Bahagian 3
Dan pengantin yang cantik pun bersandinglah di atas pelamin. Duduk di atas kerusi cantik. Dengan back-drop yang cantik. Dengan lighting yang cantik jugak. Dikelilingi bunga-bungaan yang cantik dan wangi. Diapit oleh pengapit-pengapit yang serius kerana pengapit adalah jugak merangkap bodyguard. Dan diburu oleh para jurugambar profesional, dan paparazzi.
|
Pengantin menaiki pelamin indah. |
|
Selesa di tempat duduk masing-masing. |
Dari atas pelamin, pengantin boleh nampak semua tetamu yang hadir di dalam dewan. Tak seorang hadirin pun yang boleh bersembunyi dari pandangan pengantin. Walau menyorok di bawah meja sekalli pun, pengantin tetap akan nampak. Yang nak curi-curi tapau makanan sedap pun, pengantin boleh nampak. Yang bergossip pun, pengantin tau. Maklumlah, pengantin kini menjadi raja. Semua informasi yang umum dan sulit akan pasti sampai juga ke pengetahuan pengantin.
|
Bodyguards bekerja keras memastikan keselamatan pengantin. |
|
Pengantin panas, pengapit tolong kipaskan. Pengapit mendapat kontrak mengipas pengantin selama setahun. |
|
Pengantin lapar, pengapit tolong suapkan. |
Sementara di lantai bawah, para hadirin terus menerus tergamam dengan kehebatan pengantin. Sehinggakan makan tak kenyang, minum tak basah, berdiri tak penat, mengantuk tak tidur dan penat tak duduk. Pengantin pulak terus senyum melebar sampai ke telinga sambil melambai-lambai kepada para penyokong dan para peminat. Hari ini memang hari besar untuk pengantin berdua - Kois dan Eida.
Bersambung...
|
Bertukar lighting effect untuk mendapat mood yang berbeza. |
|
Menanti untuk ditepung tawar. |
No comments:
Post a Comment