Bulan April lepas, kami main badminton macam biasa kat Ampang Jaya. Tak sangka pulak aku, yang datang pada malam tu cukup ramai. Ada kira-kira tiga belas orang semuanya. Tapi bukan semua orang main badminton. Sebahagiannya cuma duduk di atas pentas, bergotong royong menyiapkan barang-barang keperluan untuk majlis perkahwinan Elin dan Fai. Selain dari players yang regular, turut hadir pada malam tu ialah Kak Uda, Kak Esah, Yaya, Intan, Kak Timah, Saleh dan Koas.
|
Abang Zai menanti giliran untuk bertanding dengan juara badminton Kampung Dusun. |
|
Abang Zahid dan Amin turut tak sabar menunggu angka giliran mereka dipanggil untuk berentap di gelanggang. |
|
Faridz dan Taufiq duduk bersila seperti penduduk kampung menanti giliran untuk berjumpa ketua kampung. |
|
Kak Uda dan Kak Esah tekun bekerja menyudahkan barangan perkahwinan. |
|
Latuk Ah Lee Chong Wei sedang membuat demonstrasi smash bola tangkis. |
|
Lagi aksi bermutu Latuk Ah Lee Chong Wei yang telah mendapat tepukan gemuruh dari sekelian penduduk Ampang. |
Permainan pada malam tu sangat sengit macam biasa. Dewan jadi bergegar dengan smash-smash kencang dari para pemain yang men-smash tangkis hingga kena lantai. Dan kebanyakan smash yang dibuat telah masuk ke gelanggang sendiri. Itu tak ambil kira jumping smash lagi. Masa buat jumping tu, ada kalanya pemain melompat terlalu tinggi hingga kepala mencecah siling dewan. Sementara players tekun bertarung di gelanggang, Kak Uda and the gang terus membuat kerja-kerja kesenian bagi persiapan Elin berkahwin.
|
Akid sedang menunjukkan cara-cara men-smash tangkis ke gelanggang sendiri. (Makluman: Gambar ini tidak diedit). |
|
Latuk Ah Lee Chong Wei sedang menanti serangan dari pihak lawan. |
|
Faridz dalam mode berjaga-jaga. |
|
Faridz menanti bola tangkis turun untuk di-smash. Tapi setelah tiga hari tiga malam, nampak gayanya bola tangkis yang dinantikan tidak jugak turun-turun. |
|
Taufiq membuat jumping smash dengan kelajuan tangkis mencapai 988 km sejam. |
|
Penuh konsentrasi sebelum membuat servis. |
|
Tiba-tiba Taufiq berusaha untuk memukul seekor lalat yang berterbangan di tepi dinding. |
|
Amin sangat kagum dengan kehebatan pemain-pemain yang beraksi. |
|
Ardi sangat gembira kerana anak-anak didiknya telah berjaya menguasai ilmu badminton batiniah yang telah diturunkan oleh beliau. |
|
Yaya dah jemu membuat biskut pasal semua orang takut nak makan biskut Yaya. Jadi sekarang Yaya ada hobi baru - mengarang buku resipi keluarga. |
Cukup jam 12 malam, permainan terpaksa dihentikan. Semua orang bersurai meninggalkan dewan dengan perasaan yang bercampur-campur. Berbaur di antara suka kerana game dah habis, serta duka kerana game dah tamat. Masing-masing keluar dewan dengan penuh kebingungan. Dan kami semuanya terus menghala ke gerai minum berdekatan. Geng-geng regular sekadar order air minum aje. Geng-geng tak regular siap order makanan pelbagai genre. Ada mi goreng, mi kungfu, steak, lamb chop, pizza, lasagna, nasi goreng international, sate kijang, nasi Emeriyad Arab Bersatu, chinese food, dan macam-macam lagi, sampaikan meja yang telah disusun rapi tak muat untuk menempatkan semua makanan yang telah di-order. Abang Zai dan Abang Zahid tetap setia dengan kopi tenom Sabah-nya.
|
Beramai-ramai di gerai minuman. |
|
Koas sedang memilih menu mengikut cita rasa tekaknya. |
|
Abang Zai telah berjaya mengeluarkan asap dari hidungnya. Tapi masih gagal untuk mengeluarkan api dari liang yang sama. |
|
Pasangan Ardi dan Zila. |
|
Terpancar keseronokan apabila makan minum bersama. |
|
"Saya mau order cepat sampai, kalau tidak saya akan tembak awak!" kata Kak Timah kepada waitress. |
|
Kopi tenom Sabah yang menjadi kegilaan Abang Zai dan Abang Zahid. |
|
Koas gembira dapat minum air kegemarannya. |
|
Menanti detik yang sesuai untuk menyedut minuman. |
|
Menikmati minuman berperisa yang enak. |
|
Satu pinggan makanan dikongsi ramai-ramai. |
|
Kongsi makan nasi goreng. |
|
Yaya dah tak makan biskut lagi. Dia makan mi goreng pulak. |
|
Yaya, Kak Uda dan Kak Esah. |
|
Yaya memberi sokongan moral kepada makciknya untuk makan - Mak Uda. |
Setelah puas makan dan bersembang, kami pun balik. Macam tu aje. Tukang bayar terdiri dari beberapa individu. Antaranya Kak Uda dan Abang Zai. Dan malam tu tauke kedai untung besar dengan kehadiran kami serombongan. Sempena meraikan keuntungan yang besar itu, tauke kedai telah membuat open house dan membelanja semua orang ramai yang berlegar-legar kat kawasan Ampang. Dan setelah membelanja orang ramai makan "all you can eat", barulah tauke kedai perasan bahawa, dia telah rugi besar pulak. Oleh itu, beliau pun telah kembali berniaga seperti biasa dengan harapan rombongan Kak Kiah kami akan datang lagi berjamu di kedainya.
|
Saleh sedang menanti peluang untuk makan. Tetapi umminya masih belum lagi mempelawa Saleh untuk makan. |
|
"Kami dah selesai. Siapa yang last habis, dia yang bayar semua, okay?" |
|
Faridz sedang meninkmati mi kungfu yang sering memberikan flying kick kepadanya. |
No comments:
Post a Comment