m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, October 13, 2014

6 Syawal - Masih bercuti dan masih menyambut tetamu

2 Ogos 2014 - Kami dapat berita secara tiba-tiba, geng sepupu sebelah ayah aku nak datang beraya ke rumah. Rombongan yang bakal tiba itu besar khabarnya. Memang selalunya begitu. Tak kurang dari lima enam bas kalau datang ke rumah. Mereka memang selalu bergerak secara besar-besaran. Lebih meriah gamaknya. 

Kumpulan sepupu aku tu datang di sebelah tengah hari, dan setelah beraya dan menjamu selera, semua beredar setelah gambar diambil beramai-ramai. Selepas tu, bila agak petang sikit barulah kami beraya di rumah Kak Uda dan Abang Zahid pulak.

Rombongan keluarga sepupu-sepupuku.
Salah sorang cucu saudara kami, Hani.
Kami balik dari rumah Kak Uda sebelum waktu maghrib. Dan di sebelah malam, datang pula ke rumah kami anak-anak saudara - Huda, Nadia, Ika, Hafez dan Sri serta anak-anak. Kami jamulah mereka apa-apa yang ada kat rumah tu seperti air suam dan biskut marie. Itu pun dah buat mereka semua berasa gembira yang amat sangat. Kalau bagi makanan juadah raya yang hebat-hebat, mesti terus melompat tinggi sampai kepala terhantuk kat siling.

Setelah maghrib, barulah mereka beredar untuk ke rumah Mak Uda pulak. Terima kasih kerana datang melawat Pak Usu dan Mak Usu di sini.

Anak-anak saudara kami.
Ika, Nadia, Sri dan Huda.
Amier nak tumpang bergambar sekali.
Amier jadi background yang ceria.
Hafez menidurkan anak.
Menunjuk ke arah cicak-cicak di dinding.

No comments:

Post a Comment