m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, May 31, 2013

Resepsi Hazwan & Eida: Ramainya tetamu

Bahagian 4

Sewaktu Kois dan Eida asyik bersanding, kami semua asyik duduk bersantai di bawah. Kalau kami semua duduk bersantai di atas pentas, sudah tentulah tak muat nak menempatkan seluruh isi keluarga yang sangat ramai ini. Kebanyakan kami dah pun makan tengah hari masa baru sampai tadi. Jadi kat bawah cuma duduk-duduk sajalah. Sambil bersembang. Sambil menengok-nengok orang. Sambil makan lagi untuk kedua tiga round. Kalau ada tetamu lain yang baru datang, kami rasa mungkin mereka boleh duduk kat lantai kot. Pasal lantai pun ada karpet. Not so bad-lah, kan?

Ketua kampung, Encik Azhar sedang memberi kata peransang kepada penduduk kampung sekelian.
Kak Uda, Abang Zahid dan Ardi.
Pika di tengah-tengah pakcik dan makciknya.
Kak Long dan Abang Zai.
Sebenarnya kat dalam dewan tu agak selesa jugaklah. Aku nengok ada jugak dua tiga buah keluarga yang dah mula mengangkut barang-barang dari rumah untuk bermukim kat dalam dewan tu. Ada yang bawak kain baju serta sleeping bag dan khemah. Tak kurang jugak yang bawak dapur gas, mesin basuh, peti ais, tv dan sofa. Memang betul-betul selesalah nak dikatakan dewan tu.

Anak-anak dipangkuan ibu bapa mereka.
Keluarga Pakcik Karim.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat dan doa sejahtera oleh ustaz pilihan. Oops! Maksud aku ustaz jemputan. Dan kami semua pun mengaminkanlah doa untuk kebahagiaan pengantin. Majlis turut diserikan dengan pancaragam kumpulan The Gamelan Band. Memang very the tradisional suasananya. Cuma pengantin je yang berbusana moden. Tak kisahlah. Janji maksud untuk mengkhabarkan pada umum akan ikatan perkahwinan ini tercapai. Suka jugak aku mendengar alunan gamelan oleh kumpulan anak-anak muda ni. Pelapis golongan otai.

Ustaz membaca doa.
Bersama Kak Timah.
Nabiha tak dapat nak konsentrasi ketika doa, kerana nasi berlauk dah ada kat depan mata.
Saleh di antara Pak Nyah dan Mak Nyah.
Kak Ita dan Mukamil.
The Gamelan Band sedang beraksi.
Sedang mendendangkan lagu Pawana.
Sekumpulan anak-anak buah kami yang duduk di sebelah The Gamelan Band nampak gayanya sangat khusyuk mendengar irama yang dimainkan sambil kepala terhangguk-hangguk dan tangan menunjukkan isyarat 'rock-on!' Dan masing-masing sedang menantikan, apakah pulak acara selanjutnya yang akan dilaksanakan.

Bersambung...

Anak-anak buah yang sentiasa bersama.
Semua masih bujang.
Yang ini pun bujang jugak.

No comments:

Post a Comment