m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, October 19, 2014

TTC Open 11-12 Oktober 2014: Hingga ke titisan peluh yang terakhir

Bahagian 2

Pada hari Ahad - hari kedua perlawanan, aku sempat jugak duduk lama menyaksikan pertembungan dua jaguh dari Kelab TTC, iaitu Inspektor Sahab Azizul bertemu Haini yang mendapat sokongan penuh dari ayahnya yang datang dari Sarawak. Perlawanan nampaknya sangat sengit. Sampai senget court dibuatnya.

Menonton perlawanam di antara Azizul dan Haini.
Ayah Haini dan Faiz turut menyaksikan perlawanan ini.
Azizul memang boleh bergerak dengan sangat pantas. Kekadang terlajak sampai ke court paling belakang sekali.
Pukulan backhand yang padu yang menyebabkan bola terbelah dua.
Azizul menangkis bola yang masih terawang-awang di udara.
Kena berlari ke belakang court balik pasal Haini bagi bola lob.
Bersedia untuk membuat servis paling laju di dunia.
Azizul sedang target untuk pukulan selaju 426 km/jam.
Bersedia untuk membaling bola.
Bola dibaling.
Tinggi bola mencapai ketinggian KLCC.
Bersedia untuk membuat hentaman padu.
"Naaaahhhhh! Inilah pukulan kuasa naga terbang Naruto!!!" jerit Azizul dengan lantang.
Bola tu terkena tembok kat belakang gelanggang. Dan tembok tu runtuhlah pulak. Nak kena ganti nanti ni.
Oleh kerana kedua-duanya mewakili TTC, maka aku bersikap tidak berpihak kepada mana-mana pemain. Aku sekadar menyaksikan mereka bermain sambil cuba mempelajari sesuatu dari persembahan hebat dari kedua-dua pemain ini - seperti cara menjerit jika menang point, cara mengesat peluh kat muka, dan cara menunjukkan riak muka kepada pihak lawan bagi men-demoralise-kan opponent. 

Haini sedang bersiap untuk membuat pukulan forehand drive.
Foot work preparation.
Menghayun reket mengikut kadar yang secukupnya.
Bersedia untuk mengambil bola drop shot pulak.
Menanti bola tiba. Tapi dah dekat sejam lebih bola masih lagi tak kunjung tiba.
Hah. Itu pun bola kuning dah sampai.
Rendahkan badan dan rendahkan reket sebelum membuat pukulan.
Pukulan dibuat melepasi jaring.
Aku nengok Haini main placing sangat berkesan. Azizul terpaksa bekerja keras untuk mengejar bola di segenap penjuru court. Malah ada jugak beberapa kali Haini memukul bola terlalu jauh sampai ke tasik, dan sampai ke Sentol jugak. Maka Azizul terpaksalah berlari, berenang, dan naik bas dan teksi untuk mengejar bola yang melantun pergi terlalu jauh itu. Tercungap-cungap jugaklah aku nengok Azizul. Tapi nyata Azizul bergerak pantas. Setiap bola yang dihantar jauh oleh Haini dapat saja disambut oleh Azizul dengan jayanya.

Haini menunjukkan cara-cara membuat servis top spin. Servis kegemaran Haini.
Baling bola macam biasa.
Pukul sekuat hati, dan landing dengan baik.
Bola masuk kat dalam kotak dengan baik. Tapi kotak kat gelanggang sebelahlah pulak.
"Eh! Nampaknya macam ada bola nak datang lagi ni!"
"Biar aku standby nak pukul bola tu."
"Wallop sama dia!!!"
Kedua-dua player bermain dalam rally yang sangat panjang. Satu rally kekadang lamanya dekat tiga jam setengah. Itu satu rally ya, bukannya satu game! Bayangkanlah kalau kena main melebihi 8 game, dan satu game sekurang-kurangnya ada empat point kecil. Fuuuuuhhhh... memang sangat lama. Itu yang aku nengok kedua-dua pemain berpeluh lencun sampai kuyup pakaian mereka, baik Azizul, mahupun Haini. Peluh yang mencurah-curah tu pulak punyalah banyak sampai air peluh tu bertakung pada bahagian-bahagian permukaan gelanggang yang tak rata. Dan di setengah bahagian court pulak, siap bertakung lopak air peluh yang sebegitu dalam dan besar. Aku ternampak jugak kelibat ikan-ikan dari pelbagai spesis yang berenang-renang di lopak air peluh tersebut. Oleh kerana air peluh tu masin, maka ikan yang berenang tu jugak merupakan ikan air masin seperti jenahak, kerapu, tenggiri dan ikan layaran. Dan kalau mata aku tak silap pandang, aku rasa macam ternampak jugak ikan killer whale melompat-lompat akrobatik kat lopak tersebut. Dan ada pulaklah beberapa orang kaki pancing tegar turut bertenggek di gigi lopak sambil melabuhkan umpan masing-masing.

"Tadi rasanya dah pukul bola tu kat seberang sana. Macam mana dia boleh datang balik ke sini ni?"
"Aku mesti bersiap sedia lagi sekali".
Mengejar bola.
Kali ni swing yang besar.
Piunnnnggg!!! Azizul tertipu. Ingatkan Haini nak pukul bola pakai reket, rupanya Haini sepak pakai kaki.
"Jom kita main takraw pulak," kata Haini kepada lawannya, Azizul.
"Arggghhh!! Bola ni degil betul! Masih nak datang ke sini lagi!!"
Preparation sekali lagi.
Kali ni hayunan besar sekali lagi.
Bola semakin menghampiri.
"Nah! Ini dia pukulan Harimau Kutub Utara BERAPI!!!!!! Amekkkkk!!!"
"Alamak! Terbakarlah pulak court sebelah".
Perlawanan itu tadi memang berlangsung sangat sengit. Aku yang menontonnya pun sampai berkerut-kerut dahi aku, dan kerap kali aku bertepuk dahi bila ada bola-bola cantik yang dihantar oleh sama ada Azizul ataupun Haini. Semasa perlawanan berlangsung, aku perasan ada satu pasangan mat saleh sedang asyik menonton perlawanan ini dengan penuh konsentrasi. Siap bawak buku nota lagi untuk mencatit beberapa gerak yang dilakukan oleh kedua-dua pemain. Aku menegur pasangan mat saleh itu. Bila nengok dekat-dekat, baru aku perasan - macam pernah kutengok muka orang ini. Oh ya! Inilah pemain dari Belgium yang mukanya keluar kat Facebook tempoh hari. Dan dia memang akan bertanding acara single menentang pemenang perlawanan di antara Azizul dan Haini ini. Kesudahan perlawanan ini, Inspektor Sahab Azizul menumpaskan Haini 8-3. Walau pun Haini tewas, tapi Haini telah berjaya menyebabkan Azizul terkejar ke sana sini sebelum mendapat kemenangan mutlak.

Bersambung...

Pemain dari Belgium dengan teman tetapi mesranya. Kalau tak silap aku nama dia Antione.
Mereka di sini untuk mengkaji corak permainan Haini dan Azizul.
Walaupun tewas, Haini tetap bagi isyarat 'Good', bermakna dia nak makan kacang Cap Ngan Yin.

No comments:

Post a Comment