2 Ogos 2014 - Kami beraya di rumah Abang Zahid-Kak Uda sekali lagi, walaupun pada 1 Syawal kami telahpun beraya di Taman Dagang - rumah mereka. Kali ni ada open house. Maka ramailah tetamu yang dijangka akan datang ke rumah Kak Uda. Kami datang lewat sikit pasal ada tetamu kat rumah. Sepupu aku datang satu rombongan besar ke rumah. Ada kira-kira dua puluh orang kot yang datang sekali gus. Bila agak-agak dah settle kat rumah, barulah kami bergerak ke sini.
Sedang santai di ruang tamu. |
Zila sedang makan nasi lemak sementara Ardi jaga Fateh. |
Tetiba rasa pedas menyengat lidah dan bibir Zila. Nak air. Nak air! |
Bapak saudara menemani anak saudara bermain. |
Abang Ngah sedang whatsapp. |
Wawan dan Fai lepak kat luar rumah sambil ambil angin. |
Bersama Nicha. |
Sesampainya kami di rumah Kak Uda, memang ramai sungguh kami nengok para tetamu yang datang. Penuh sesak rumah Kak Uda. Sebijik macam kat stadium bola sepak. Punyalah padat. Kami cari tempat kat bahagian dalam rumah. Kat dalam pun ada jugak makanan terhidang. Malah kat bahagian dalam kira lebih eksklusif pasal makanan semua memang disimpan kat dalam pun. Lepas dah kenyang makan, kami rehatlah sekejap sambil makan dessert pulak.
Masih dengan Nicha. Nicha pakai baju lip-lap. Siap kena pakai bateri 20 biji nak nyalakan lip-lap kat baju tu. |
Zuan ajar Hana cakap 1 Malaysia. |
Zuan ajar Hana cakap 1 Ringgit pulak. |
Atuk Zahid dengan cucu Den Den. |
Seronok melayan cucu sulung. |
Icha mendukung Fateh. |
Mungkin kami masih berasa penat melayan tetamu masa kat rumah tadi. Jadi kami pun tak duduk lama kat rumah Kak Uda. Agak-agak sebelum maghrib, kami bertolak pulang. Memang terasa letih betul, dan mengantuk jugak. Kami ucapkan terima kasih kepada Kak Uda dan Abang Zahid. Dan ketika kami melangkah menghala ke kereta, kami nampak masih berpusu-pusu lagi para tetamu yang datang dari seluruh pelusuk negara ingin beraya di rumah Kak Uda.
Kak Uda, Abang Zahid dan Den Den. |
Para tetamu baru sampai untuk beraya di rumah Kak Uda - Abang Zahid. |
No comments:
Post a Comment