Semalam cuti Hari Buruh. Semua buruh sedunia telah bercuti sakan sambil membuat perkara-perkara yang digemari sepanjang hari. Aku, yang jugak seorang buruh, telah berpakat-pakat dengan kengkawan tenisku untuk turun main tenis pada hari tersebut. Pencetus idea ini tak lain tak bukan ialah sifu aku, Abang Haji Nordin. Court di Jalan Jelatek telah ditempah mulai jam 8 pagi. Aku dan Abang Haji Nordin sampai serentak - tepat jam 8 pagi. Tak lama kemudian datang pulang sorang teman dari Petronas (lupa pulak aku namanya). Dan kemudian menyusul Abang Asri pulak.
|
Abang Haji Nordin, Faisal dan Abang Asri. |
|
Aksi jagoan tenis. |
Bila dah cukup korum, kami pun mula berentap untuk merebut Piala Wimbledon yang digilai semua pemain tenis profesional. Aku partner dengan Abang Asri dan Abang Haji Nordin berpasukan dengan teman dari Petronas tadi. Permainan kami bermula dengan sangat slow motion. Semua orang agak slow. Mungkin sebab Hari Buruh kot. Momentum kami mula meningkat ketika di pertengahan permainan. Aku dan Abang Asri menang set pertama 6-3. Selepas rehat seketika, kami berentap lagi untuk set yang kedua pulak. Kali ni lebih sengit. Saling berkejar-kejaran. Macam main Police and Thieves pulak. Abang Asri dipaksa berlari ke sana dan ke sini oleh Abang Haji Nordin. Namun dengan kederat yang ada, semua bola berjaya dipulangkan dengan baik. Dan akhirnya kami menang lagi di set kedua dengan 7-5. Permainan aku memang sangat slow pagi tu. Permainan Abang Haji Nordin pun tak seagresif selalu. Nasib baiklah Abang Asri dapat bermain dengan konsisten.
|
Latar belakang stesen LRT Jelatek. |
|
Kita minum dulu! |
Setelah menang game double, aku dan Abang Haji Nordin berentap pulak untuk game single. Baru main satu game aku dah pancit. Akhirnya aku walk over ketika ketinggalan 1-2. Dan hujan pun mulai turun sejurus kami berhenti bermain. Oh, lupa pulak nak bagi tau. Faisal yang injured di pergelangan tangannya telah datang memberikan sokongan moral kepada kami. Aku tau, Faisal mesti geram menengok kami bermain tenis. Tapi apakan daya, doktor kata kena rehat sebulan. Tak apalah. Cukup bulan enam nanti, bolehlah Faisal berentap lagi di gelanggang bersama kami.
|
Faisal yang geram pasal tak dapat tumpang sekaki. |
|
Masa untuk balik. |
No comments:
Post a Comment