Bahagian 4
Perlawanan seterusnya adalah gandingan Abang Mohd Nor dengan Atok Baktiar menentang team UTMKL. Masing-masing nampak tenang ketika masuk ke gelanggang. Dan aku yang menengok pun masih tak dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku. Adakah suatu persaingan yang sengit. Ataupun perlawanan yang berat sebelah. Tapi kalau ditimbang mengikut kilo, aku rasa memang berat sebelah di pihak TTCC.
|
Gandingan Abang Mohd Nor dan Atok Baktiar memang telah biasa dilakukan dalam sessi latihan mingguan. |
|
Pemain berambut toncet dari UTMKL memang amat-amat menggerunkan kami. |
|
Pok Wang pulak nak jadi umpire. |
Pok Wang yang menjadi umpire perlawanan telah membunyikan gong, menandakan perlawanan patut dimulakan dengan segera sebelum matahari memuncak di atas kepala. Memang para penonton yang beribu-ribu orang ramainya mengharapkan suatu persembahan yang menarik dan pertarungan yang sengit. Tapi apa yang berlaku adalah yang sebaliknya. Team TTCC nampak gayanya macam tak diberikan tentangan yang sewajarnya ketika di gelanggang. Malah aku rasa kalau Abang Mohd Nor duduk rehat kat tepi gelanggang pun mungkin team TTCC yang hanya diwakili Atok Baktiar masih boleh menewaskan team UTMKL itu. Dalam banyak-banyak pasangan team UTMKL yang bertanding, aku rasa team yang inilah yang paling rendah sekali mutu persembahan mereka. Dan akhirnya gandingan senoir berjaya menumpaskan gandingan muda UTMKL dengan mata 8-0. Setitik peluh pun tak sempat nak keluar dari tubuh Abang Mohd Nor dan Atok Baktiar. Dan aku rasa itulah perlawanan yang paling singkat sekali pada persaingan kali ini.
|
Pertarungan bermula. |
|
Pemain UTMKL membuat servis kilat power. |
|
Kedua-dua pemain ini bertubuh tinggi lampai. |
|
Membuat servis. |
|
Bola yang dilambung masih tak turun-turun , walaupun setelah dekat empat jam. |
|
Atok nak buat servis. |
|
Mengukur gelanggang. |
|
Mengukur jaring. |
|
Mengukur pagar dawai keliling gelanggang. |
|
Baru boleh lambung bola. |
|
Bola terus hilang dari pandangan. |
|
Atok bersedia untuk membuat pukulan. Cuba teka bola kat mana sekarang. |
|
Bola dah kelihatan. Masa untuk pukul bola. |
|
Piung! Satu servis siap dibuat. |
|
Abang Mohd Nor pulak nak buat servis. |
|
Abang Mohd Nor pakai cermin mata 3D supaya nampak bola lebih jelas. |
|
Bersedia untuk melambung bola. |
|
Baling pada ketinggian yang sederhana. |
|
Dan bola hilanglah pulak. |
|
Bola masih hilang. Nasib baik pakai cermin mata 3D. |
|
Dapat jugak pukul bola akhirnya. |
|
Satu pukulan yang heba... errr... terkena burung gagak dan terus mati. |
Jelas pada wajah Abang Mohd Nor dan Atok Baktiar yang mereka langsung tak puas main. Mungkin mereka sendiri mengharapkan bertemu dengan lawan yang lebih kental dan handal. Mungkin pada perlawanan akan datang kot. Mungkin lepas ni kita boleh buat friendly match dengan gandingan world tennis all stars. Dan mungkin mereka boleh ditemukan dengan gandingan Stepanek & Paes.
