Bahagian 4
Setelah seketika menanti, akhirnya tiba jugaklah rombongan pengantin perempuan ke ruang masjid. Bila kami dengar aje perkhabaran akan kedatangan rombongan pengantin perempuan, maka kami pun kelam-kabutlah bersiap-siap untuk menyambut mereka dengan wajah yang berseri-seri. Bukan wajah raja sehari aje yang perlu berseri, wajah pengiringnya juga perlu berseri, untuk menambahkan lagi suasana keceriaan bagi meraikan acara yang gilang-gemilang ini. Yang gadis bersolek sakan, menambah lagi merah bibir dengan gincu buatan overseas. Yang teruna menokok berkilo-kilo gel atas kepala untuk memastikan rambut terpacak kemas walaupun duduknya di dalam songkok. Okay! Apabila semua perajurit pembawa hantaran telah sedia, kami pun berarak menuju pentas nikah.
|
Sementara menanti ketibaan rombongan pengantin perempuan. |
|
Berarak membawa barang-barang hantaran yang cantik berhias. |
Rombongan pengantin lelaki berada nun jauh di sudut sini. Rombongan pengantin perempuan pulak berada nun jauh di sudut sana. Oleh kerana Masjid Besi ni terlalu besar, maka perjalanan dari satu sudut ke satu sudut yang lain turut mengambil masa yang sangat lama. Kami menapak hampir tujuh hari tujuh malam lamanya sebelum kedua-dua rombongan lelaki dan perempuan akhirnya bertemu.
|
Faiisal membawa cincin - antara simbol ikatan perhubungan yang paling ikonik sekali. |
|
Akid nak bawak kek (pasal dia lapar), tapi tak kesampaian, pasal semua orang takut nanti Akid yang makan kek tu dulu. |
|
Ayah Ieda menyertai rombongan kami sebagai tanda ikatan persaudaraan. |
|
Kaum ibu juga telah mula bersiap-siap untuk bertolak. |
|
Ayah pengantin tak kurang sibuknya. |
|
Sebahagian daripada rombongan pengantin lelaki. |
Bila kedua-dua pihak tiba di titik pertemuan, masing-masing memperlihatkan wajah tersenyum manis walaupun dalam keadaan yang sangat penat. Malah ada yang terpaksa ambil oksigen dari tangki, tak kurang jugak yang kena dirawat oleh pembantu ambulan yang ada berdekatan. Namun wajah masing-masing tetap maintain tersenyum, demi memuliakan majlis yang murni ini.
|
Rombongan pengantin perempuan. Barang hantaran dibawa olah dayang-dayang istana. |
|
Menuju ke destinasi - pentas nikah. |
|
Ieda - pengantin perempuan dengan penampilan yang berseri-seri. |
|
Pembawa barang-barang hantaran. |
|
Teruskan perjalanan. Ini dah masuk hari yang keempat. |
|
Ayahanda saudara pengantin perempuan menyambut ketibaan kami dengan wajah manis. |
|
Kami jugak datang dengan wajah manis. |
|
Kumpulan pembawa barang hantaran yang ini tersesat jalan pasal GPS rosak. Mereka tiba ke destinasi hampir sebulan kemudian. |
|
Akhirnya sampai jugak, walaupun lewat. |
Dan upacara selanjutnya, bersalaman, beramah mesra, berbalas pantun, bertukar barang hantaran, akad nikah, peluk cium dan bersalaman, akan berlangsung apabila semua tetamu yang hadir telah melepaskan penat berjalan. Dan waktu itulah yang amat dinanti-nantikaoleh semua kerabat keluarga yang hadir.
Bersambung...
|
Kami akan ke pentas nikah untuk acara yang selanjutnya. |
No comments:
Post a Comment