m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, May 14, 2013

Belajar main tenis dengan Pro

Pada hari Ahad lepas, aku dan kengkawan sempat jugak bermain tenis kat gelanggang Titiwangsa. Kami dapat court indoor air-cond. Itulah istilah yang aku bagi kepada gelanggang sebelah bangunan yang sentiasa redup dilindungi bayang-bayang bangunan di sebelahnya. Aku sampai court agak lambat sikit. Masa tu Abang Asri dan Emi dah sampai. Tapi masih tak cukup korum untuk main double. Jadi kami lawan single dululah sampai Abang Haji Nordin datang dan join kami hingga jam 10 pagi. Tapi kali ni aku tak nak cerita pasal permainan kami. Tak nak cerita pasal siapa menang atau kalah. Tak nak cerita pasal prestasi kami pada pagi tu. Aku cuma nak kisahkan pasal teknik-teknik bermain tenis mengikut cara permainan profesional yang akan ditunjuk ajar oleh dua orang pemain profesional international - Abang Asri Djokovic dan Emi Nadal.

Belajar cara membuat servis dengan Abang Asri Djokovic:

Abang Asri dengan gaya Usin Bolt.
Membuat servis memerlukan kekuda kaki mantop. Kena buat gaya sprinter Jamaica - Usin Bolt dulu untuk mendapatkan feeling bola laju. Pastikan kaki dibengkokkan pada sudut 47 darjah, mengikut arah matahari terbit.

Bola tenis dibaling tepat ke arah buah mangga yang bergayutan di atas pokok.
Bola tenis hendaklah dibaling ke atas pada jarak kira-kira 13 kaki 8 inci dari permukaan gelanggang. Kalau perlu, boleh jugak menggunakan pita ukur untuk mendapatkan jarak seperti yang dinyatakan tadi dengan lebih tepat. Ketepatan jarak ini akan menentukan kelajuan bola yang bakal dipukul nanti. Jangan baling bola terlalu tinggi. Dikhuatiri ia akan terlanggar dengan kapalterbang di awan biru!

Bersedia untuk membuat pukulan servis.
Tunggu bola turun dengan sabar. Kadang kala, bola akan mengambil masa beberapa jam sebelum ia turun. Jangan pukul bola selagi ia belum turun pada ketinggian yang tepat. Ketinggian yang diperlukan untuk dipukul ialah kira-kira 8 kaki 2 inci.

Dah dekat tiga hari menunggu. Bola tak jugak turun-turun.
Bila bola dah semakin rendah, mata hendaklah ditajamkan lagi. Pastikan mata tak berkelip ketika bola sedang turun. Dan tangan yang memegang reket perlu bersedia untuk melakukan hayunan dan libasan yang padu bak hali lintar ribut taufan.

Barulah dapat pukul bola..

Bila jarak bola dari permukaan gelanggang telah berada pada 8 kaki 2 inci, barulah pukulan mantop dilepaskan.  Ketika memukul bola, ada baiknya membuat sedikit jeritan seperti, "Haiyyyyaaaagh!!!" atau "Arggghhhkh!!" Tapi jangan sekali-kali membuat jeritan seperti ini, "Opocot mak kauuuu!!!"

Belajar cara membuat pukulan forehand drive dengan Abang Asri Djokovic:

Bersedia menyambut bola yang mendatang.
Mula-mula tunggu bola dengan sabar. Mata perlu memberikan tumpuan sepenuhnya pada bola. Jangan sesekali memalingkan perhatian dari bola, walaupun ada aweks seksi berjalan di depan gelanggang! Tangan yang memegang reket sudah perlu bersedia untuk dihayunkan.

Bola dah semakin dekat.
Bila bola semakin dekat, barulah tangan yang memegang reket dihayun mengikut kelajuan F1. Pastikan bola masih bulat sebelum pukulan dibuat. Kalau bola telah bertukar menjadi empat segi atau lonjong, jangan membuat hayunan reket.

Memukul bola dengan selamba.
Bila bola telah berada pada jarak kira-kira setengah hasta dari badan kita, barulah pukulan dibuat dengan konfiden. Tahap konfiden level hendaklah mencapai 100 peratus bagi memastikan bola menerjah gelanggang lawan dengan bergaya.


Belajar cara servis dengan Emi Nadal:

Senyum itu sedekah.
Sebelum membuat servis, muka kena senyum manis. Tapi jangan terlalu manis. Dikhuatiri akan terkena penyakit kencing manis pulak. Bump bola atas gelanggang sekurang-kurangnya tiga kali, untuk mendapatkan feel. Lebih banyak kali bump lagi bagus. Paling baik sekiranya bump dibuat melebihi 99 kali.

Baling bola mencapai ketinggian KLCC.
Bola hendaklah dibaling ke atas. Jangan sesekali baling bola ke bawah. Nescaya pukulan servis tak akan dapat dilaksanakan dengan berjaya.

Slice bola dengan ketajaman reket.
Bila bola dah semakin menjatuh, barulah pukulan dilaksanakan. Emi Nadal menggunakan teknik pukulan slice. Maka reket hendaklah disengetkan sedikit mengikut kadar mana bola hendak di-slice-kan. Ingat! Reket aje yang perlu disengetkan. Yang lain biar straight!

Pukul bola dengan konfiden.
Bola yang dipukul tak perlu terlalu kuat. Bola servis slice akan pergi menyerong apabila mencecah lantai gelanggang. Ini amatlah menyusahkan pemain lawan membuat hantaran balas.

Belajar membuat pukulan forehand dan backhand dengan Emi Nadal:

Stand-by mode.
Tangan yang memegang reket perlu bersedia terlebih dulu sebelum bola sampai kepada kita. Tangan yang tak memegang reket perlu menghala ke arah bola yang mendatang. Ini akan memberikan sedikit keseimbangan dan fokus yang lebih terhadap pukulan yang bakal dibuat.

Bola dah dekat. Boleh libas.
Pukul bola bila ia berada kira-kira dekat dengan kepala anda. Ini adalah bagi mengelirukan pihak lawan. Pihak lawan akan memikirkan bahawa anda akan menanduk bola itu masuk ke dalam gol. Sedangkan sebenarnya, anda akan membuat pukulan maut yang boleh mendatangkan petaka kepada pihak lawan.

Pukulan backhand satu tangan.
Pukulan backhand pula sesuai dilakukan apabila bola berada di belakang tangan. Kalau bola berada di depan tangan, gunakanlah teknik forehand.

Marah pihak lawan!
Dan yang paling penting, selepas membuat pukulan yang kencang, hendaklah disertakan dengan suatu ekspresi muka yang bengis macam singa lapar. Ini adalah bagi memberikan perasaan gerun kepada pihak lawan, supaya next time dia dah tak berani lagi untuk menjejakkan kaki di gelanggang tenis buat selama-lamanya. Dalam erti kata lain, supaya pihak lawan terus resign dari sukan tenis ini.

Sekian saja latihan tenis untuk kali ini.


No comments:

Post a Comment