal sejarah penggunaan emas. Soal melombong bijih emas, soal pingat emas Sukan Asia, soal warga emas, dan apa saja yang ada nama emas. Barulah aku tau ada banyak jenis emas rupanya. Ada emas paun, emas 916, emas 24 karat, emas 12345, emas 012, emas 007, emas 999, dan macam-macam lagilah. Kefahaman kami mengenai emas telah meningkat apabila beredar dari meja bulat tu.
Setelah agak larut, dan Amier pulak dah mula buat hal (mungkin pasal penat sangat kot), kami pun bergambar ramai-ramai sebelum pergi meninggalkan perkarangan rumah Yanto. Terima kasih, Yanto dan seluruh keluarga. Kalau ada watak extra, jangan lupa panggil kami. Aku nak jadi orang kampung pegang cangkul aje. He he he...
|
Bergambar sebelum pulang. |
No comments:
Post a Comment