|
Atok bersedia di depan jaring. |
|
Konsentrasi di depan jaring. |
|
Bersedia membuat volley. |
|
Piung! Bola dipukul masuk ke gelanggang lawan. |
|
Abang Mohd Nor memang suka bermain di jaring. |
|
Baru jer nak pukul bola... |
|
Tetiba game dah habis pasal umpire dah tiup wisel penamat. |
|
Bersalaman. |
|
"Sesia jer aku pakai toncet. Tarak ong lah". |
|
Wajah-wajah gembira dan kecewa. |
|
"Jom kita pekena teh tarik". |
Kini TTCians telah mendahului pihak UTM Kuala Lumpur dengan mata 5-1. Double selanjutnya menggandingkan Abang Asri dan Eddy. Aku rasa ini gandingan baru dari pihak TTCians sendiri. Dan merupakan satu eksperimentasi bagi menentukan tahap kesesuaian permainan mereka. Lawan mereka dari team UTMKL nampak masih muda-muda belaka. Macam budak-budak sekolah menengah. Tapi di sebalik wajah baby face mereka, terkandung sesuatu yang amat memeranjatkan!
|
Jangan under estimate jagoan muda ini. |
|
Masing-masing tak tahu apakah nasib diri masing-masing. |
|
Bersedia menerima servis lawan. |
|
Abang Asri nak buat servis. |
|
Mencari target yang sesuai. |
|
Lambung bola. |
|
Tinggi jugak lambungan bola Abang Asri. |
|
Masa untuk menghentam bola. |
|
First serve Abang Asri memang laju, tanpa ada kick. |
Masing-masing berbalas pukulan secara konsisten. Dan masing-masing membuat unforced error yang memberikan mata percuma kepada pihak lawan. Tapi inilah perlawanan yang paling sengit pada pertemuan kali ini. Masing-masing saling berkejar-kejaran untuk mendapatkan mata demi mata. Sehinggalah point menjadi 6-6. Para penonton menjadi cemas. Tak taulah apa bakal kesudahan perlawanan ini. Sama ada berpihak kepada UTMKL atau pun kepada TTCians. Abang Asri dengan game control dan placing-nya. Dan Eddy lebih suka menghantar bola deras. Tapi malangnya, bola deras Eddy banyak yang tersangkut di jaring atau keluar gelanggang. Nasib baik juga Abang Asri masih tenang under pressure. Tanpa membuat banyak spin, Abang Asri menempatkan bola pada lokasi-lokasi yang sukar dicapai oleh pihak lawan seperti di bumbung stadium, di dalam tasik, di atas pokok dan di dalam longkang. Teknik ini berjaya mengucar-kacirkan pihak lawan. Dan pada waktu itulah Eddy telah kembali mendapat rentak dan akhirnya team TTCC dapat memecah kebuntuan dengan membuat break service lantas memenangi set itu dengan mata 8-6.
|
Eddy bersedia di jaring. |
|
Menanti bola tiba. |
|
Membuat interception. |
|
Pemain-pemain hebat UTMKL. |
|
Abang Asri bersedia. |
|
Penyokong team UTMKL. |
|
Sokongan mereka memberikan semangat kepada team UTMKL. |
|
Eddy nak buat servis. |
|
Nak kena membaling bolalah pulak. Malasnya. |
|
Aaaahhhh! Lambung rendah-endah ajelah. |
|
Pukulan akan dibuat. |
|
Dan satu servis slow dilakukan. |
|
Home run!!! Korang tau tak "home run" tu apa? |
Syabas kepada TTCias. Dan syabas juga kepada pemain muda remaja UTMKL yang telah membuat segala peluh jantan pada tubuh Abang Asri dan Eddy melimpah-ruah sampai mengalir ke dalam tasik yang menyebabkan paras air Tasik Titiwangsa telah naik mencapai paras bahaya. Dan penduduk di sekitar Titiwangsa telah diarahkan berpindah kerana dikhuatiri akan berlaku banjir besar secara setempat di kawasan TItiwangsa. Apa-apa pun tahniah kepada semua, terutama team TTCC kerana telah mendahului 6-1.
Bersambung...
|
Eddy bersedia. |
|
Menanti bola mendatang. |
|
Tengok bola dari angle bawah pulak. |
|
"Ingat. Kalau main dengan orang tua, kena bagi orang tua menang." |
|
Salam perkenalan. |
|
Jom kita makan roti canai kat kedai mamak. |