m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, October 19, 2014

TTC Open 11-12 Oktober 2014: Menduga kepintaran strategi

Bahagian 3

Perlawanan double dalam kejohanan tenis TTC Open yang ke-4 ini menyaksikan percaturan strategi di antara bermain secara agresif, fizikal dan power, atau pun bermain secara placing, simple tactical. Aku sempat menyaksikan perlawanan di antara dua team double. Sekali lagi wakil dari TTC-Francis terlibat dalam perlawanan ini. Sebelum permainan bermula, aku menjangkakan persaingan akan menjadi sengit. Kemenangan boleh berpihak kepada sesiapa saja. Aku pernah bermain dengan Francis, dan aku tau senjatanya. Namun lawannya jugak nampak hebat. Kita saksikan saja untuk mengetahui kesudahannya.

Para pemain sedang bersiap-siap untuk berjuang di gelanggang.
Sessi memanaskan badan sedang bermula.
Nampak tak 'black belt' yang besar kat lengan kanan tu? Itu tahap Mahaguru tu!
Cuba tengok macam mana Mahaguru pukul bola.
Petua nombor satu: warna baju mesti matching dengan warna bola.
Pemain sedang membuat pemanasan badan. Bukan pemanasan global, ya.
Foot work, hand posture, eye contact, ball contact, semuanya tersusun dengan rapi dan cantik.
Fokus yang tinggi sebelum memukul bola.
Masih lagi dengan fokus yang mendalam.
Mata merenung bola dengan kegeraman yang mendalam.
Tangan kanan memukul bola dengan reket, sementara tangan kiri mempersilakan ia pergi secara terhormat.
Francis dan pasangannya dah selesai buat warming-up.
Bergambar sebelum berentap.
Empat orang jaguh tenis antarabangsa akan beraksi sebentar lagi.
Aku melihat kedua-dua team membuat warm-up. Francis dan partnernya membuat warm-up yang singkat. Katanya kalau lama-lama sangat, nanti jadi penat. Lawan mereka yang lebih muda pula memakan masa yang lebih lama untuk sessi pemanas badan. Seperti aku jugak, mungkin mereka memerlukan masa yang lebih lama untuk meresapi rhythm dan timing ketika membuat pukulan. Sebelum bermain, aku ada terdengar Francis berkata kepada pasangannya untuk banyak meletakkan pressure kepada player yang bertubuh lebih besar. Bagi mereka, pemain berbadan besar, lebih sukar untuk bergerak ke segenap penjuru gelanggang bagi mengejar bola.

Bersiap sedia untuk buat interception-volley.
Memandang dengan sinis terhadap bola pihak lawan yang gagal melepasi jaring. Wajah sinis itu terlalu ganas. Tak dapat aku sertakan di sini. Cukup sekadar memaparkan bahagian belakang player sahaja.
Servis padu akan dibuat.
Sedang memikirkan jenis servis macam mana yang akan disempurnakan.
Masih memikirkan bentuk servis yang paling efektif.
Apa-apa pun, kita baling bola dulu tinggi-tinggi.
Menanti bola turun sambil memikirkan sama ada nak buat servis power atau servis spin.
Dan pukul bola! Alamak! Tak sempat nak buat keputusan tentang corak servis yang akan dilaksanakan.
Aduhai! Bola tu pergi tak macam yang dibayangkan.
Aku tunggu perlawanan bermula. Dan sempat jugak aku menonton beberapa game awal. Aku perasan Francis dan rakannya kerap membagi bola lob bila mana opponents approach net. Teknik ini nampaknya agak menjadi dan telah berjaya mengucar-kacirkan pertahanan pihak lawan. Kesilapan-kesilapan dalam membuat pukulan mula dilakukan oleh pihak lawan. Akhirnya team Francis berjaya menumpaskan lawannya dengan kiraan 8-2. Dari sini, aku telah menyaksikan sendiri betapa strategi dalam perlawanan sangat penting untuk menang. Dan kini aku bertanya: Apakah strategi anda untuk menang dalam perlawanan akan datang?

Bersambung...

Konsentrasi tinggi terhadap bola yang bakal datang menyerang.
Menanti bola.
Bagai menanti kucing bertanduk.
Atau seperti menanti lembu mengiau.
Tetiba baru terperasan, rupanya umpire telah hilang dari tempat duduknya.
Giliran sebelah sini pulak untuk membuat servis.
Oops! Sikit lagi nak terkena kepala partner.
Francis dan partner-nya bersiap siaga.
Baru tamat game kedua.

No comments:

Post a Comment