Bahagian 1
Setelah Kois dan Eida selamat diijab kabulkan, maka pada keesokan harinya (17 Mac 2013) dibuatlah majlis resepsi persandingan kedua mempelai di Putrajaya jugak. Majlis ni kira majlis bersama pihak pengantin lelaki dan pihak pengantin perempuan. Tema pada majlis tu ialah warna kuning cair. Ini adalah bersempena Rumah Kuning telah menjadi juara keseluruhan bagi acara sukan tahunan di Sekolah Kebangsaan Seri Gombak. (Macam tak ada kena mengena jer...)
|
Ibu, ayah, adik dan abang kepada Kois. |
|
Sebahagian dari flower girls. |
|
Oleh kerana terlalu panas, flower girls duduk berteduh di bawah sebatang pokok yang rendang. |
Masing-masing telah bersiap awal sebelum pengantin tiba lagi. Al-maklumlah, para tetamunya telah tiba sebelum ketibaan pengantin. Keluarga aku sampai agak lambat sikit. Aku dan anak-anak terus ke meja makan untuk makan. Kejap lagi aku kena ambil gambar macam jurufoto profesional. Kalau perut lapar, nanti takut semua gambar jadi kabur. Jadi aku lunaskan dulu kehendak perut aku yang agak besar ni.
|
Dua orang ibu saudara Kois - Mama Sophie dan Mak Teh. |
|
Adik beradik sepupu Kois - Nana, Elin dan Nicha. |
|
Syakira terkejut apabila...... tak ada apa-apa pun dia boleh terkejut. |
Para anak-anak buah 'flower girls' jugak nampaknya dah bersiap sedia dengan make-up setebal satu inci setengah, berbaju kebaya dan siap ada riben penghias kepala. Nampak comel semuanya. Masing-masing menunggu hadirnya pengantin kat depan pintu untuk ditabur bunga-bungaan yang terdiri dari bunga cengkih, bunga lawang, bunga tahi ayam, bunga rafflesia, bunga manggar dan bunga dari bank. Penantian ini sangatlah mendebarkan.
Bersambung...
|
Flower girls menanti dengan debaran memuncak di dalam jiwa. |
|
Barisan flower girls: Safiyah, Nabiha, Ika, Wanie, Nurin, Ira, Intan dan Amelia. |
|
Okay! Dengar khabarnya pengantin dah nak sampai! |
No comments:
Post a Comment